Hanafiah Ghazali memberi pendapat:
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat,
“Those who deny freedom to others, deserve it not for themselves; and, under a just God, can not long retain it.” Abraham Lincoln.
Saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu pilihanraya yang begitu hebat diperkatakan. Ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
Lawan kepada Barisan Nasional tidak sepatutnya meletakkan kekalahan itu kepada isu ketidakadilan dan ketidaktelusan pilihanraya semata-mata. Kekalahan juga mesti dipertanggungjawabkan ke atas pimpinan, strategi dan gerak kerja.
Sekiranya kekalahan ini berpunca daripada isu pilihanraya semata-mata maka bagaimana parti PAS boleh memenangi pilihanraya di Kelantan untuk beberapa penggal?
Keputusan pilihanraya adalah berdasarkan kepada jumlah undi dan saya percaya sekiranya perbezaan jumlah undi adalah besar maka susah (walau pun tidak mustahil) untuk individu atau kumpulan yang berniat jahat mengubah keputusan ini.
Fokus mesti diberikan kepada usaha untuk memperkasakan barisan pimpinan agar mesej dan wawasan yang jelas dapat disampaikan untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat seterusnya mengecap kemenangan pada pilihanraya akan datang.
Hari-hari mereka semakin suntuk. Keadilan akan tiba cuma bila.
Hanafiah
Kebetulan petang tadi melaporkan mengenai strategi dan kegiatan di Selangor. Perkembangannya kian hebat.








