daripada EchoPena:
Assalamu’alaykum warahmatullah Datuk Seri,Semoga dalam rahmat Allah swt.
Mungkin Datuk Seri masih ingat tentang Malaysian Islamic Study Group (MISG) yang masih lagi bergerak aktif di US dengan izin Allah walaupun pernah menghadapi beberapa zaman sukar beberapa tahun yang sudah. Inshaallah kami akan bermuktamar lagi pada hujung tahun ini.
Ampun dan maaf dari kami, kami mungkin tidak pernah menjemput Datuk Seri ke sebarang aktiviti kerana risau ada pihak yang tidak menyukai tindakan sedemikian. Mungkin Datuk Seri ada pandangan sendiri yang ingin dikongsi berkenaan perkara ini. Untuk pengetahuan Datuk Seri, MISG kini diterima baik oleh pihak Malaysian Student Department dan mungkin pihak
kedutaan juga.
Untuk muktamar kali ini, kami menjemput Prof Muhammad Abu Bakar, pemegang kerusi Razak di Ohio University, Athens Ohio untuk menyampaikan ucaptama. Dr Tengku Shahrom dan Ustaz Lokman dari Malaysia juga dijemput untuk mengisi beberapa slot ceramah.
Kami juga dalam proses menjemput Dr Asri Zainul Abidin untuk mengisi satu slot ceramah. Bagaimanapun beberapa ahli kurang bersetuju dengan langkah tersebut. Bagaimana pendapat Datuk Seri sendiri?
Kami sangat berharap sebenarnya agar suatu hari nanti, MISG akan dapat menjemput atau menerima kunjungan Datuk Seri ke program kami terutama sekali muktamar yang kami adakan bersama dengan Indonesia Muslim Society in America (IMSA). Kami kurang arif tentang keadaan sekarang dan perlukan nasihat Datuk Seri.
Jazakallah khaer.
Echopena,
Rakan dari Indonesia di Washington DC penah merungut mengenai tekanan terhadap mahasiswa Malaysia. Mirip gelagat era Suharto kata mereka.Mudah-mudahan suasana kian segar dan terbuka. Sepanjang tekanan tahun-tahun 60han hingga 90han, MISG masih mampu bergerak bebas. Konkongan di akhir Era dr M disambung di era hadhari..
















Saya sokong 100% cadangan EchoPena utk menjemput Datuk Seri ke majlis anjuran MISG terutama di muktamar.Kehadiran Datuk Seri pasti menjadikan majlis tersebut lebih menarik dan bermakna bagi saya dan rakan-rakan lain.
Namun begitu, saya pasti jika hal ini diketahui oleh pihak MSD(Malaysian Student Department), ia pasti tidak direstui oleh mereka dan MISG sekali mungkin menerima padah dgn dianggap sebagai pertubuhan haram kerana apa yg saya tahu satu-satunya pertubuhan yg MSD galakkan pelajar utk menyertainya ialah Kelab UMNO New Jersey.
Sebenarnya saya tidak lagi merasakan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak sepanjang berada bersama MISG, malah hubungan dengan pihak MSD dan embassy adalah sangat rapat dan kukuh sekali di sini. Cuma kadang-kadang kami bimbang juga ada pihak yang terlebih sensitifnya. Jadi berhati-hati mungkin menjadi pilihan selagi mana ia boleh ditoleransi.
Sebagaimana wujudnya Islamophobia di beberapa negara barat, malangnya kini sindrom Anwarophobia muncul di kalangan penyokong kerajaan Malaysia. Satu demi satu cacian keras dan fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim disebarkan melalui lisan, media & internet. Bagi mereka, bersua muka dgn DS Anwar saja sudah dianggap satu kesalahan. Sungguh, saya pernah menerima mesej peribadi berbentuk cacian hanya kerana saya penyokong DS Anwar. Lihatlah betapa kroniknya penyakit ini,setapak kita berjuang,sepuluh kita ditikam. Semoga Allah SWT bersama kita.
Pada saya, diwaktu sekarang ni, sebaiknya diserahkan perjuangan kepada mahasiswa yang independen kewangan, yang tidak menerima mana-mana biasiswa kerajaan. Skim biasiswa-biasiswa ini bagaikan rantai mengikat mahasiswa.