LB memberi pandangan:
Dato Seri,
Pada pandangan saya nama pakatan pembangkang dalam menghadapi Pemilu akan datang perlu ditukar namanya. Buat masa kini kita memakai nama ‘Barisan Alternatif’. Rasanya nama tersebut agak janggal kedengaran terutama bagi orang kampung. Bagaimana kiranya pembangkang dapat menguasai parlimen? Sudah tentu nama itu tidak lagi sesuai untuk diguna.
Oleh itu oleh kerana gerakan politik pembangkang adalah berinspirasi untuk membela kalangan marhaen dan negara baik dari sosial, ekonomi dan politik, saya cadangkan pakatan pembangkan utk pemilu akan datang dipanggil BARISAN RAKYAT!!
LB,
satu cadangan menarik. Saya telah mengusulkan nama tersebut sejak 1999 tetapi akur dengan kebijaksanaan pemimpin BA ketika itu. Sekarang kita perlu menganjak semula untuk menegaskan keperluan memperkukuh barisan rakyat.
















Strategi yg baik! Struktur organisasi dan kebijaksanaan mengupas isu juga harus dipentingkan.
Saya baru membaca kisah pilu di Kg. Berembang. Pak-pak menteri tiada suarakah? Atau mereka juga merasakan tindakan itu baik?