Arkib Tahun 2006

18 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Zaki Perlis menanyakan :

Amartya Sen adalah antara salah satu penulis yg amat saya hargai. Rasanya Dato sudah baca buku beliau berjudul “Development as Freedom” terutama penekanan untuk Human rights dan social modernization. Apa pendapat Dato Seri ?

Lastly, di Malaysia, amat sukar mendapat berita yg terkini tentang Dato’ Seri, boleh tak beri sedikit update tentang peranan Dato’ di World Bank dan tentang tahap penglibatan kerajaan Malaysia melalui World Bank. Terima Kasih

Saudara Zaki Perlis,

Buku Development as Freedom merupakan diantara karya terpenting Amartya Sen. Isu yang dibahaskan ialah bagaimana kebebasan dan demokrasi sesunngguhnya akan memperkasa ekonomi rakyat. Ini juga merupakan hujah terkuat menyanggah konsep nilai Asia yang diutarakan olih Lee Kuan Yew dan Dr Mahathir. Asian values digunakan sebagai alasan menolak demokrasi atas alasan keselamatan dan keutamaan pembangunan ekonomi. Bagi saya konsep sademikian adalah usang, memperkecilkan hak dan keupayaan rakyat malah digunakan olih penguasa untuk mempertahankan kedudukan mereka dengan menghalang kritikan terhadap keterlanjuran dan rasuah penguasa. Budaya Asia penuh dengan kisah pemerintahan zalim; tetapi segar juga dengan tradisi terbuka,dan perjuangan kemerdekaan, kebebasan dan keadilan.

17 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Beberapa bulan lalu, sarjana ekonomi Amartya Sen melancarkan bukunya The Argumentative Indian : Writings on Indian History, Culture and Identity
di Washington. Beliau mengundang saya dan Azizah sebagai tetamu khas dimajlis tersebut. Agak menarik gurauannya menyindir kalangan yang menganggap rakyat Asia belum bersedia menerima demokrasi. Menurutnya, budaya India sejak ribuan tahun segar dengan wacana dan perdebatan. Telaah saja Ramayana dan Mahabarata, Kautilya dizaman silam; toleransi dizaman Mogul dan perjuangan nasionalisme yang menjanjikan kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Kemudian menyusul lagi  bukunya  yang terbaru Identity and Violence: the illusion of destiny. Awal tahun ini saya makan tengahhari bersama beliau dan Prof ekonomi Harvard Tharun  Khanna sabelum saya menyampaikan kuliah di Univ Harvard. Ketika itu beliau meminta saya memberikan komen untuk dimuatkan dikulit buku yang bakal diluncurkan. Saya terkesan dengan gagasan beliau bahawa pembentukan peribadi mungkin saja merangkul pelbagai sifat dalam satu  tubuh – India, Hindu, toleran dengan Islam, Asia, minat dengan sastera Barat, menguasai pelbagai bahasa. Justeru itu adalah kurang wajar buat dikongkong diri dalam satu petak khusus.
Dan bulan lalu, dalam perjalanan pulang ka Malaysia, saya sempat membaca buku yang dipinjamkan oleh Izzah karya Profnya Sunil Khilnani The Idea of India yang membantu melengkapkan kefahaman mengenai watak dan peribadi India yang rencam, demokratik, dengan pelbagai susuk, sederhana dan melampau, jurang ekonomi yang melebar dan budaya yang segar.
……..
Sejak minggu kebelakangan ini saya mula menghadham semula karya Shakespeare, karenah manusia gelojoh dan tamak kuasa saperti dalam Julius Ceaser, Macbeth,Hamlet dan King Lear; cemburu dalam Othello; cinta dan permusuhan kabilah dalam Romeo dan Juliet; pencerobohan hukum dan tragedi dalam Winters Tale dll. Martin Lings menghimbau sudut keruhanian dalam karya Shakespeare. Saya merujuk karya-karya tersebut termasuk The Age of Shakespeare sebagai persiapan menyediakan kertas utama Persidangan Dunia mengenai Shakespeare yang bakal diadakan di Brisbane pada bulan Julai nanti.

17 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA
(BAHAGIAN SIVIL)
GUAMAN SIVIL NO: S4-23-15-2006

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM – PLAINTIF

DAN

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD – DEFENDAN

JAWAPAN KEPADA PERNYATAAN PEMBELAAN (more…)

16 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hidayat Saifudin menanyakan soalan melalui emel :

Assalamualaikum Datuk Seri.

ini sedikit soalan yang diminta oleh teman2 saya utk dikemukakan pada Datuk Seri.
(1) Datuk Seri menentang kewujudan AUKU di zaman gerak mula aktivisme Datuk Seri.Pun begitu tatkala Datuk Seri menjawat jawatan Menteri Pendidikan, ia masih tidak dimansuhkan.mengapa jadi sedemikian?

Jika dperhatikan deraf Rang Undang2 Pendidikan baru yang saya bentangkan kapada pendidik dan persatuan guru, AUKU dengan sendirinya dimansuhkan. Satelah saya dipindahkan ka Kemen Kewangan, RUU tsb diketepikan atas arahan Dr M.

(2) mengikut penilaian Datuk Seri, apa beza perkembangan idealisme mahasiswa dulu dan sekarang? apakah AUKU adalah elemen dominan yg menyumbang kepada kebekuan pemikiran siswa/i masa kini?

AUKU merupakan diantara faktor penting selain tekanan melalui penangkapan, penyingkiran, ugutan dari Kerajaan dan Universiti.

(3) pendapat peribadi Datuk Seri untuk memperkasakan gerakan mahasiswa masa kini dari konteks perkembangan idealisme perjuangan..

Mahasiswa perlu bijak memenfaatkan waktu, mengambil sikap terbuka menimba ilmu dan pengalaman. Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat lebih ketara. Mahasiswa perlu bersuara.

(4) pendapat daripada beberapa rakan dan pensyarah saya.kalau boleh,dianjurkan satu diskusi tertutup antara Datuk Seri dengan pimpinan dan aktivis mahasiswa untuk memberikan gambaran dan mesej jelas ke atas beberapa isu yg membelenggu gerakan kemahasiswaan di Malaysia masa kini berdasarkan pengalaman Datuk Seri dahulu.

Saya setuju dengan cadangan mengadakan pertemuan terbuka atau tertutup dengan pimpinan mahasiswa.

Sekian daripada saya, Datuk Seri.terima kasih atas kelapangan Datuk Seri utk melayani soalan2 ini.

11 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalan dan ucap selamat dari pengunjung web thebest4malaysia:

padamar menulis dan bertanya:

assalamualaikum,

Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:

1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?

(more…)

29 May 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Klik Untuk Mendengar
Islamic Society of North America
East-Zone Regional Conference
"Muhammad: The Man and the Message"
Saturday May 28, 2006
Hyatt Regency Capitol Hill
Washington DC

27 May 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

from the Los Angeles Times

SINCE 9/11, the United States has pursued what the White House calls a “forward strategy of freedom” predicated on the belief that a dearth of democracy in Muslim countries has led to the spread of a deadly strain of Islamic extremism. Emboldened by a hard-won ideological victory over the regimes in Eastern Europe during the Cold War, the U.S. once again has sought to foment democracy abroad to ensure security at home. (more…)

26 May 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Pimpinan media berpengaruh dunia bertemu disatu majlis di Jacksonville. Anwar berpeluang menyuarakan prihatinnya terhadap sikap dan gaya media melaporkan isu isu global. Apa kata Anwar? Sila klik icon dibawah ini. Prestasi bunyi bergantung kepada keupayaan PC anda dan juga server. Audio mungkin tidak lancar untuk kali pertama, lebih lancar bila selesai loading.

Audio

Switch to our mobile site