18
Jan
07

Wawancara DSAI Bersama Siasah: Dapatkan Di Pasaran Segera!

Salam buat para pengunjung,

Transkrip wawancara akhbar tabloid Siasah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipaparkan dalam edisi terkini akhbar tersebut.Wawancara tersebut antara lain mengupas mengenai dialog intra-agama, fenomena liberalisme dan pluralisme agama dan tidak ketinggalan persepsi umum mengenai kelemahan tadbir urus Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam akhbar tersebut juga dipaparkan pendapat DSAI mengenai kontroversi isu ‘Mongolia’ yang mengaitkan TPM Najib Tun Razak,yang dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai ‘pembuka gelanggang’ bagi era politik DSAI sebermulanya tahun 2007 ini.

Dapatkan Siasah di pasaran segera!!

ADIhamka


6 Responses to “Wawancara DSAI Bersama Siasah: Dapatkan Di Pasaran Segera!”


  1. 1 anuar Jan 19th, 2007 at 3:24 pm

    I dont seems to understand one thing; the use of C4 by SB to suposedly wipe the evidence; to our horror these are the people that being hand picked to work on special cases and yet made huge blunder. What are they thinking?Not only the forensic team had ample of evidence (all they really need is one strand of hair – its all over) but the traces of other evidence they left behind are mind blowing. These people are the cream of the crop of the special force or are they just plain dumb. On other case, another police personell – photographer on trial for mudering Teh (the girl in TV box – my next door neighbour infact)and he left his fingerprint!

    Suggestion for Datuk Seri Musa: Module 1 “How to commit a Perfect Crime 101″

    Reply

  2. 2 Awang Kata Sep 6th, 2008 at 9:48 am

    DSAI diyakini dapat memartabatkan semula bahasa Melayu di negara ini. Orang Malaysia sewajarnya menghormati dan mengangkat tinggi martabat bahasa Malaysia, seperti orang Jepun dan Eropah yang terus menggunakan bahasa kebangsaan mereka dengan yakin tanpa bersikap ‘taasub’ dan berprasangkan dengan bahasa sendiri.

    Reply

  3. 3 ijamala mn Aug 22nd, 2009 at 1:36 pm

    dalam negara dahulunya tanah melayu selepas merdeka bertukar nama malaysia,sewajarnya kita sebagai melayu beragama islam seharusnya mempertahankan kedaulatan bahasa melayu dari dicerobohi anasair yang tidak bertamadun biarpun mereka mengaku belajar bertaraf phd pun atau sebagai penguasa yang memerintah negara berkiblat islam cara umno.

    bangunlah aduhai anak bangsa jangan terleka dan terlena dengan guna guna pemimpin umno ini,pulanglah kepangkal jalan,bangunlah dari mimpi kerana pemimpin umno ini hipokrasi dan buta sejarah.

    Reply

  4. 4 iminja s.r Jan 3rd, 2010 at 10:50 am

    Bahasa Jiwa Bangsa…itulah hakikatnya..tapi dalam era pemerintahan BN/UMNO yang berpaksikan Barat..mereka telah menggadai dan meruntuhkan martabat bahasa ibunda yang tercinta.Pemerintah yang mengagung-agungkan bahasa penjajah hinggakan sanggup mengenepikan bahasa ibunda sendiri.Amat memalukan sama sekali di atas sikap kepondanan dan kebapukan UMNO ini.Dasar yang dibawa BN/UMNO adalah hasil dari tinggalan penjajah yang menjadi guru kepada mereka.Lihatlah cara pentadbiran mereka yang menjadikan penasihat Yahudi sebagai pembimbing dalam pemerintahan PM baru kita.Oleh itu, wahai warga Melayu bangunlah dari tidur dan mimpi-mimpi mu marilah kita sama-sama berjuang dan meletakan bahasa ibunda kita di puncaknya.

    Reply

  5. 5 iminja s.r Mar 24th, 2010 at 9:53 am

    Lompat Si Katak Lompat..itu adalah senario politik Malaysia kini , dulu , dan selamanya.Kalau nak di fikirkan tentang perubahan nampaknya terpaksa menunggu sehingga kucing bertanduk nampak gayanya.Al maklumlah bila kita bercakap perihal perubahan maka yang tersangat lambat dan mekngotnya dalam istilah dialek Kedah iaitu bergerak alahai punya la lambat dan itulah gambarannya.Maka disini dapatlah disimpulkan yang perihal ini berkait rapat dengan orang Melayu..sikap dan tindak tanduknya sepertimana yang di jelaskan tadi.Maka kini kita berhadapan lagi dengan isu lompat yang riuh rendah dan gamatnya diserata tempat..dan yang lebih memalukan sekali ialah perihal MP yang melompat itu mengistyharkan diri sebagai MP bebas.Bagi yang yang cerdik akal mereka akan ketawa mendengar omongan MP bodoh dan bahalol berkata begitu.Manakan tidak..cuba kita fikir waktu bertanding dulu guna tiket parti mana..siapa yang sokong anda..tetiba bila dah nak lompat umum jadi MP bebas..inilah dasar manusia muka tak tau malu.Sudahlah menjadi pengkhianat amanah rakyat , lepas tu sayang nak kosongkan kerusi yang dimenangi.Tujuan topik ini di war-warkan di sini adalah supaya seluruh masyarakat dapat berfikir dan merenung sejenak perihal lagak dan lakunya si MP bebas yang berperangai sebegitu.Adakah orang seperti itu boleh dipercayai ? Adakah orang yang seperti itu boleh dijadikan pemimpin ? Jelas sekali orang yang seperti itu akan sentiasa berkelakuan buruk seperti itu..asalkan kepentingan diri dipenuhi.Wahai rakyat yang prihatin, marilah kita tolak pemimpin yang bacul dan bodoh ini sampai bila-bila..jangan gadaikan maruah kita mengundi pemimpin yang curang, tidak amanah, khianat, dan pembohong agar kepimpinan kita di masa depan lebih berintegriti dan bertanggungjawab.Hidup Reformasi !!!

    Reply

  6. 6 ijamala May 30th, 2010 at 2:22 am

    soal bahasa….siapa lagi kalau bukan kita dalam memperjuangkan serta mendaulatkan ke hijab tertinggi…….ada insan berjiwa besar tetapi memakai topeng hipokritnya,

    Reply

Leave a Reply