Archive for January 18th, 2007

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Salam buat para pengunjung,

Transkrip wawancara akhbar tabloid Siasah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipaparkan dalam edisi terkini akhbar tersebut.Wawancara tersebut antara lain mengupas mengenai dialog intra-agama, fenomena liberalisme dan pluralisme agama dan tidak ketinggalan persepsi umum mengenai kelemahan tadbir urus Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam akhbar tersebut juga dipaparkan pendapat DSAI mengenai kontroversi isu ‘Mongolia’ yang mengaitkan TPM Najib Tun Razak,yang dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai ‘pembuka gelanggang’ bagi era politik DSAI sebermulanya tahun 2007 ini.

Dapatkan Siasah di pasaran segera!!

ADIhamka

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalan Pertama:

zahir menanyakan:

Saudara Anwar,

Kita sedang bergerak kearah memperkenalkan dan memperkasakan Agenda Malaysia Baru. Saya kira pada masa sekarang ini, majoriti penyokong PRK telah faham matlamat perjuangan Saudaraini. Tetapi apa yang saya curiga kenapa masih ada pihak yang sentiasa cuba untuk mengelirukan penyokong PRK. Pada pendapat Saudara, kenapakah dan apakah agenda Raja Petra
Kamaruddin bila beliau berulang kali manyatakan bahawa Saudara sedang cuba menyertai UMNO? Dalam temuduga dengan Dr M baru-baru ini, beliau memnuduh Saudara cuba bertemu Dr M dengan hasrat mendapatkan kembali jawatan Timbalan Persiden UMNO. Bukankan Raja Petra yang bertungkus lumus bekerja dalam “Free Anwar Campaign”? Apakah sebenarnya matlamat beliau?

Zahir
Saya tidak cenderung membuat telahan. Tumpuan kita ke arah perjuangan menegak keadilan!

Soalan Kedua:

inter menanyakan:
(more…)

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

spotlight memberi epndapat:

Isu SPR lebih besar dari rasuah & salahguna kuasa

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt.

Dato’ Sri,

Saya berpendapat isu SPR ini sangat besar dan berat kerana ia membicarakan tentang keadilan, ketelusan dan demokrasi. Saya harap tekanan kepada badan SPR ini tidak terhenti pada PRK Batu Talam tapi digandakan lagi serangan sehingga SPR terpaksa berubah.

Kubu terakhir kekuatan parti BN terletak pada SPR kerana disinilah tempat berlindungnya segala jenis penyangak, pembunuh, perompak, perasuah, perogol, penipu, penindas dan segala jenis penyakit. Mustahil perkara ini tidak dapat diselesaikan.

Inilah peperangan terbesar yang sebenarnya untuk menuntut keadilan, ketelusan dalam ruang lingkup demokrasi yang sebenar. Jika berjaya, seluruh dunia akan berubah….

Allah hu Akbar… teguhkan hati & pendirian rakyat utk menuntut kejayaan ini…

Spotlight
memang benar bagai dikata. Sebarkan maklumat. Saya akan bersama di Taman melewar pada 20 Januari ini inshaAllah..