25
Dec
06

Britain Jadi Negara Daun Pisang?

Nik Nazmi

Baru-baru ini, Peguam Negara Britain telah menghentikan siasatan terhadap tuduhan wujudnya rasuah di dalam penjualan senjata oleh British Aerospace kepada Kerajaan Arab Saudi di atas alasan ‘kepentingan nasional’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden Kehormat AccountAbility, telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik tindakan tersebut yang telah melemahkan integriti Britain di dalam melawan rasuah.

Alasan kepentingan nasional tersebut seperti kita sedia maklum, sudah lama menjadi alasan kepada pemimpin-pemimpin negara dunia ketiga untuk menutup rasuah, kronisme dan nepotisme.

Blog akhbar Britain the Guardian telah memetik kenyataan tersebut.


4 Responses to “Britain Jadi Negara Daun Pisang?”


  1. 1 Hang Tuah Dec 26th, 2006 at 5:11 am

    “Bumi mana tak ditimpa hujan ‘rasuah/kronisma/nepotisma’”

    Alasan berbahaya sedemikian (kepentingan nasional) telah lama diguna-pakai oleh Tun Mahathir, dan kini Pak Lah. Esok, lusa; entah siapa pula agaknya. Harap bukan DSAI, atau Hang Tuah…kekeke.

    Antara Hang Tuah dan Hang Jebat; nak pilih yang mana? (Hang Tuah pilih nama ‘BARISAN RAKYAT’, dari ‘BARISAN ALTERNATIF’)

    Terima kasih di atas kesudian Datuk Seri memberikan respon kepada beberapa pertanyaan saya sebelum ini.

  2. 2 shenyeeaun Dec 26th, 2006 at 8:57 am

    Pilih Jebat. Jebat merupakan seorang pahlawan yang sebenar. Kita hanya setia kepada pemimpin ataupun tuan yang layak dihormati. Kita mesti mula menentang sekiranya berlaku sebarang kepincangan , penyelewengan dan ketidakadilan.

    Jadikan lawan sebagai kawan. Kalau lawan tak mahu jadi kawan kita lawan jadi lawan.

    Malaysia tidak ukur di baju sendiri sebelum mengkritik negara Britain.

  3. 3 hanaz Dec 26th, 2006 at 10:47 am

    Dewasa ini pimpinan kerajaan Malaysia yg dikepalai oleh Abdullah dilihat semakin ketandusan idea dalam urusan pemerintahan.Barisan kerajaan “yg dipilih oleh majoriti rakyat” ini semakin lama semakin membebankan rakyat seluruhnya dengan membuat pelbagai keputusan yg langsung tidak menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat marhaen.Dalam keadaan sebegini,rakyat memerlukan pihak yg mampu membela nasib mereka dan sudah tentu Barisan Alternatif merupakan calon terbaik.Sebagai seorang tokoh yg bersifat kritikal terhadap kerajaan yg tidak bertanggungjawab,saya melihat bahawa saudara Anwar perlu memainkan peranan yg besar dalam hal ini.Selaku Presiden Kehormat AccountAbility,saudara perlu lebih vokal terhadap segala kepincangan yg berlaku bukan hanya mengenai Britain dan Arab Saudi tetapi juga apa yg sedang berlaku di negara Malaysia sendiri.Saudara merupakan tunjang kepada “pembersihan” negara daripada segala “kekotoran” yg telah ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya dan juga yg sedang diteruskan oleh pemerintah yg sedia ada.Jika hal ini terjadi,saya yakin rakyat yg selama ini “dibutakan mata dan dipekakkan telinga” mereka akan sedar tentang kesucian negara yg telah dinodai.Mereka juga pasti akan bangkit daripada lena yg panjang dan akan turut berjuang bersama-sama Barisan Alternatif.Paduan suara dan tenaga jutaan rakyat suatu masa nanti pasti akan dapat menumbangkan kerajaan bongkak yg sedang menguasai negara!Percayalah!

  4. 4 mujahidinreformasi Dec 31st, 2006 at 9:20 am

    Betapa kurang ajarnya dua dajjal menari kegembiraan ketika terpalit dalam sejarah Islam buat julung-julung kalinya seorang Islam dikorbankan di tali gantung pada saat berbilion-bilion umat Islam menyambut kedatangan Eidul Adha.Tatkala jemaah haji sedang enak menikmati barakah di Makkah,mereka dikejutkan dengan kematian seorang muslim yang pernah bergelar pejuang negara Palestin suatu ketika dahulu..
    Ahh..lupakanlah sejenak pembunuhan yang dilakukannya ke atas beberapa kerat orang Iraq..bukalah mata anda wahai pak Arab..Dajjal sebenarnya adalah mereka yang membunuh beratus ribu rakyat Iraq dan nilai nyawa umat Islam ibarat sampah di hati dajjal-dajjal itu…

    si dajjal-dajjal itu membunuh pejuang mujahid tapi Janji Allah adalah pasti.. akan ada lebih banyak penggantinya kelak…

    Cukup jelas ketidakadilan tersebut dan pemimpin kita hanya mampu berdiam kecut…tanpa mahu mengeluarkan apa2 bantahan??!!!Oh terlupa pula..mereka rupa2nya punya sama dasarnya..zalim dengan undang2 ISA..jadi tidak hairanlah jika mereka tidak kemukakan apa2 bantahan..sedangkan mereka boleh mendabik dada tatkala undang2 ISA digunapakai di USA utk menangkap apa yang digelar terroris oleh dajjal-dajjal itu..dan sanggup mereka menjadikannya sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan??!!…Inikah Islam Hadhari yang mahu ditonjolkan???!!Ke Mana OIC??!!

    Semoga Barisan Rakyat yang bakal memegang tampuk pemerintahan akan lebih berani menyuarakan Pendirian kita..Kita bukan pengecut…Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Wallillahilham..Innalillahiwainnailaihirajiuan…

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031