23
Jan
07

Rancangan Jangkamasa Panjang untuk Atasi Banjir

Pada hari Sabtu lepas, saya melawat mangsa banjir di Sri Medan, Parit Sulong dan Sri Gading di Johor dalam program anjuran badan perhubungan negeri Parti Keadilan Rakyat. Saya merasa kagum dengan tenaga dan kesungguhan mangsa-mangsa banjir tersebut dan mendoakan mereka dapat mengatasi dugaan tersebut.

Saya ingin meluahkan penghargaan kepada pegawai kerajaan, sukarelawan dan badan-bdan bukan kerajaan di atas sumbangan dan komitmen mereka menyediakan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Kerajaan mesti memulakan rancangan tindakan jangkamasa panjang untuk mengatasi penderitaan mangsa banjir. Ini mesti merangkumi pemulihan infrastruktur pertanian, pendidikan, perniagaan dan pengangkutan yang menjangkaui bantuan kebajikan jangkamasa pendek. Ini penting terutamanya untuk golongan miskin dan terpinggir yang mendapat kesan paling dasyat.

ANWAR IBRAHIM


8 Responses to “Rancangan Jangkamasa Panjang untuk Atasi Banjir”


  1. 1 www.zakiyamani.blogspot.com Jan 23rd, 2007 at 6:13 pm

    Tol: keADILan Selangor Kutuk Tindakan Ganas Polis;
    Gesa Rakyat Bersedia untuk Perhimpunan Besar-besaran

    Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas polis menyerang, memukul dan mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman untuk membantah kenaikan kadar tol di Batu 11, Cheras pada 21 Januari 2007.

    Tindakan ganas ini sama sekali tidak perlu dan melampau ketika rakyat hanya sekadar melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan untuk berhimpun secara aman mempertahankan hak mereka. Para peserta perhimpunan tidak melakukan sebarang kekacauan dan ia sama sekali tidak menghalang lalulintas.

    Sebahagian besar peserta perhimpunan ialah penduduk tempatan dari Taman Mahkota, Cheras yang tidak mempunyai jalan alternatif keluar daripada kawasan perumahan mereka selain daripada melalui lebuhraya dan terpaksa membayar tol.

    Langkah Barisan Nasional memperalatkan polis untuk bertindak ganas sebegini tidak akan melemahkan semangat rakyat untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

    Sehubungan itu, keADILan Selangor menyatakan komitmen penuh untuk memberi sokongan padu dan kerjasama kepada Gabungan Protes Kenaikan Tol (Protes) dalam usaha mereka.

    keADILan Selangor juga telah menggerakkan jenteranya di seluruh negeri Selangor sebagai persediaan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menuntut ketelusan di dalam pengendalian perjanjian konsesi tol, membantah kenaikan kadar tol dan tindakan BN menjadikan Malaysia negara polis dalam menangani kebangkitan suara rakyat.

    Ezam Mohd Nor
    Timbalan Pengerusi
    Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor

  2. 2 mujahidinreformasi Jan 24th, 2007 at 2:15 am

    Salam,
    Video ceramah terbaru buat para sahabat sekalian..
    harap mendapat pengajaran
    http://video.google.com/videoplay?docid=8041125668562120989&hl=en

  3. 3 suriaperkasahitam Jan 24th, 2007 at 9:05 am

    Di sini saya ingin melontarkan satu cadangan kepada kepimpinan keADILan.

    Cadangan saya adalah supaya PENDAFTARAN AHLI KEADILAN secara online dapat direalisasikan.

    Dengan ini, JUMLAH AHLI KEADILAN dapat ditambah lantaran cara pendaftaran yang amat mudah.

  4. 4 suriaperkasahitam Jan 24th, 2007 at 9:08 am

    Jangan lupa untuk melawati website http://www.detikdaily.net

    Salam Perjuangan.

  5. 5 fifi Jan 24th, 2007 at 12:12 pm

    betul.bersetuju dengan pendaftaran online. telah beberapa kali menghantar email, masih belum mendapat respons sehingga hari ini.

  6. 6 shenyeeaun Jan 26th, 2007 at 12:22 am

    PERTANIAN dan pak lah sehati sejiwa..

    apakah bencana alam yang tidak menentu sehati sejiwa dengan pertanian ? jika tidak apakah akan terjadi kepada rakyat dan ekonomi suatu hari nanti kalau kita kembali ke zaman ekonomi berasaskan pertanian ?

    pak lah boleh! pak lah bijak! pak lah berwibawa..

    mungkin kita boleh bercucuk tanam di kapal layar kalau banjir sambil makan angin di Turkey

  7. 7 adsalleh146 Jan 26th, 2007 at 9:26 am

    Akum Semua.

    Syukur Alhamdulillah. Keadaan banjir di Johor semakin pulih walaupun akibatnya terpaksa ditanggung oleh mangsa. Tak tahulah bagaimana rasanya tekanan yang dihadapi. Saya tak merasainya. Bak kat pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”. Semua mula membuat andaian yang bermacam-macam. Yang paling ketara adalah isu pemanasan global yang sedang melanda. Bagi kita yang benar benar yakin berpegang kepada ajaran Islam sebenar, pemanasan global itu adalah sebab yang terlalu kecil. Tidakkah kita pernah terfikir apabila bencana mula menimpa sesebuah negara ia lebih kepada bala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

    Dalam hal ini hendaklah kita renungi kembali salah satu hadis dari Rasullulah SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqie, dari Ubadah bin Shomit Sabda Rasulullah SAW ” Berilah jaminan kepadaku dari dirimu enam perkara tentu aku jamin kamu dari memasuki syurga. (enam perkara itu) ialah :

    1. BILA KAMU BERBICARA, KATAKANLAH YANG BENAR.
    2. APABILA KAMU BERJANJI, TEPATILAH JANJIMU.
    3. APABILA KAMU DIPERCAYAI, TUNAIKANLAH AMANATMU.
    4. PELIHARALAH FARAJ ( KELAMIN) KAMU.
    5. PEJAMKANLAH PANDANGAN PANDANGAN MU dan
    6. TAHANLAH TANGAN TANGAN MU.

    Bagaimana dengan kepimpinan yang ada sekarang? Renungkan……..renungkan

  8. 8 shenyeeaun Jan 26th, 2007 at 9:39 pm

    kalau sekarang kita berada di tamudun hwang ho di mana pada masa itu kalaulah berlaku sebarang bencana alam maka tuhan murka! hilang mandat dari syurga..bukankah johor merupakan kubu terkuat UMNO ?

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031