29
Nov
06

Kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim

Merujuk kepada Soalan yang dibangkitkan oleh LB, di sini disediakan pautan ke Malaysia-Today yang menyiarkan Kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung KeADILan mengenai penggabungan 3 Entiti Pertanian negara.

Sekian Untuk Makluman.


1 Response to “Kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim”


  1. 1 www.zakiyamani.blogspot.com Nov 29th, 2006 at 10:50 pm

    Berikut kenyataan penuh Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari keADILan yang juga bekas CEO PNB dan Guthrie, pada 29 November 2006. (versi Bahasa Melayu dan Inggeris)

    29 November 2006.
    Kenyataan Media

    Pengumuman mengenai cadangan untuk
    menggabungkan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menimbulkan isu-isu urustadbir korporat (corporate governance)

    Proses penggabungan dan pengambilalihan adalah proses biasa di dalam pasaran modal, namun fokus utama proses ini seharusnya ialah untuk meningkatkan kecekapan. Pada masa yang sama, hak pemegang saham minoriti mesti diambilkira dan mereka diberikan peluang untuk membuat pilihan dengan bebas.

    Meskipun dokumen rasmi belum dikemukakan kepada pemegang ekuiti, pengumuman-pengumuman oleh CIMB, pemimpin kerajaan dan pemegang saham utama mengenai cadangan syarikat khusus Synergy Drive Sdn. Bhd. untuk mengambilalih dan menggabungkan Sime Darby Bhd., Kumpulan Guthrie Bhd. dan Golden Hope Plantations Bhd. telah menimbulkan kebimbangan.

    Pertama, cadangan ini tidak dimulakan oleh salah satu daripada tiga syarikat terbabit atau pemegang saham utamanya – Permodalan Nasional Berhad (PNB) tetapi sebaliknya dilakukan oleh sebuah bank pelaburan.

    Kenyataan PNB bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai cadangan ini dan perlu mengkajinya terlebih dahulu adalah sangat membimbangkan kerana PNB adalah pemegang saham utama dalam dua syarikat terlibat dan mempunyai pegangan yang besar di dalam satu lagi syarikat. Ini menimbulkan keraguan terhadap keupayaan PNB untuk mengendalikan aset-aset di bawah pegangannya. Ini sudah tentu menakutkan lebih 8 juta rakyat Malaysia yang menjadi pelabur di dalam skim saham amanah PNB.

    Adalah tidak munasabah PNB tidak mengetahui terlebih dahulu mengenai cadangan ini kerana bukan sahaja mereka mempunyai wakil di dalam Lembaga Pengarah ketiga-tiga syarikat, malah Pengerusi PNB ialah Pengerusi di dua daripada syarikat terlibat.

    Kedua, Bagi menjalankan kajian untuk merangka cadangan ini, Synergy Drive sudah tentu memerlukan penyaluran maklumat daripada syarikat-syarikat terlibat. Sekiranya maklumat yang digunakan bukan sekadar terhad kepada dokumen-dokumen awam syarikat, timbul isu mengenai dagangan dalaman (insider trading).

    Lembaga Pengarah kesemua pihak yang terlibat seharusnya membuat pengumuman bahawa perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan telah memberikan jaminan kepada Lembaga Pengarah bahawa tidak ada maklumat dalaman disalurkan kepada pihak luar.

    Daripada kenyataan PNB, boleh dibuat kesimpulan PNB dan ketiga-tiga syarikat terbabit tidak terlibat di dalam penyediaan cadangan oleh Synergy Drive. Untuk membolehkan penilaian dibuat terhadap cadangan Synergy Drive itu, Lembaga Pengarah ketiga-tiga syarikat tersebut perlu mendapatkan jaminan daripada Synergy Drive bahawa semua perbelanjaan penasihat profesional khususnya bank saudagar (bank pelaburan) yang menasihati Pengarah Bebas syarikat-syarikat berkenaan dan kos pengurusan akan ditanggung oleh Synergy Drive.

    Ketiga, Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri membuat kenyataan awam mengenai cadangan penggabungan ini dan menyatakan bahawa cadangan tersebut ialah sesuatu yang baik sedangkan PNB masih belum mengetahui mengenainya. Bagaimana perkara ini boleh terjadi sedangkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ialah pemegang amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra yang menjadi entiti induk PNB.

    Bursa Saham Kuala Lumpur, Suruhanjaya Sekuriti dan kumpulan pelabur minoriti mesti mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan kepentingan pelabur minoriti tidak terjejas di dalam proses ini.

    Sekiranya dinilai mengenai keperluan dan manfaat cadangan penggabungan ini, ternyata ruang untuk meningkatkan kecekapan di dalam bidang perladangan adalah minima. Tidak terdapat keperluan untuk penubuhan pusat penyelidikan dan sistem maklumat bersepadu.

    Malah sekiranya pusat-pusat penyelidikan berasingan diwujudkan oleh ketiga-tiga syarikat ia akan memberi manfaat yang lebih besar melalui peningkatan daya saing. Ini akan menghasilkan kajian-kajian yang lebih bermutu dan diiktiraf di peringkat dunia.

    Sekarang adalah masanya untuk mengumpulkan pemegang-pemegang saham yang terlibat untuk mengadakan mesyuarat terbuka bagi membincangkan cadangan ini. Ia adalah penting untuk membolehkan mereka memahami butiran terperinci cadangan yang dikemukakan dan seterusnya membuat keputusan berasaskan maklumat yang cukup dan jelas.

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
    Bendahari
    Parti Keadilan Rakyat
    (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB dan Kumpulan Guhtrie)

    29th November 2006
    Media Statement

    The announcement relating to the proposal to merge Sime Darby, Guhtrie and Golden Hope raises corporate governance issues

    Mergers and takeovers are part and parcel of the capital market, the focus should be on increasing efficiency. At the same time, the rights of minority shareholders must be taken into consideration and they be given a chance to make choices.

    While the final documents have not been provided to shareholders, there are various statements by CIMB, government leaders and the substantial shareholders regarding the proposal by a Special Purpose Vehicle – Synergy Drive Sdn. Bhd. to take over and merge Sime Darby Bhd., Kumpulan Guthrie Bhd. and Golden Hope Plantations Bhd. are cause for concern.

    First, the proposal was initiated not by one of the three companies or its substantial shareholder – Permodalan Nasional Berhad (PNB) but rather by an investment bank.

    PNB’s statement indicating they has no idea about the proposal and will have to study it first is very frightening. PNB is the major shareholder in two of the companies and have a substantial holding in the other. This calls into question PNB’s ability to manage and control its assets. Surely the statement came as a shock to the more than 8 million investors in various PNB’s trust funds.

    It does not make sense PNB did not know of the proposal beforehand for they not only have board representation in all three companies, but the Chairman of PNB is also Chairman of two of the companies involved.

    Second, in order to undertake the studies needed to come up with this proposal, Synergy Drive must have needed information from the companies involved. If the information used were not restricted to public documents, than the issue of insider trading comes to fore.

    The Board of Directors of all the three companies involved should make a public announcement that this matter was never discussed at the Board meetings and the management has assured the Board that no information was passed to outside parties.

    From PNB’s statement it can be deduced that PNB and the three companies are not involved in the preparation of the proposal by Synergy Drive. In order to evaluate the offer by Synergy Drive, the Board of Directors of the three companies must make sure Synergy Drive gives an undertaking that all professional advisory expenses especially the merchant bankers (investment bankers) advising independent directors of the respective companies and secretarial expenses are borne by Synergy Drive.

    Thirdly, the Deputy Prime Minister and later the Prime Minister publicly commented on the proposal and state that it is a good thing whereas PNB was still in the dark about it. How this could have happened when the Prime Minister and his deputy are both trustees of Yayasan Pelaburan Bumiputra, the parent entity of PNB.

    The Kuala Lumpur Stock Exchange, Securities Commission and the minority shareholders watchdog must take all steps necessary to ensure the interest of minority shareholders are not compromised in this process.

    To evaluate the proposal on its needs and benefits, clearly the possibility of increasing efficiency in the plantation sector is very minimal. The synergy for common research centre and information management is not there.

    In fact, if research facilities are developed separately by the three companies, it will allow competitiveness and thus will bring more benefit to the country.

    It is now time to gather all interested shareholders to a town hall meeting in order to understand the intricacies of the proposal and put forward new ideas and make informed decisions.

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
    Treasurer
    People’s Justice Party
    (Former CEO of PNB and Kumpulan Guthrie)

Leave a Reply