Arkib Tahun 2006

4 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada gabe_3112 :

lately PKR is getting a good response from the State of Sabah due to negligence by the current BN administration towards the people. Dr Jeffreys admission into the PKR camp also added strength to the PKR machinery followed by the launching of his book (which is now banned).

I have a few questions for you Dtk Seri, personally, do you feel that PKR can win a 2/3 majority in the next GE? Many of us are wondering about this posibbility because the people of Sabah are fed up with the present administration. I believe if not for all, I speak for a huge
majority of people that we are ready for a change!! The time has come for BN/UMNO Sabah especially Dtk Musa Aman to fall!! May JUSTICE prevail!!

The people have had enough of the influx of illegal immigrants. The people of Sabah are banking on PKR to win the state, provided PKR also wins in Peninsular. This is because there are fears that a PKR state Govt will not get much allocated funds should BN remain the Federal Govt. Also
Dtk Seri, it is clear that Sabah wants an alternative to the current Govt, which means an allied multiracial front and not multiracial party, similar to the BN but with different agendas and ideas of development. This adds up to the idea of forming a front similar to the Barisan Alternative, except this time without the presence of Parti Angkatan Islam Se-Malaysia (PAS). The people will definately reject the front if PAS is included. The best and strongest ( we feel) is an alliance between PKR and the honourable Democratic Action Party!! PKR can take the mixed
racial seats while DAP to take all Chinese majority seats. Christina can defend her seat but leave the rest to DAP. There are romours Dtk Seri that some BN component parties may leave the ruling coalition, namely PBRS, LDP, SAPP, and the not so wanted anymore Parti Bersatu Sabah (PBS).

This may be due to pressure by UMNO being a BULLY to them. Even Pairin has no say anymore. Whatever it is, I wish the opposition all the best in securing a 2/3 majority. Towards a new Government and a new Malaysia!!!!! Hidup Dtk Seri Anwar!! Hidup PKR!! Hidup DAP!!!

Gabe_3112,

Sambutan rakyat Sabah hebat sekali. Penyertaan Dr Jeffry dan lain2 rakan termasuk D. Nahalan dll bersama barisan. Pemimpin KeADILan negeri tambah menyemarakkan semangat dan daya juang.
Namun kita perlu terus menjelajah ka seluruk pelusuk kota dan desa sehingga rakyat yakin dan komited dgn agenda perjuangan. Dan untuk memperhebatkan gelombang perubahan ka seluruh negara kerjasama dgn pembangkang lainnya termasuk PAS dan DAP perlu dijalin. Walaubagaimanapun kita memang bersetuju dgn strategi yang direncana olih pimpinan KeADILan Sabah.

3 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi
Rencana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Radical Islam in South East Asia yang disiarkan di Far Eastern Economic Review baru-baru ini kini diterjemahkan ke bahasa Arab dan diterbitkan beberapa akhbar di Timur Tengah seperti Al-Ghad (Jordan); Al-Wasat (Bahrain); Al-Bawaba (laman web beroperasi di Jordan dan UAE) dan Sudanile (Sudan).

Mungkin mereka yang lebih fasih berbahasa Arab boleh memastikan mutu terjemahan tersebut!

2 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

immuslim menanyakan:

salam to saudara Anwar,
saya tertarik dgn personaliti & kepimpinan president Republik Islam Iran,saudara Mahmoud Ahmadinejad. cara hidup & berpakaian beliau yg serba ringkas (teringat saudara masa menjadi menteri pertanian & belum bergelar Dato’ Sri) & ketegasan beliau melayan karenah pihak US & sekutunya cukup amat saya kagumi.

Apakah pandangan saudara tentang saudara Ahmadinejad? apakah ada ataupun perancangan untuk berkerjasama antara saudara & beliau dlm menampilkan imej ISLAM di peringkat antarabangsa.

immuslim,

Presiden Ahmadinejad kini muncul sebagai tokoh yang tegas menentang keangkuhan Amerika termasuk pencerobohan di Iraq. Sejarah Iran penuh dengan kisah derita akibat tindakan Amerika. Ini termasuk penglibatan CIA dan badan perisikan Inggeris menggulingkan PM Mossasseq (1953), mempertahankan rejim Shah yang kejam dan kini usaha menafikan pemilikan tenaga nuklear yang mereka dakwa untuk tujuan keamanan.

Inshaallah saya akan teruskan hubungan baik dengan pemerintahan dan rakyat Iran.

1 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Daripada Echopena:

Strategi yg baik! Struktur organisasi dan kebijaksanaan mengupas isu juga harus dipentingkan.

Saya baru membaca kisah pilu di Kg. Berembang. Pak-pak menteri tiada suarakah? Atau mereka juga merasakan tindakan itu baik?

Echopena,

Bagi pemimpin rasuah dan rakus, derita rakyat tidak dirasa.Saya menemui wakil penduduk kg berembang baru-baru ini. Azizah dan pemimpin KeADILan juga mengunjungi mereka.
Kita akan berjuang dan berdoa semoga perubahan berlaku

1 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

LB memberi pandangan:

Dato Seri,
Pada pandangan saya nama pakatan pembangkang dalam menghadapi Pemilu akan datang perlu ditukar namanya. Buat masa kini kita memakai nama ‘Barisan Alternatif’. Rasanya nama tersebut agak janggal kedengaran terutama bagi orang kampung. Bagaimana kiranya pembangkang dapat menguasai parlimen? Sudah tentu nama itu tidak lagi sesuai untuk diguna.

Oleh itu oleh kerana gerakan politik pembangkang adalah berinspirasi untuk membela kalangan marhaen dan negara baik dari sosial, ekonomi dan politik, saya cadangkan pakatan pembangkan utk pemilu akan datang dipanggil BARISAN RAKYAT!!

LB,

satu cadangan menarik. Saya telah mengusulkan nama tersebut sejak 1999 tetapi akur dengan kebijaksanaan pemimpin BA ketika itu. Sekarang kita perlu menganjak semula untuk menegaskan keperluan memperkukuh barisan rakyat.

1 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ingintahu menanyakan,

Keadaan dan suasana di Malaysia kini di belenggu atas sebab terjalinnya satu sistem Parlimen ala Inggeris [English Parlimentary System].

Dalam sistem ini Kerajaan di lihat sebagai dua kumpulan, iaitu BN [atau UMNO] dan Pembangkang dan soal-jawab di Parlimen merupai debat yang “adversarial” – iaitu tuduh menuduh, benar dan tidak benar, betul dan salah, anti-kerajaan dan pengkhianat negara …dan segala macam.

[ianya mengalak segala macam tingkah laku yang banyak negatif dari yang positif ke atas keperibadian wakil wakil , ianya sukar menampil kan sikap jujur, keserdahanaan, kebenaran, dan sebagainya]

Adakah dalam perjuangan Sdr Anwar Ibrahim ini akan termasuk falsafah dan pemikiran yang lain daripada Sistem Raja BerParlimen ala Inggeris?

Adakah juga dalam perjuangan beliau, akan terlaksana sistem pengundian bagi satu Majlis “Senat” yang di lantik melalui UNDI “bukan Parti” tetapi misalnya, agama, pertubuhan, organasasi, ulama, bekas tentera, polis, dan belbagai?

Begitu juga kesemua Majlis Tempatan, Bandaran, wajib di adakan UNDI melantik wakil wakil dan kesemua Perbelanjaan oleh Majlis Tempatan, Bandaran di wajibkan istihar Akaun kepada Pembayar Cukai [Local Rates].?

ingintahu,

Meski pun Perlembagaan negara dirangka mengikut sistem Westminster, kita tidak harus terikat dengan perjalanan sistem tersebut. Yang dimusykilkan ialah lantaran aspek positif saperti kebebasan badan kehakiman, media tidak dipatuhi tetapi aspek jelek termasuk adu domba politik secara sengit diamalkan.

Perubahan yang kita anjurkan seharusnya mencakupi aspek luas termasuk pengasingan jelas badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ia akan mempastikan pertanggungjawaban. Dan dalam konteks ini ia malah selari dengan gesaan sdr untuk memberikan kuasa kpd rakyat memilih wakil mereka diperingkat akar umbi termasuk kerajaan tempatan.

30 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Mungkin ramai yang tak mampu berjaga menunggu siaran Bloomberg awal pagi tadi yang memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bloomberg ada menyiarkan artikel mengenai Datuk Seri Anwar di sini.

Datuk Seri Anwar menegaskan komitmennya untuk menumpukan masanya pada politik dan bertanding kerusi parlimen apabila pulang ke Malaysia sepenuh masa bulan hadapan.

Beliau akan meneruskan agenda reformasi: memperluaskan ruang demokrasi, mempertahankan kebebasan media dan menggagaskan agenda ekonomi Malaysia yang menekankan daya saing nasional dan keadilan untuk semua.

Ekonomi Malaysia waktu ini sebenarnya berada di dalam keadaan hambar berbanding negara-negara jiran – termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam yang dahulu jauh di belakang kita. Indonesia baru sahaja memotong Malaysia dalam pelaburan langsung asing (FDI). Pada tahun 1990, Malaysia tersenarai sebagai negara nombor 4 di dunia dari segi tarikan untuk pelaburan asing – kini kita di nombor 62!

Datuk Seri Anwar berserta dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas CEO PNB dan Guthrie yang kini Bendahari Agung Keadilan, komited membina ekonomi Malaysia yang berdaya saing serta memberi bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum.

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hang Tuah menanyakan:

YBhg Dato’ Seri.

BOLEHKAH PEMBANGKANG MENANG DENGAN MAJORITI (bukan sekadar menang retorik) DENGAN SISTEM PILIHANRAYA YANG SEDIA ADA DI MALAYSIA?

Saya rasa jawapannya ialah: MUSTAHIL.
Apa komen Dato’ Seri. Terima kasih.

hangtuah,

hangtuah kan pahlawan? pantang berundur sabelum berjuang!

Pertama kita sedang melancarkan kempen antaranbangsa mendedahkan penipuan sistem p/raya Malaysia. Saya percaya akan berlaku perubahan positif.

Kedua kita telah mengemukakan agenda perjuangan dan perubahan yang akan memulihkan keyakinan ekonomi, memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat.

Ketiga kita akan terus memperkemas jentera KeADILan dan bersama dengan rakan pembangkang dan aktivis rakyat untuk mengajak rakyat mendapatkan pemerintahan adil.

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Merujuk kepada Soalan yang dibangkitkan oleh LB, di sini disediakan pautan ke Malaysia-Today yang menyiarkan Kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung KeADILan mengenai penggabungan 3 Entiti Pertanian negara.

Sekian Untuk Makluman.

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

peacelover memberi pendapat:

Kita harus sedar yang amalan rahsuah,jika tidak dibendung akan musnahkan kita rakyat sendiri.Namun bukan mudah untuk menanganinya! Pada pandangan saya ,hanya sekiranya usaha untuk menukarkan kerajaan sekarang ,mungkin peluang cerah!

Kita seharusnya mengebelengkan segala tenaga serta buah fikiran untuk duduk semeja dengan semua parti pembangkang untuk mengaturkan sratigi untuk Pilihan Raya akan datang ini.
Haruslah semua parti “close rank” sesama sendiri,untuk wujudkan arah sehaluan. Memang susah pun…tapi ada kemungkinan juga!!
Harus arah tujuan dan matlamat sama,maka peluang terbuka luas….seluas-luas lautan. Dengan masaalah yang timbul pada parti UMNO ,kini peluang ada memihak kepada pembangkang.
Jangan lepaskan peluang ini,mungkin sekali seumur hidup!!

Saya juga mencadangkan yang semua parti pembangkang disatukan bawah satu parti saja,jika boleh,ini akan lebih teguh dari BN sendiri!! Apa kata dengan nama ini “United Malaysian Nationist Party”,atau AMAN.

Saya sebenarnya minat dengan politik,tetapi kerakusan serta penyelewengan yang buat saya hindar darinya. Memang dalam naluri saya ingin berbakti. Kepada semua rakyat Malaysia ,saya menyeru agar kita selamatkan Malaysia sebelum terlambat!! “Winds of Change”..

jika ada dalam komen ini tersinggung perasaan sesiapa tampa niat…harap maafkan.
Terimakasih…semoga berjaya !!

peacelover,

cadangan membentuk satu wadah, dan mungkin satu lambang telah dibincang sejak 1999 tetapi yang dipersetujui ketika itu hanyalah BA.
Sementara cadangan tsb ada kebijaksanaannya,namun ia perlu disepakati. Secara peribadi saya mendukung bentuk muafakat yang lebih mantap tetapi ia tidak mudah tercapai. Yang perlu ditekan sekarang adalah membina muafakat membentuk agenda dan strategi bersama dalam menghadapi pilihanraya

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

zack rahim memberi pendapat:

Dato’ Seri,

Walaupun isu ini telah beberapa kali di utarakan di dalam blog ini, izinkan saya mengulanginya sekali lagi bahawa betapa pentingnya Barisan Alternatif membentuk kabinet bayangan untuk membayangi setiap anggota kabinet di dalam Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Dato’ Seri

Disamping itu, kabinet bayangan juga mampu memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia akan kemampuan Barisan Alternatif jika sekiranya mereka diberikan kuasa untuk memerintah. Rakyat mahu melihat bagaimana BA mengamalkan perkongsian kuasa diantara Keadilan, PAS, DAP dan beberapa parti lain lagi di Sabah & Sarawak. Rakyat ingin melihat siapa dan apakah
kemampuan pemimpin yang dipilih untuk membayangi setiap pergerakan Kabinet Kerajaan. Mereka nak tahu jika BA perintah, siapa PM, siapa DPM, siapa Menteri Kewangan, siapa Menteri Pelajaran dan sebagainya. Manalah tahu mereka ini boleh buat jauh lebih baik dari menteri yang sebenar disamping dapat meningkat integriti menteri-menteri yang ada. Jika sekiranya rakyat diberikan bayangan kabinet BA, ini akan mampu meningkatkan keyakinan mereka untuk memilih pemimpin didalam pilihanraya kelak.
(more…)

28 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ingin merayu kepada semua kumpulan di Selatan Thailand untuk menyambut baik inisiatif kerajaan Thai yang baru bagi menamatkan keganasan dan menyambung semula rundingan bagi satu penyelesaian berkekalan untuk konflik di Selatan Thailand. Masa untuk berpecah-belah sudah berlalu. Kita mesti mencapai sebuah proses damai yang inklusif dan adil untuk semua. Kita mesti mengelak perpecahan dan bersatu terhadap mereka yang ingin memcecahbelahkan warga Thai dan menggagalkan dialog yang aman.

Proses damai sepatutnya ditumpukan untuk mencapai keadilan dan mengatasi peminggiran masyarakat wilayah Selatan Thailand. Ini dapat dicapai menerusi struktur politik baru dan peningkatan keadaan sosio-ekonomi wilayah tersebut.

Adalah menjadi harapan saya agar pihak berkuasa Thailand dan semua kumpulan di Selatan bekerjasama untuk mengatasi keganasan. Pertukaran di dalam kerajaan Thai mestilah dilihat sebagai pembuka peluang untuk mencapai keamanan yang adil dan berterusan untuk kebaikan penduduk tempatan dan kestabilan serta kemakmuran rantau ASEAN.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site