respon ginot widjoseno mengenai program ASIAN RENAISSANCE:
Bagi kami di Indonesia, khususnya di Riau, menarik sekali topik kajian ini. Bisakah, dengan segala kerendahan hati, saya mendapat materi kajian tersebut, karena saya merasa visi kepemimpinan di kawasan/semenanjung ini kurang memperhatikan akar. Selanjutnya, bisakah saya mendapat hotline atau alamat email agar kami bisa bertatap muka dgn DS Anwar Ibrahim? Pls, respon to my e: gwidjoseno@yahoo.com
Thx,
Wassalam,
GW
ginot
Asian Renaissance diterjemah dengan judul Renaisans Asia di Indonesia di mana amien rais telah menulis pengantar. edisi Bahasa Malaysia Gelombang Kebangkitan Asia lebih lengkap. malangnya kebanyakan buku tersebut telah dibakar sejurus satelah saya di penjara atas arahan sang penguasa. beberapa rencana berkaitan terdapat dalam blog dan anwaribrahim.com.
Anak Muda meminta pendapat:
Datuk Seri..
saya akui ini adalah sebahagian propaganda media untuk melaga-lagakan pimpinan pembangkang dan bertujuan mengelirukan ahli & pendukung perjuangan pembangkang,tapi saya juga tidak boleh lari dari beranggapan yang kupasan ini dibuat daripada kenyataan yang keluar daripada Datuk Seri sendiri.
al kisahnya bermula daripada kenyataan yang disiarkan oleh BERNAMA,saya sisipkan di bawah..
Continue reading ‘Kerjasama Kekal Utuh,Prinsip Kekal Disepakati Bersama’
Ibnu Hassan menyatakan:
Boikot boleh boikot, tapi tak guna tanpa penyertaan rakyat. Setakat parti saja boikot, tak jadi. Satu gerakkan harus dilancarkan untuk menyedarkan rakyat supaya turut memboikot pemilu. Kongres AMK 2005 telah meletakkan pendirian ini, tapi ada follow up ka, @ setakat jadi ‘pemanas’ kongres?
Ibnu hassan,
Kupasan Sham democracy In Malaysia yang memaparkan penipuan ketara sistem pilihanraya negara telah diedar ke seluruh dunia.Siri ceramah, pengedaran maklumat juga dilancarkan. Saya setuju dengan gesaan sdr agar ia diperhebatkan lagi.
SHEIKHRYZ memberi respon:
asalamualikum datuk seri.i really proud of u.i know taht u are busy but u still have a time to do a further study.well done.u will be a good example for a youngman such like me to keep searching knowledge..well done..i really proud of you.u are not like other politicians who sometimes only got SPM and pretend such like a proffessor and weak in opinion and
actions(such like pak lah).that why malaysian people is not protected by them.well done datuk seri….
Sheikhryz,
Tamadun berkembang dengan tradisi ilmiah yang segar. Kesempatan bertugas sebagai Visiting Professor di Universiti Georgetown, Washington DC cukup mengasyikkan kerana terpaksa terus menelaah buku yang bercambah, mengikuti wacana di kalangan professor dan berinteraksi dengan mahasiswa pintar. Tradisi sademikian sukar diteruskan di sini dengan iklim mengongkong dan perbahasan dangkal di media alat pemerintah. Kenadati begitu, minat untuk terus menimba ilmu harus terus membara.
Nik Nazmi
Saya menulis blog ini di Corus Hotel KL. Saya berada di sini kerana Program Kerja: Memantap Perjuangan keADILan. Peserta terdiri daripada ahli MPT keADILan, ahli perniagaan, aktivis sosial termasuk anak-anak muda. Yang mungkin mengejutkan para peserta, malah saya sendiri, ialah pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya telah mengatakan apabila saya kembali ke Malaysia, saya akan ambil pendekatan ‘hands on’ untuk keADILan. Dan ianya bermula dengan program kerja ini.”
Cakap memang mudah, tapi sememangnya beliau memimpin peserta untuk berbincang, berdiskusi dan seterusnya mendapat keyakinan baru untuk menghadapi PRU-12. Penganjur juga mengadakan dialog dengan Sdr. Lim Kit Siang dan Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Malah, untuk kuliah Subuh Ustaz Badrul Amin Baharon, saya sangkakan saya sudah awal apabila turun pada pukul 6 pagi, rupa-rupanya Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah pertama sekali berada di surau bersama Sdr. Wan Zainal dan Cikgu Zulkifli.
Tetapi peserta lebih tepati masa untuk program seterusnya, kerana Datuk Seri Anwar telah memberi pesan: “Siapa lambat sampai, tidak dibenarkan bertanding!”

Para Peserta,Penganjur dan DS Anwar bersama bergambar selepas sesi Ceramah ‘The Future of Asia’.
Sebuah Program Kepimpinan Muda Asia hasil kolaborasi Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Keamanan Sasakawa,Jepun yang diistilahkan sebagai ‘Asian Renaissance: Capacity Building For Future Leaders in Southeast Asia‘ telahpun berlangsung pada 21 sehingga 26 Januari lepas bertempat di Tasik Kenyir,Terengganu.Program yang disertai oleh 24 peserta dari Malaysia & Indonesia yang datang daripada pelbagai latar belakang ini antara lain turut membabitkan penyertaan aktif oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang penceramah dalam 3 sesi yang disusun oleh pihak penganjur.
DS Anwar yang melapangkan masa selama 2 hari bersama para peserta antara lain telah menyempurnakan 2 sesi diskusi meja bulat, iaitu membincangkan mengenai esei ‘Passion of Freedom’ (nukilan beliau tatkala terpenjara di Sungai Buloh) dan juga mahakarya beliau ‘The Asian Renaissance’. Idea beliau mengenai konsep kebebasan dan pembangunan menjadi intipati utama perbincangan tersebut yang mendapat penyertaan aktif daripada kalangan peserta.
DS Anwar turut menyampaikan satu syarahan bertajuk ‘The Future of Asia’, yang antara lain menggarap pendapat dan harapan beliau mengenai pemugaran idealisme yang jitu ke arah merencana masa depan Asia.Beliau yakin bahawa kebangkitan semula Asia hanya boleh dicetuskan andai wujud kesepakatan untuk membersihkan Asia daripada nilai-nilai yang sempit dalam kerangka yang terbatas lantaran percaturan songsang pimpinan yang rakus dan korup.
Turut menyampaikan kuliah dan ceramah adalah Dr Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand; Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, Bekas CEO Guthrie & Bendahari Agung keADILan; dan Dr V.A Pai, penggiat demokrasi terkemuka dari India.

Majlis Diskusi Meja Bulat Asian Renaissance Dipengerusikan oleh Alpha Aminurrahman, Peserta Dari Delegasi Indonesia

DS Anwar sewaktu menjawab soalan daripada seorang peserta

Sesuatu menarik perhatian DS Anwar
ADIhamka

Dalam sibuk mengemaskinikan beberapa hal-hal berkaitan blog,saya mendapat berita melalui Bernama dan Courier Mail tentang DSAI dalam rangka melengkapkan tesis Ph.D beliau di Universiti Brisbane,Australia dalam pengkhususan mengenai demokrasi & korupsi di Asia Tenggara.
Sekalung apresiasi buat DSAI atas komitmen akademik terbaru beliau.
Jangan lupa ’singgung’ sedikit isu-isu di Malaysia,tapi rasanya itu mauduk wajib!!
ADIhamka
apandi963 menanyakan:
apakah tindakan BA memboikot pilihanraya kecil di Batu Talam boleh memberi impak maksimum terhadap kerajaan yang ada pada hari ini? Bagaimana dengan pilihanraya umum nanti? Boikot juga?
Apandi963,
Kita terpaksa memboikot pilihanrayaraya kecil tersebut untuk memberi mesej jelas kepada negara dan dunia mengenai penipuan SPR & BN. Kita tidak boleh berkompromi lagi!
uzair memberi pendapat:
assalammalaikum DS,
saya amat kagum dengan DS dan keberanian dan perjuangan DS untuk memartabatkan kembali maruah DS.Saya merupakan penyokong PAS yang sangat kuat walaupun ketika itu saya masih bersekolah lagi..Dan hampir setiap negeri telah saya pergi untuk mendengar ceramah atau lebih elok saya sifatkan sebagai wadah bagi PAS untuk menterjemahkan perjuangan mereka.Tetapi,itu dulu.Sekarang tidak lagi.Mengapa..kerana saya bukanlah seorang yang suka mendengar kata-kata makian atau carut yang banyak sekali dilemparkan oleh kebanyakan pemimpin yang amat-amat saya hormati dengan imej islam yang tegar dan telus.Bagi saya,apa yang saya dapat hanyalah gelak ketawa dan hiburan serta hanya sedikit input tentang perjuangan serta perihal keislaman.
Continue reading ‘Kerjasama keADILan - PAS Perlu Diteruskan’
Untuk mengingati reformis yang telah meninggal dunia.
Tetamu kehormat bagi acara ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tarikh: 26 Januari 2007 (Jumaat)
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Masa: Jam 8 malam
Reformis yang akan dikenang dan dihargai ialah: Omar Tan, MGG Pillai, Hajjah Ning, Dato’ Fadzil Noor (Bekas Presiden PAS), Mohd Zainol Osman (Pak Non), Ahmad Sazli Saad, Haji Alwi Haji Ehsan, Cikgu Kahar, Haji Mokhtar Anwar dan Junaidi Ismail, Mohd Muhayat Mohd Yusof, Sulaiman Meor Abdul Rahman, Eslawaty Awang Ehsan, Haji Jalaluddin Mohd Taib, Hussin Dahlan, Khalil Shah Jamaluddin (Cikgu Khalil), Muzaffar Tate, Dr Rosli Ibrahim, Haji Abdul Razak Mohd Said, Hawa Bee Omar Satah, Haji Mahmood Taib, Ng Boon Jieh, Ooi Seow Beng.
Harap hadir beramai beri sokongan.
Pada hari Sabtu lepas, saya melawat mangsa banjir di Sri Medan, Parit Sulong dan Sri Gading di Johor dalam program anjuran badan perhubungan negeri Parti Keadilan Rakyat. Saya merasa kagum dengan tenaga dan kesungguhan mangsa-mangsa banjir tersebut dan mendoakan mereka dapat mengatasi dugaan tersebut.
Saya ingin meluahkan penghargaan kepada pegawai kerajaan, sukarelawan dan badan-bdan bukan kerajaan di atas sumbangan dan komitmen mereka menyediakan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada mangsa banjir.
Kerajaan mesti memulakan rancangan tindakan jangkamasa panjang untuk mengatasi penderitaan mangsa banjir. Ini mesti merangkumi pemulihan infrastruktur pertanian, pendidikan, perniagaan dan pengangkutan yang menjangkaui bantuan kebajikan jangkamasa pendek. Ini penting terutamanya untuk golongan miskin dan terpinggir yang mendapat kesan paling dasyat.
ANWAR IBRAHIM
Pondok Tanjong menanyakan:
Saya ingin memberi pandangan kepada DSAI,Parti Keadilan perlu ada tv internet sendiri seperti TVPAS. ini kerana semakin ramai rakyat malaysia yg menggunakan internet sekarang. Jika
pilihanraya hampir…segala ceramah PKR dapat diikuti secara live oleh org ramai melalui tv tersebut. Maka maklumat dapat disalurkan secara cepat dan up to date. Saya percaya..ramai penyokong PKR yg mempunyai kemahiran IT yg tinggi. Ada jugak rakan2 saya yang mendownload ke dlm Handset ceramah pas dari TVPAS kemudian mentontonkan kepada rakan yang ramai..itu yg perlu PKR lakukan.
Pondok tanjong,
Jawatankuasa penerangan KeADILan akan menimbangkan cadangan tersebut.
Masalahnya ialah kos pengendalian yang tinggi..
Komen Terkini