Allahyarham Dr. Ahmad Shah
Seorang sahabat lama, Dr. Ahmad Shah meninggal dunia dalam perjalanan ka Univ Aligarh. Ketua jabatan beliau di Bank Pembangunan Islam, Rahman Al-Ajmi menelefon saya di Washington DC sejurus setelah menerima berita kemalangan tersebut.
Kebetulan rencana saya adalah untuk ke Delhi menghadiri persidangan ekonomi India-Arab. Maka saya sampaikan pesan kepada keluarga beliau bahawa saya akan menziarahi jenazah Dr. Ahmad Shah.
Saya tiba pagi 12hb dan sebaik selesai berucap di majlis perasmian bersama Menteri Kewangan India P. Chidambaram, saya terus ka rumah mayat Delhi menziarah seorang sahabat setia, juga bekas pegawai khas saya di pejabat TPM dulu.
Rakan-rakan disini banyak membantu bersama pegawai Kedutaan Malaysia. Yang amat menyedihkan saya lagi ialah rakan di sini memberitahu bahawa beliau ditegur oleh pegawai kedutaan mengapa saya diberitahu kerana kehadiran saya akan mempersulitkan kerja mereka.
Inilah yang disebut budaya takut yang ditanam selama puluhan tahun oleh penguasa Umno-BN dulu dan sekarang. Apakah PM dan menteri luar bersedia merubah budaya hamba yang disemai hingga menziarah jenazah sahabat menjadi masalah buat meraka.
Ya, bersabarlah kita, lebih- lebih lagi isteri, anak-anak dan keluarga beliau. Ahmad Shah saya kenali puluhan tahun berperibadi mulia, pegawai cekap, muslim warak. Beliau menerima tekanan berikutan gejolak I998 dengan sabar.
Kami turut merasa kehilangannya dan semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan mengangkatnya bersama solihin.
Anwar