30
Nov
06

Bloomberg: Anwar Tumpu Politik Mulai Disember 2006

Nik Nazmi

Mungkin ramai yang tak mampu berjaga menunggu siaran Bloomberg awal pagi tadi yang memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bloomberg ada menyiarkan artikel mengenai Datuk Seri Anwar di sini.

Datuk Seri Anwar menegaskan komitmennya untuk menumpukan masanya pada politik dan bertanding kerusi parlimen apabila pulang ke Malaysia sepenuh masa bulan hadapan.

Beliau akan meneruskan agenda reformasi: memperluaskan ruang demokrasi, mempertahankan kebebasan media dan menggagaskan agenda ekonomi Malaysia yang menekankan daya saing nasional dan keadilan untuk semua.

Ekonomi Malaysia waktu ini sebenarnya berada di dalam keadaan hambar berbanding negara-negara jiran - termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam yang dahulu jauh di belakang kita. Indonesia baru sahaja memotong Malaysia dalam pelaburan langsung asing (FDI). Pada tahun 1990, Malaysia tersenarai sebagai negara nombor 4 di dunia dari segi tarikan untuk pelaburan asing - kini kita di nombor 62!

Datuk Seri Anwar berserta dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas CEO PNB dan Guthrie yang kini Bendahari Agung Keadilan, komited membina ekonomi Malaysia yang berdaya saing serta memberi bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum.


6 Responses to “Bloomberg: Anwar Tumpu Politik Mulai Disember 2006”


  1. 1 Spotlight Nov 30th, 2006 at 2:22 pm

    Saya berharap akan wujud R&D & barisan pelapis yang bukan sekadar bijak dalam hal-ehwal ekonomi malah mampu untuk mengurus, membangun & menyelesaikan masalah ekonomi pada masa akan datang. Peristiwa 1998 membuktikan bahawa negara ini masih lemah dalam menjaga ekonomi negara dari serangan pihak musuh. Nasib baik negara ini bukan seperti negara yg. pernah dikenakan sekatan ekonomi.

    Saya harap saf pimpinan buat kerjasama dgn. negara Iran untuk mencari jalan bagaimana menguruskan ekonomi dalam keadaan lebih selamat. Iran terbukti mampu bergerak lebih maju walaupun dikenakan sekatan ekonomi selama 27 tahun.

  2. 2 pak uteh Nov 30th, 2006 at 2:39 pm

    Saya berharap semoga barisan yang nak di bentuk hendaklah secara total berbeza dari apa yang ada hari ini.

  3. 3 kluangman Dec 1st, 2006 at 9:01 am

    Politik, sosial dan ekonomi malaysia sedang jahanam, DSAI perlu kembali samada mewarnainya, meneyelamatkannya atau terus menjadi seperti seekor tikus membaiki labu.

    Untuk berjaya, samadaa DSAI kembali kepangkuan UMNO atau duduk di luar dan bersekongkol dengan TDM. Selain dari pilihan di atas, ia sekadar ‘mewarnai’ mempertahankan populariti.

  4. 4 Hanafiah Ghazali Dec 1st, 2006 at 2:15 pm

    Benarkah seperti dakwaan khabar angin menyatakan Ezam akan menyertai UMNO dalam masa terdekat dan YB DSAI akan bertanding mewakili UMNO pada pilihanraya akan datang?

  5. 5 immuslim Dec 2nd, 2006 at 12:41 pm

    entah berapa banyak duit rakyat dlm EPF,KWAP dll yg digunakan utk merancakkan pasaran saham yg tiba2 melonjak. ada udang sebalik batu kot, yelah untuk mencari modal BN bagi PEMILU yg makin dekat(tanda dah dekatlah tu). So tunggu apalagi brother2s persiapkan jentera masing2.

  6. 6 DrJamesChongMS Dec 3rd, 2006 at 2:27 pm

    The coming GE will show People Power materialised.This is
    sure becos now people already jemu terhadap BN.Barisan Rakyat comes into reality By people,With people,On people
    the 3 important principles of Democracy to be bound for the new Malaysia in the 21st century!!!!As a Dr by profession I feel there is a need in change of a useless
    BN to rule M’sia for the benefits and properity of we
    M’sian in the future.

Leave a Reply




Galeri Flickr

website-promo Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2006
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930