17
Dec
06

Wacana Terbuka Perlu Disebar Luas

respon shenyeeaun:

Bukannya arahan ataupun memaki hamun tetapi adalah cadangan yang diberikan demi kebaikan DSAI , parti , anak muda , negara dan bangsa.

Mereka percaya DSAI merupakan seorang pemerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz dimana rakyat bebas mengkritik pegawaw-pegawai termasuk Umar sendiri sekiranya berlaku sebarang ketidakpuasan ataupun penyelewengan mahupun kelemahan.

Mereka percaya DSAI merupakan seorang pemimpin yang sudah melalui beberapa tahap perkembangan politik . Justeru , mereka cuba sedaya upaya lantang bersuara supaya pemimpin dan penasihat yang berwibawa seperti DSAI dapat membantu sesuatu dan bukan sekadar duduk di sana ataupun ceramah sini dan sana sahaja.

Pendapat-pendapat sebeginilah yang akan mengukuhkan parti. Kita dapat tahu segala kelemahan dan kebaikan kita dan ekploitasi segala yang baik dan atasi segala yang lemah.
Satu titik permulaan untuk menunjukkan anak-anak muda ataupun pelawat di sini sudah berani untuk mengorak langkah pertama untuk membawa pembaharuan.

Tiada seorang pun di sini yang mengetahui segala-galanya. Lantaran itu , adalah baik jika ada pelbagai insan yang pelbagai memberi pendapat dan cadangan yang bernas dari masa ke masa.

Inilah yang kekurangan dalam Barisan Nasional sekarang. Pemimpin tidak boleh dikritik. Sesiapa yang tidak sehaluan dengan pemimpin atasan maka karier politik mereka hancur berkecai. Jika tidak silap saya DAP pun begitu tetapi tidaklah seteruk UMNO. Pernah berlaku di PKR sebab itu kita juga kehilangan beberapa pemimpin yang berwibawa keluar dari parti tetapi diharapkan kini PKR sudah memasuki fasa kematangan politik yang baharu.

Kita perlu tahu bezakan isu peribadi dan organisasi. Kita mesti cukup matang untuk menerima kritikan , pembaharuan dan perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat tidak semestinya musuh kita dan kita seharusnya mencari persamaan dalam setiap perbezaan. Tuhan mencipta kita dengan permikiran yang berbeza maka kematangan intellektual setiap insan adalah berbeza. Justeru bersikap terbuka dan pintu sentiasa dibuka untuk sebarang perbezaan sesama insan.

TAHNIAH!!!!! Satu permulaan yang amat baik jika berbanding dengan Barisan Nasional kini. Hal ini demikian semua menjadi anak manja peliharaan yang menunggu tulang daripada tuan masing-masing. Mereka tidak berani untuk kata tidak sekiranya berlakunya apa yang dirasakan tidak betul. Mereka hanya tahu berdiam diri ataupun menangguk kepala pada setiap masa. Sampai bila mereka akan tahu kelemahan mereka sekiranya orang-orang di dalam parti mereka tidak berani untuk bersuara dan tidak berani untuk menyuarakan perbezaan pendapat mereka mengenai isu-isu tertentu termasuk mengkritik demi kebaikkan sekiranya perlu ? Saya bukan kata semua orang di sana macam itu tetapi majoriti besarnya begitu..

teruskan. Kalau ada kritikan ataupun bentuk arahan yang lebih keras lagi pun tiada apa asalkan ada niat baik mahukan parti berjaya.
Salam perjuangan.

shenyeeaun,
Hanya senda gurauan mengenai arahan yang diterima dari sdr.
Blog, dialog, wacana, musyawwarah hanya bermakna dengan keselesaan meluahkan pandangan secara terbuka. Ini lebih tepat dengan ungkapan al Quran - bilhikmah, dengan kebijaksanaan. Jika wujud perbedaan sekalipun, ia mengharuskan pertelingkahan sopan.
Sistem di negara kita yang mengongkong kebebasan dengan media utama dibolot olih kroni kaya bercanggah dengan prinsip tersebut.


1 Response to “Wacana Terbuka Perlu Disebar Luas”


  1. 1 shenyeeaun Dec 17th, 2006 at 9:39 pm

    Saya tahu Datuk hanya bergurau. Pemimpin seperti Datuk yang boleh bergurau dan dibawa bergurau merupakan seorang pemimpin yang mesra rakyat. Oleh itu , rakyat mudah meluahkan isi hati mereka.

    Media dibeli oleh kroni kaya tidak seburuk dikuasai oleh parti politik tertentu. Kalaulah parti politik juga terlibat dalam ekuiti media tertentu di tanah air maka teori pengasingan kuasa sudah menjadi tidak bermakna. Walaupun pengasingan kuasa itu hanya melibatkan kehakiman , perundangan dan pentadbiran tetapi secara tidak langsung dengan menguasai media hak dan kebebasan tertentu sudah disekat.

    Sudahlah media dikuasai mereka. Media alternatif lain seperti Aliran dan Suara Keadilan masih tidak mendapat permit. Apakah ini islam hadhari yang bersifat kesederhanaan ? Apakah ini yang dikatakan ” transparency ” oleh pemimpin tertentu ?

    Pemimpin tersebut hanya dikata 1 ayat iaitu apa yang dikatakan oleh beliau adalah isi yang sama sahaja. Satu ayat ini pula rius sekampung. Seluruh warga UMNO bangun membodek sehinggalah ada ura-ura ingin mengeluarkan pemimpin yang menlucutkan jawatan individu tersebut. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Kalaulah apa yang diucapkan oleh pemimpin tersebut tidak merupakan perkara yang sama , mengapa pula orang lain pula yang perlu terguris ?

    Apakah pemimpin kita tidak boleh diperkatakan ? Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz yang suka dikritik sekiranya ada apa-apa yang tidak adil berlaku.

    Di sini kita kata kebebasan berucap sudah terbuka. Di situ Khairy pula mengatakan kita perlu berhati-hati dengan apa yang diperkatakan oleh mana-mana individu dalam majlis perasmian PPP.

    Jangan memperbodohkan dan memperbudakkan rakyat. Senario ini ibaratkan ibu bapa yang membenarkan anak mereka keluar tetapi tidak boleh keluar lebih dari 100 meter. Kalau keluar lebih dari 100 meter tindakan akan diambil.

    Media kita perlu dibebaskan! Hentikan penjajahan ke atas media.

Leave a Reply