Arkib Tahun 2006

8 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada registerforthisblog:

adakah semua presiden amerika dulu kini dan akan datang itu dibawah telunjuk israel?
adakah ini bermakna sesiapapun menjadi presiden amerika, dasar dan cara perlaksaan pentadbirannya tetap sama dan berat sebelah? mohon pendapat dato’ seri…

registerforthisblog,

Dasar Amerika jelas memihak kapada Israel tetapi pendirian pentadbiran Presiden Bush dianggap keterlaluan hinggakan jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin olih Israel.
Awal tahun ini satu kajian akademik olih Universiti Harvard mengenai dasar luar Amerika yang terlalu memihak kapada Israel sehingga menjejaskan kepentingan Amerika telah diserang kuat olih lobi Yahudi di Amerika. Dan kini di media Amerika memuatkan rencana menyerang bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter yang mengiktiraf hak Israel tetapi mempertikai dasar Israel yang menekan dan menzalimi hak rakyat Palestin. Jimmy Carter menyarankan dasar yang lebih adil buat rakyat Palestin dalam buku terbarunya Palestin: Peace not Apatheid.

7 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya sehari suntuk di Amman Jordan kerana mempengerusikan mesyuarat Lembaga Foundation for the Future. Di sabelah pagi saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Jordan Adul Illah Khatib. Kami menyentuh beberapa isu termasuk perkembangan terbaru di Lubnan, krisis di Iraq dan mengulangi kenyataan bahawa sukar dileraikan masalah di Timur Tengah tanpa menjamin keadilan bagi rakyat Palestin.

Keputusan yang disepakati oleh kami adalah:

FOUNDATION FOR THE FUTURE

Amman, Jordan, December 4, 2006

The Foundation for the Future Examines Concepts for its First Grants

The Board of Directors of the Foundation for the Future met in Amman, Jordan on December 4, 2006 in the aftermath of the third Forum for the Future, held in the Dead Sea.

Board members met to review concepts submitted by Middle Eastern and North African civil society organizations for the first Foundation-funded programs. The Board authorized the elaboration of proposals in the areas of the empowerment of youth, independence of media, the establishment of an NGO resource center, and the creation of an observatory on democratic reforms, and welcomes submissions for full proposals for funding in these areas. These proposals will be reviewed for funding at the next meeting of the Executive Committee, which will be held in Geneva, Switzerland in February, 2007.

The meeting of the full Board was preceded by the first meetings of the Finance Committee and the Fundraising Committee. The Finance Committee began work on an operations and program budget and authorized expenditures. The Fundraising Committee devised and agreed on a strategy to provide for the long-term sustainability of the Foundation.

The Board of the Foundation expressed its gratitude to the founding donors who have fulfilled their commitments, and are encouraged by those other countries that have indicated interest in financially supporting the Foundation’s efforts. As a result of receiving these pledges, the Foundation now has the funds to begin awarding its first grants.

The Board elected to hold its next meeting in Marrakesh, Morocco in mid-April, 2007.

The members of the Board would like to thank the government of Jordan for hosting the event and for their continued support for this undertaking.

7 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

padaidi memberi pendapat:

Assalamualaikum DS,

PKR di Sabah harus menyediakan pemimpim-pemimpin peringkat tempatan yg benar-benar berkualiti, memperjuangkan agenda reformasi dalam ertikata sebenarnya, sanggup bekerja keras, berkeupayaan utk menyelesaikan permasalahan setempat dan tidak memilih bulu. Jika tidak amat sukar untuk memenangi hati rakyat utk menumbangklan calon BN yg sememangnya terkenal dgn mainan politik kotor.Apa yg merisaukan, masih sukar utk menemui pemimpin sebegini. Ada kalangan yang cuba menonjolkan diri tatkala DS membuat lawatan.

padaidi,

inshaAllah saya akan terus memberikan tumpuan di Sabah. Saya tambah yakin dengan kemantapan barisan pimpinan lama dan baru di Sabah.

6 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

freelunch menyatakan:

datuk seri,
the current cartoon cabinet is both demoralising and embarassing.pls work hard to come back as PM – if not under keadilan, then under UMNO.

UMNO has turned into a party of Useless Malays Napping Openly.we will forgive u of your past transgressions as everyone is human.please plot overtime to get back into UMNO.

Freelunch,

Saya telah nyatakan pendirian saya untuk bertarung untuk melaksanakan agenda perubahan!

6 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada echopena:

Saya sendiri terpesona dengan ajakan saudara Saari supaya Datuk Seri lebih aktif dalam kancah politik tanah air dengan segera. Saya tidak memandangnya sebagai kritikan sebaliknya hanya ajakan yang bersungguh.

Pun begitu, apa pandangan Datuk Seri sendiri tentang keterlibatan Datuk Seri dalam politik Malaysia dalam masa terdekat ini. Wajarkah idea itu ditangguhkan dahulu?

Saya sendiri melihat ada kebaikan dalan kekurangan dalam kedua-dua situasi (terlibat sekarang atau pada ‘masa depan’)

Echopena,

Keputusan saya untuk bermarkaz di KL mulai pertengahan Disember telah diketahui umum.
Diharap sdr juga akan bekerja keras.

6 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada EchoPena:

Assalamu’alaykum warahmatullah Datuk Seri,Semoga dalam rahmat Allah swt.

Mungkin Datuk Seri masih ingat tentang Malaysian Islamic Study Group (MISG) yang masih lagi bergerak aktif di US dengan izin Allah walaupun pernah menghadapi beberapa zaman sukar beberapa tahun yang sudah. Inshaallah kami akan bermuktamar lagi pada hujung tahun ini.

Ampun dan maaf dari kami, kami mungkin tidak pernah menjemput Datuk Seri ke sebarang aktiviti kerana risau ada pihak yang tidak menyukai tindakan sedemikian. Mungkin Datuk Seri ada pandangan sendiri yang ingin dikongsi berkenaan perkara ini. Untuk pengetahuan Datuk Seri, MISG kini diterima baik oleh pihak Malaysian Student Department dan mungkin pihak
kedutaan juga.

Untuk muktamar kali ini, kami menjemput Prof Muhammad Abu Bakar, pemegang kerusi Razak di Ohio University, Athens Ohio untuk menyampaikan ucaptama. Dr Tengku Shahrom dan Ustaz Lokman dari Malaysia juga dijemput untuk mengisi beberapa slot ceramah.

Kami juga dalam proses menjemput Dr Asri Zainul Abidin untuk mengisi satu slot ceramah. Bagaimanapun beberapa ahli kurang bersetuju dengan langkah tersebut. Bagaimana pendapat Datuk Seri sendiri?

Kami sangat berharap sebenarnya agar suatu hari nanti, MISG akan dapat menjemput atau menerima kunjungan Datuk Seri ke program kami terutama sekali muktamar yang kami adakan bersama dengan Indonesia Muslim Society in America (IMSA). Kami kurang arif tentang keadaan sekarang dan perlukan nasihat Datuk Seri.

Jazakallah khaer.

Echopena,

Rakan dari Indonesia di Washington DC penah merungut mengenai tekanan terhadap mahasiswa Malaysia. Mirip gelagat era Suharto kata mereka.Mudah-mudahan suasana kian segar dan terbuka. Sepanjang tekanan tahun-tahun 60han hingga 90han, MISG masih mampu bergerak bebas. Konkongan di akhir Era dr M disambung di era hadhari..

6 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada one:

Seorang buta mengadu beliau mendapat layanan kasar dan tidak berhemah daripada ‘pengawal’ di pintu pagar rumah Dato’ Seri baru-baru ini.
Tujuan beliau ke sana ialah untuk mendapatkan sedikit sumbangan bagi membiayai pembedahan anaknya yang mengidap barah mata.
Beliau amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Beliau bukannya minta sedekah.
Harap Dato’ Seri atau Datin Seri dapat nasihatkan ‘pengawal’ tersebut. Saya tidak mahu imej baik Dato’ dan Datin tercemar kerana perkara seperti ini.

Maaf…saya terpaksa sampaikan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

One,

Maaf, mungkin saya dan azizah tidak berada dirumah. Pun begitu difahamkan Sdr Nik Nazmi telah menjelaskan di blog. InshaAllah akan kami perbaiki.
Teringat saya kisah sirah pengajaran pertemuan Rasulullah SAW dgn Abdullah ibn Umi Maktum

5 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Suara Bebas menanyakan:

salam utk sdr anwar….

mungkin sdr ada membaca wawancara ketua pengarang harakah, sdr ahmad lutfi othman dengan bekas tahanan ISA, saari sungib baru2 ini. saya rasa ‘terpanggil’ dgn petikan kata2 sdr saari….
(more…)

5 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nizam menanyakan:

Salam Pak Anwar,

Kenapa Pak Anwar memilih untuk menubuhkan parti politik dalam usaha mengusung agenda refomasi. Sedangkan masalahnya bukan sakadar tuntutan ke arah pembaharuan politik malah kita perlukan pembacaan ulang terhadap budaya berpolitik dan bernegara.

Nizam,

Agenda keadilan bukan sekadar tuntutan politilk biasa dlm menghadapi pilihanraya. Yang kita perjuangkan adalah agenda perubahan termasuk budaya politik baru.

4 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Dialog bersama Saadeddin Ibrahim dan dgn pengacara Riz Khan dalam Al-Jazeera siaran Bahasa Inggeris mengenai demokrasi di dunia islam. Saya jelaskan bahawa perubahan perlu dilancarkan dari kekuatan dalam negeri.

Kesilapan Amerika adalah kerana mengutarakan demokrasi buat dunia Islam tetapi mengamalkan dasar luar yang bercanggah dgn prinsip keadilan samada di Palestin, Iraq dll. Kita mesti belajar dari pengalaman Turki dan Indonesia. Disamping itu langkah tegas perlu diambil utk memacu pertumbuhan dan membanteras rasuah.

4 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Sampai sudah ke penghujung semester. Saya menemui setiap mahasiswa dan siswazah dalam kursus untuk membincangkan kerangka esei mereka serta kemajuan pelajaran keseluruhannya. Saya amat berbangga dengan tahap kemajuan dan pembacaan mereka. Mutu esei yang dikemukakan semester lalu cemerlang.

Rupanya tugas seorang profesor di saat begini agak berat. Mereka dituntut menyediakan kuliah akedemik bermutu dan mendidik melalui perbincangan selain dua jam di kuliah.

Kuliah saya adalah selama satu jam dan disusuli dgn perbincangan selama satu jam.

Kuliah akhir saya minggu depan insya Allah akan mengimbau isu arah pemerintahan dan kebebasan di Asia Tenggara. Bahan bacaan yang saya minta mereka telaah sebelum kuliah termasuk Benedict Anderson Imagined Communities, Robert Hefner Civil Islam, Lucian Pye Asian Power and Politics, Susan Henders (ed) Democracy and Identity dll. Dan yang mengagumkan saya ialah mereka benar-benar membaca sebagai persiapan sabelum kuliah. Dan ini termasuk rencana terbaru saya seperti pidato di Bank Dunia dan rencana terbaru terbitan FEER.

Apabila prestasi pelajar begitu baik, profesor tentunya terpaksa bekerja lebih keras. Kita dapat mengerti bagaimana universiti saperti Georgetown University dapat bertahan di kalangan 10 universiti terbaik di Amerika.

Malaysia bagaimana?

4 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ingintahu menanyakan:

Kenapa Memilih Jalan “Reform” daripada “Jihad Akbar”:

Sdr Anwar telah memilih jalan “reform” itu pun “reform” secara berpolitik dan jalan ini semestinya berlaku setelah Sdr Anwar melalui pelbagai dugaan yang jika berlalu kepada insan yang lemah akan musnah sesaorang itu. Saya amat kagum. Semoga Allah pelihara Sdr Anwar.

Apa pandangan Sdr Anwar terhadap “mereka” yang dilihat hanya “berjihad” melalui apa yang pernah di lakukan oleh para “ulama” zaman silam itu –pendek kata iaitu “ilmu”. Walaupun tingkah laku Sdr Anwar mesti tidak lari juga dari pengetahuan “ilmu” yang membolehkan Sdr Anwar bertindak, bercakap, menulis, pidato.

Soalannya adakah “ikhtiyar” Sdr Anwar ini yang sama dengan “ikhtiyar” para “ulama” yang di maksudkan itu?

Atau dalam sesuatu masyarakat itu, terdapat golongan “reformists” seperti Sdr Anwar dan biasanya 1 atau 2 sahaja “ulama” yang saling berkerjasama atau tidak secucuk ?

[contoh : al Ghazali dengan Nizam al Mulk misalnya , actually, what I want to ask you cannot be asked in public what more in Internet]

Ingintahu,

Reformasi atau islah juga tuntutan. Saperti juga jihad sebagai memupuk daya juang. Masalahnya ialah istilah dan konsep jihad banyak disalahtafsir dan dirujuk semata kpd peperangan. Terdapat banyak ulasan ulama yang menekankan soal ilmu sebagai asas dalam kehidupan dan perjuangan.
Saya sendiri merujuk kapada ulama yang teguh dengan akhlak, ilmu dan punyai daya juang.

Switch to our mobile site