Arkib Tahun 2006

23 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daunbiru_tua menanyakan:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Memandangkan Tun Dr Mahathir telah menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat dalam krisis ekonomi 1997 dan sepertimana telah Dato’ Seri hujahkan perkara tersebut di ceramah Keadilan di Cheras serta kejatuhan pasaran yang dialami oleh Thailand minggu ini, ingin saya bertanya, apakah penyebab krisis ekonomi yang dialami oleh Malaysia pada tahun
1997? Diminta Dato’ Seri memberikan penjelasan yang lebih mendalam dan menyeluruh dan tidak hanya menyentuh sepintas lalu.

Saya berharap dengan penjelasan yang penuh maklumat dan fakta dapat memberikan gambaran sebenar tindakan pihak-pihak bertanggungjawab ke atas krisis tersebut.

Daunbiru_tua,

Penjelasan panjang sudah disampaikan sabelum ini. Yang kini ketara ialah pembohongan kpd rakyat selama 8 tahun mengenai punca krisis. Bahkan Kerajaan bersama ISIS ada menerbitkan buku khas mengenai isu tersebut.

20 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

freelunch beri responbalas pada ‘Krisis Kehakiman Perlu Terus Didedak &
Dibangkitkan’

Datuk Seri,

Thanks for your comments on the above issues.

It’s my personal opinion that BN will suffer a heavy defeat in the next GE.
Best wishes in your campaign.

Freelunch,
Sdr pastinya tahu bahawa badan kehakiman adalah tunggak kebebasan.
Perkembangan terbaru “isu mongolia” tambah menggugat kewibawaan badan kehakiman.

18 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam telah berlangsung Ceramah Perdana keADILan Wilayah Persekutuan di Flat Sri Melaka,Cheras Kuala Lumpur.Padang yang menjadi tempat berlangsungnya acara dipenuhi lautan manusia yang dianggarkan melebihi 5000 orang.Antara pimpinan yang hadir termasuklah Naib Presiden keADILan,Dr Lee Boon Chye & Sdr Azmin Ali,Pemangku Ketua Angkatan Muda keADILan, Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin,Timbalan Setiausaha Agung keADILan, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Penerangan keADILan, Sdr Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan keADILan Wilayah Persekutuan, Dr Sanusi Osman.

Dalam sesi ceramah semalam juga,telah dilancarkan Jentera Pilihanraya keADILan Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Sallehuddin Hashim.laungan “reformasi” yang bergema menyambut pelancaran Jentera Pilihanraya tersebut menampakkan iltizam yang jelas di kalangan rakyat Wilayah Persekutuan untuk memacu perubahan ke arah Malaysia yang lebih adil selepas pelbagai tekanan dan ketidakadilan berlegar di sekeliling kehidupan seharian mereka.Tambah menarik,turut dibuka kaunter keahlian baru yang dihujani oleh kelompok muda yang mendaftar sebagai ahli keADILan.

dsai3
Dr Sanusi Osman menyampaikan ceramah

dsai1
DSAI memimpin hadirin menyanyikan lagu “Kami Arus Perjuangan”

dsai2
Barisan pimpinan keADILan di atas pentas

dsai4
Skrin Layar Gergasi yang disediakan oleh Jawatankuasa penganjur program

17 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Media-media kerajaan menyambut positif perdamaian Tun Dr Mahathir dan pengurus dana George Soros. Ini bermakna tohmahan Dr M bahawa krisis ekonomi negara 1997-1998 tidak berpunca dari Soros. Selama 9 tahun rakyat disogokkan dengan propaganda sademikian. Soalnya jika apa yang ditohmahkan olih Dr M terhadap spekulator Yahudi itu tidak benar, siapakah yang bertanggungjawab?

Dan apakah selama ini rakyat sengaja ditipu untuk melindungi penjenayah sabenar atau memadamkan punca masalah sabenarnya?

Sasungguhnya tatkala Dr M mengecam Soros dulu, saya telah mengemukakan laporan dari Bank Negara Malaysua,Suruhanjaya Sekuriti,Bursa Saham dan Perbendaharaan mengenai spekulator asing dan penglibatan tokoh korporat dalam negara. Semua pandangan tersebut diketepikan dan Dr M mengulangi serangan terhadap soros.

Saya tegas mengulangi kenyataan saya pada tahun 1998 bahawa penyangak dan pengkhianat adalah kelompok sekitar Dr M ketika itu.

17 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

respon shenyeeaun:

Bukannya arahan ataupun memaki hamun tetapi adalah cadangan yang diberikan demi kebaikan DSAI , parti , anak muda , negara dan bangsa.

Mereka percaya DSAI merupakan seorang pemerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz dimana rakyat bebas mengkritik pegawaw-pegawai termasuk Umar sendiri sekiranya berlaku sebarang ketidakpuasan ataupun penyelewengan mahupun kelemahan.

Mereka percaya DSAI merupakan seorang pemimpin yang sudah melalui beberapa tahap perkembangan politik . Justeru , mereka cuba sedaya upaya lantang bersuara supaya pemimpin dan penasihat yang berwibawa seperti DSAI dapat membantu sesuatu dan bukan sekadar duduk di sana ataupun ceramah sini dan sana sahaja.
(more…)

17 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

a.azreen memberi respon:

Memandangkan anak muda / remaja zaman sekarang aktif melayari internet, saya berpendapat mungkin kita dapat mengembalikan kegemilangan Briged & Srikandi menerusi penubuhan laman web khusus untuk Briged & Srikandi. sekurang-kurangnya, golongan muda dapat berinteraksi secara lebih berkesan mengenai aktiviti-aktiviti dan program-program yang bermanfaat. juga
dapat memberi mereka peluang untuk membincangkan mengenai agenda-agenda baru keADILan. Sesungguhnya suara mereka juga bernilai.

Selain itu, hebahan mengenainya perlu diberi penekanan kerana jelas antara masalah utama yang sedang dihadapi – kurang saluran hebahan. diharapkan golongan anak muda bersedia untuk memikul tanggungjawab asas ini.

Wujudkan sesi pengambilan ahli baru pada setiap aktiviti yang dijalankan. saya bersetuju mengenai pandangan iniejune untuk memberi peluang kepada golongan muda menjadi petugas jentera. sekurang-kurangnya mereka tahu bakti mereka diperlukan dan mereka adalah agenda untuk perubahan. saya yakin aktiviti sukarela ini dapat memupuk nilai kesedaran yang
tinggi di kalangan anak muda.

Saya juga mengharapkan sesi ceramah pada esok hari boleh didapati dalam bentuk CD/VCD kelak. Sekian.

A.azreen
Usul sdr/i pastinya diberikan perhatian. Ini termasuk ikhtiar tambahan mengasak maklumat melalui internet, penyebaran risalah dan kempen keahlian.

17 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

freelunch memberi cadangan:

Datuk Seri,

At tomorrow’s ceramah, should you have the time, your comments to the following issues would be much appreciated.

1. What has happened to the 1988 judicial crisis fanfare highlighted by the mainstream media, which may be a ploy to discredit Dr M? Will the government actually do something about it after all that hot air?

2. What is your take on the Mongolian Murder Mystery — the latest addition to our steady stream of high-profile murder extravaganzas? Do you believe the conspiracy theories floating about cyber country or is it REALLY a case of bitter love and deadly endings? Is Najib involved in this scandal? Did he order the execution in the name of ‘national security’? If so, what can be changed about the law to bring these UMNOputras back down to earth?

Thanks so much for your time.

Freelunch,
Krisis badan kehakiman belum dileraikan dan justeru itu perlu terus
didesak supaya institusi tersebut bebas dan adil.dan ada beberapa hal yang memusykilkan dan dikuatiri menjeaskan kewibawaan polis, pendakwaan dan kebebasan hakim yang perlu dibangkitkan.InshaAllah ia akan dibangkitkan.

16 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Respon daripada AnakMuda:

Salam buat DSAI.

(1) bukan arahan tu Dato’ Seri,sekadar satu permintaan dari marhaenis untuk
memacu gerakan.ini kan salah satu elemen ‘kepedulian rakyat’.. :)
kami optimis dengan keupayaan keADILan,tinggal lagi keADILan perlu lebih berusaha & bersungguh untuk menarik golongan muda..dan keyakinan itu takkan surut..insyaAllah!

(2) Tun Dr M telah menerima penjelasan George Soros,yang Soros ini bukanlah dalang utama di sebalik apa yang melanda Asia Tenggara dan Malaysia tatkala krisis kewangan parah pada 1997-98.Apa komen DSAI mengenai hal ini?

Anakmuda.

(1) Saya senang dengan sikap optimis sademikian. Apatah lagi sdr lebih menjurus kapada kerja dan tidak leteran yang tidak berkesudahan

(2) Gelagat yang tidak mengejutkan dari Dr M. Satelah mengutuk keras
konspirasi yahudi dan spekulator Soros, beliau kini menarik segala tuduhan tersebut.
InshaAllah saya akan jelaskan di Bandar Tun Razak malam esok

16 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

iniejune memberi responbalas:

saya bersetuju dengan pandangan mengenai pembabitan anak muda di dalam PKR.
Yang menjadi masalah utama ialah perancangan aktiviti yang mampu menarik perhatian mereka. Saya lihat pembabitan Briged kini agak suram. Saya tak pasti apa yang telah berlaku, dulu saya dengar hendak diseragamkan penubuhan briged di semua negeri dan bahagian. Cuma kini yang benar2 aktif saya rasa, Briged Permatang Pauh sahaja.

Saya rasa generasi muda sekarang kurang rasa kesedaran tentang isu2 semasa, tidak berminat dengan birokrasi, mesyuarat, perbincangan.. jika disediakan aktiviti sukan, konvoi, mereka akan ‘join’, tetapi bila kita perlukan komitmen mereka dari awal, untuk bersama berjuang, habis… sangkut..
Tapi saya lihat apabila tiba pilihanraya, mereka akan datang membantu utk kerja2 spt pasang bendera, poster, konvoi, ttp bukan untuk gerak kerja pada peringkat awal..sememangnya AMK Pusat perlu rangkakan satu formula utk tarik minat golongan muda.

DSAI sendiri boleh buat kerahan mendaftar sebagai petugas pilihanraya setiap kali adakan ceramah di mana2 tempat.. Cth: pada yang akan datang di Cheras, minta bhgn Cheras sediakan borang daftar sebagai petugas jentera, DSAI semasa ceramah boleh minta, arahkan mereka yg mahu perubahan, yang sanggup membantu mendaftar segera sbgai petugas…
Ini pandangan saya..

iniejune,
Wah!satu lagi arahan buat saya.. :)
InshaAllah akan kita pikul bersama pimpinan AMK, dan bahagian.

16 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada ingintahu:

100 tahun Maktab adakah atau siapakah yang di kira tokoh2 saintis, pemikir, “ulama” World-class atau Muslim-class[Islamic-Class?] :

MCKK [1905], KSAH [1908] telah lama di dirikan atas desakan Sultan2 FMS – Idris, Sulaiman, Mohd Shah dan Ahmad dan Kedah dengan KSAH.

Setelah lama, adakah Maktab2 itu dapat mengeluarkan tokoh2 saintis, pemikir [termasuk ahli falsafah] atau ulama yang di kenali seluruh dunia? Ini kita ukur dari “benchmark” Western-Christian Civilisation.

Atau adakah ukuran ini terlalu awal berbanding dengan Eton semasa King Henry [1440]?

Atau adakah perlu membuat ukuran seperti itu?

Bologna {1088], Oxford [1117], Paris [1200s] dll di diri selepas bermulanya Crusade [1095] dan Penjajah Kristian mula berlayar ke Timur.

Bermula sistem keSultanannya di Tanah Melayu tidak lihat pertubuhan Sistem Madrasah-University ala Nizamiyyah.
Nampaknya Sultan2 dulu tidak perhatin terhadap penyebaran Ilmu melalui concept masajid-madarasah-nizamiyyah [Rasullah dirikan Masajid sebagi tempat menyebar Syariah Islam di Madinah secara formal , sebelum itu secara "personal and networking" di Makkah - - iaitu "framework, worldview Islam , tawhid + simple rituals].

Persoalannya, adakah kita perlu sekali lagi menggubal sistem pendidikan supaya rata rata raayat Muslim dapat betul di didik dengan sempurna? Supaya gejala masyarakat yan gmenimpa kita kini seperti korapsi, ketidak adilan, perosok alam sekitar, dadah-HIV, Mat rempit dan yang tidak nampak itu Corruption of Knoweldge]
[konsep "Towering Malays" ini perlu mengerti bahawa sesuatu "menara" [Tower] biasa hanya 1 [atau 2 -- melainkan Twin Tower]. Jika tidak ianya bukan Tower! Tetapi tokoh2 boleh berbilang iaitu dalam bidang sains, ekonomi-kewangan, jurisprudence, tafasir, kalam, dll .

Pokoknya Melayu harus dapat mengenal dan mengakui akan ketokohan, keunggulan, scholarship se saorang itu dengan baik – jangan pula letak semua orang di ‘maratib dan darajah’ yang sama
[Strangely enough, bekas keluaran MCKK yang dunia Barat mahupun dunia Muslim kenal ialah orang yang bernama Anwar Ibrahim who is educated in both Western Thought and Islamic worldviews but , please, not as a Ulama lah reformist itu bolehlah]

ingintahu,

Pernah satu ketika saya menghimbau masalah ketandusan sastera negara berbanding dengan negara jiran Indonesia atau negara berkembang lainnya termasuk India, Cina, Mexico, Eropah Timur. Walhal Malaysia jenuh dengan pesta dan anugerah yang relatif mahal.
Jika kita panjangkan persoalan tersebut kapada alam ilmiah, filasuf, saintifik dan seni sastera kita masih ketinggalan.

Kita harus lebih tawadduk mengakui keterbatasan dengan membuka ruang wacana, meneroka alam pemikiran baru, menghayati sengat ijtihad. Janganlah kita terus berkhayal dengan propaganda bahawa kita adalah model negara membangun, punyai mercu tanda tertinggi, empangan terbesar atau Koridor Multimedia megah. Walhasil kita jauh ketinggalan termasuk dalam lapangan IT kapada Bangalore dengan prasarana yang cukup sederhana.

16 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri,

saya turut berpendapat yg batang tubuh dan lantang suara Datuk Seri sendiri mampu memainkan peranan dalam usaha ini. mungkin boleh diwujudkan satu slot AUDIO-VISUAL utk kami mengikuti ucapan2 politik juga kuliah2 yg dikelolakan oleh Datuk Seri sepanjang Datuk Seri berada di luar negara mahupun di Malaysia.

Datuk Seri harus ingat bahawa di Malaysia ini tidak ada pemimpin yg mana ucapan dan syarahannya menjadi perhatian semua golongan terutama golongan muda melainkan diri Datuk Seri sendiri. gunakanlah kelebihan itu dengan lebih banyak menonjolkannya dlm bentuk audio-visual supaya generasi kami dapat menyaksikannya, memuat turun, menyimpannya dalam bentuk VCD atau DVD dan menyebarkannya kepada rakan-rakan yg lain utk turut sama-sama mengikutinya. dalam dunia internet ini, segalanya mungkin Datuk Seri. selagi ada ruang, kita gunakanlah sebaik2nya..bukan semua di kalangan kita yg gemar melayari blog dan membaca bahan2 penulisan.tapi ramai yg lebih suka menonton dan mendengar sendiri dengan mata telinga mereka.

mohon perhatian pihak Datuk Seri dan pucuk pimpinan PKR.

Sdr Dermaputra,
Kini satelah berpengkalan di KL mungkin lebih mudah saya tunaikan permintaan sdr. Saya hanya pohon sadikit waktu membereskan soal tersebut.

15 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

semuthitam2 memberi respon balas:

cadangan inijune memang sgt bernas! buat booth utk pendaftaran pada hari tu dan umumkan di pentas. asingkan borang anak muda dgn kaum tua (hehe), kemudian buat susulan e.g call mereka, ajak minum, buat majlis penerangan perjuangan parti, tayangan video, tgk crite v for vandetta reramai… byk benda boleh buat! sy tak cakap kosong… saya dah buat dah sy
boleh bagi bukti. tapi semuanya dgn duit sendiri. sedih la jugak, dah la gaji kecik, tol pulak dah naik ni. sigh~

di hujung bicara ini, sy akan perhatikan; akan ia akan jd isu tipikal malaysia (hangat2 tahi ayam). ataupun ada tindakan susulan. DSAI, bantu kami untuk bantu anda….

Semuthitam2,
Kita sudah lalui ranjau, mengharungi lautan dan menerobos belantara,Kini tiba waktu bergerak pantas lagi tersusun – bunyannun marsus

Switch to our mobile site