zack rahim memberi pendapat:
Dato’ Seri,
Walaupun isu ini telah beberapa kali di utarakan di dalam blog ini, izinkan saya mengulanginya sekali lagi bahawa betapa pentingnya Barisan Alternatif membentuk kabinet bayangan untuk membayangi setiap anggota kabinet di dalam Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Dato’ Seri
Disamping itu, kabinet bayangan juga mampu memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia akan kemampuan Barisan Alternatif jika sekiranya mereka diberikan kuasa untuk memerintah. Rakyat mahu melihat bagaimana BA mengamalkan perkongsian kuasa diantara Keadilan, PAS, DAP dan beberapa parti lain lagi di Sabah & Sarawak. Rakyat ingin melihat siapa dan apakah
kemampuan pemimpin yang dipilih untuk membayangi setiap pergerakan Kabinet Kerajaan. Mereka nak tahu jika BA perintah, siapa PM, siapa DPM, siapa Menteri Kewangan, siapa Menteri Pelajaran dan sebagainya. Manalah tahu mereka ini boleh buat jauh lebih baik dari menteri yang sebenar disamping dapat meningkat integriti menteri-menteri yang ada. Jika sekiranya rakyat diberikan bayangan kabinet BA, ini akan mampu meningkatkan keyakinan mereka untuk memilih pemimpin didalam pilihanraya kelak.
Dato’ Seri Yang Dihormati,
Kabinet Bayangan ini bukan sahaja dibentuk di peringkat pusat, malah ianya juga perlu dibentuk di peringkat negeri dan jika berkemampuan di peringkat Parlimen dan DUN, sebagai Wakil Rakyat Bayangan. Barulah rakyat boleh buat penilaian. Jika sekiranya Kabinet Bayangan Pusat, Negeri,
Wakil Rakyat Bayangan di peringkat Parlimen & DUN dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna, amanah, kreatif, inovatif, proaktif dan dedikasi, maka tidak mustahil 80 peratus undi akan beralih arah di dalam pilihanraya akan datang dan BA tidak ada masalah semasa membentuk kerajaan. Setiap kejayaan selain datangnya dari usaha, yang paling utama
mestilah datang dari impian! Tanpa impian, tiada usaha, tiada kejayaan!
Dato’ Seri Yang Disayangi Rakyat
Harap Dato’ Seri dapat mengambil perkara ini dengan secara serius bersama-sama pemimpin BA yang lain. Memang pandangan ini datangnya dari kami rakyat biasa, tetapi rakyat biasalah yang akan membentuk kerajaan. Harap benarlah perkara ini di ambil secara bersungguh-sungguh dan di materialise kan. Janganlah ditongsampahkan cadangan dan idea yang murni ini.
Zack rahim,
Kami menerima gesaan menamakan kabinet bayangan. Perkara ini masih diteliti olih parti-parti dan aktivis dalam barisan rakyat. Yang utama sekarang adalah menyebarkan agenda perjuangan yg memacu pertumbuhan serta jelas kepedulian kapada rakyat.
Kedua barisan pimpinan sekarang dari sudut pengalaman, kelayakan akademik, tahap profesionalisme dan komitmen dalam perjuangan mampu ditonjolkan sebagai barisan wibawa.
Saya tidak merujuk kpd kitab iktibar mimpi. Yang dituntut sekarang adalah usaha gigih. Saya yakin dengan prinsip perjuangan dan dokongan rakyat. Moga direstui Allah..
















0 Responses to “Lagi Pendapat Mengenai Kabinet Bayangan”
Leave a Reply