hanaz menanyakan:
assalamualaikum saudara Anwar,
Kita tidak dapat menafikan sokongan media yg saudara terima di seantero dunia.Namun apa yg menyedihkan,sokongan media Malaysia masih berada di takuk lama.Hal ini akan menyebabkan agenda reformasi yg cuba dibawa oleh saudara tidak dapat menerobosi ruang minda masyarakat Malaysia.Jika hal ini berterusan,masyarakat Malaysia akan terus disogok dengan tipu daya elit penguasa.Bagaimana saudara ingin memecahkan penghadang ini demi merealisasikan impian sudara dan juga masyarakat seluruhnya untuk membina sebuah negara yang bukan hanya bebas medianya tetapi juga mempunyai masyarakat yg berfikiran matang dan terbuka bagi mendepani permasalahan semasa?
Hanaz,
Saya akui kesukaran lantaran media dikongkong, namun saya yakin kita mampu sebarkan maklumat meluas dengan tenaga komited
















salam DSAI,
saya bersetuju dengan sdr/i hanaz ini. Secara peribadi saya juga merasakan yang media negara ini terlalu berat sebelah. Tiada langsung kebenaran yang dihebahkan kepada rakyat. Tak habis-habis dengan isu-isu yang menggelapkan pemikiran rakyat mengenai kehebatan dan kebijaksanaan pemimpin memimpin negara yang mana pada hakikatnya semakin hari pimpinan mereka semakin membebankan rakyat. Tambaha pula seorang pelajar seperti saya yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi di gara kita ini.Buat masa kini saya meresakan Internet adalah medium yang paling berkesan untuk DSAI memulakan tapak bagi cuba memecahkan benteng kelemahan media negara kita. Terus terang saya katakan saya kini sudah hilang selera untuk menjamah berita-berita di akhbar-akhbar melayu yang pada saya hanya menjadi medium golongan elit mennutup kejahatan sendiri.Kadangkala akhbar yang diberi percuma pun mempunyai kandungan yang jauh lebih baik daripada yang perlu dibayar dengan harga RM1.50