01
Dec
06

Amalan Demokrasi & Pengasingan Kuasa Asas Akauntabiliti Pentadbiran

ingintahu menanyakan,

Keadaan dan suasana di Malaysia kini di belenggu atas sebab terjalinnya satu sistem Parlimen ala Inggeris [English Parlimentary System].

Dalam sistem ini Kerajaan di lihat sebagai dua kumpulan, iaitu BN [atau UMNO] dan Pembangkang dan soal-jawab di Parlimen merupai debat yang “adversarial” - iaitu tuduh menuduh, benar dan tidak benar, betul dan salah, anti-kerajaan dan pengkhianat negara …dan segala macam.

[ianya mengalak segala macam tingkah laku yang banyak negatif dari yang positif ke atas keperibadian wakil wakil , ianya sukar menampil kan sikap jujur, keserdahanaan, kebenaran, dan sebagainya]

Adakah dalam perjuangan Sdr Anwar Ibrahim ini akan termasuk falsafah dan pemikiran yang lain daripada Sistem Raja BerParlimen ala Inggeris?

Adakah juga dalam perjuangan beliau, akan terlaksana sistem pengundian bagi satu Majlis “Senat” yang di lantik melalui UNDI “bukan Parti” tetapi misalnya, agama, pertubuhan, organasasi, ulama, bekas tentera, polis, dan belbagai?

Begitu juga kesemua Majlis Tempatan, Bandaran, wajib di adakan UNDI melantik wakil wakil dan kesemua Perbelanjaan oleh Majlis Tempatan, Bandaran di wajibkan istihar Akaun kepada Pembayar Cukai [Local Rates].?

ingintahu,

Meski pun Perlembagaan negara dirangka mengikut sistem Westminster, kita tidak harus terikat dengan perjalanan sistem tersebut. Yang dimusykilkan ialah lantaran aspek positif saperti kebebasan badan kehakiman, media tidak dipatuhi tetapi aspek jelek termasuk adu domba politik secara sengit diamalkan.

Perubahan yang kita anjurkan seharusnya mencakupi aspek luas termasuk pengasingan jelas badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ia akan mempastikan pertanggungjawaban. Dan dalam konteks ini ia malah selari dengan gesaan sdr untuk memberikan kuasa kpd rakyat memilih wakil mereka diperingkat akar umbi termasuk kerajaan tempatan.


1 Response to “Amalan Demokrasi & Pengasingan Kuasa Asas Akauntabiliti Pentadbiran”


  1. 1 ingintahu Dec 3rd, 2006 at 8:39 am

    Terima Kasih atas pandangan Dato Seri.

    Kita mengakui bahawa sukar mengubah satu sistem yang telah mula di perkenali oleh “pemikir” Melayu yang hanya dapat “berunding” dengan British waktu itu dalam proses peralihan wajah “Conservative” [imperialism etc] kepada “Labour” [Socialism etc] yang membenarkan kita “merdeka”.

    Jelas bahawa justeru dari pengalaman itu, bahawa rata-rata “pemimpin” dan “pemikir” Melayu dan juga raayat Melayu waktu itu, masih di berlenggu dengan “fahaman” yang “confused with knowledge” di sebabkan satu proses “Islamisai” yang tersekat [interrupted] oleh kedatangan Portuguese, Belanda dan Inggeris hingga ke masa kini dengan “western christian worldview bercampur modern science”.

    Bukankah sejarah mencerita bahawa Sultan sultan keturunan Bugis, Srivijaya, Champa-Pattani, Majapahit walau pun di Islamkan sejak lama dahaulu, tidak bermula dengan mendirikan konsep “masajid-cum-madarasah-cum-universiti”.
    [tidak bermakna meendirkan bangunan kayu serba indah sahaja "masasajid itu boleh jadi di Istana itu sendiri supaya "worldview" Islam itu dapat di sebar seluanya].

    Maka penyebaran “worldview Islam” tidak tersemai dengan penuhnya ke dalam jiwa Sultan mahu pun Orang Besar Istana. {kecuali Sultan Aceh yang dapat melihat ketokohan eg Nur al-Din alRaniri dan rakan perjuangan beliau].

    Akibatnya, hingga ke zaman ini, keturunan apa yang di katakan Melayu itu masih mencari cari “Islam” atau dengan lebih jujur “worldview Islam” itu.

    Dalam proses itu, orang Melayu telah berjaya mencampur adukkan belbagai “fahaman” setelah merasai pendidikan sekular [sekolah kebangsaan] mahu pun tradisional[pondok & madrasah]dan setalah berkunjung ke luar negara di Barat dan Timur Tengah.

    Maka Kepimpinan Melayu mula berasingan dengan bentuk kumpulan yang mahukan “Islamic State” tanpa menghiraukan samaada pemimpin itu sendiri betul betul menjiwai “worldview Islam” [I am sorry to say this,ie coming as it is from the Grace of God rather than from individual effort at the lower level of God's manisfestation]; dan kumpulan yang “pragmatik” yang guna pakai apa yang mereka ketahui, “convenient”, dan di warisi iaitu Sistem Parliamen yang ber Persekutuan dengan Raja berPerlembagaan.

    Dan Dato Seri cuba mengubah atau “reform” sistem ini supaya di jelaskan peranan antara Judiciary, Executive dan Legislature dengan Raja di takhta.

    Tetapi bagaimana pula dengan kelompok “pemimipin, pemikir, hakim, pentadbir, professor, saintis dll” itu yang kita masih ragu ragu akan “worldview” mereka.

    Adakah mereka [iaitu mereka yang penting dalam perjuangan] yang Dato Seri ingin membawa bersama itu mempunyai Kerangka worldview yang sama?

    Ia menyembah soalan yang mana satu di dahului — cuba ubahkan “worldview” dahulu atau bagaimana?

Leave a Reply