29
Nov
06

3 Persediaan Menangani Sistem Pilihanraya Yang Pincang

Hang Tuah menanyakan:

YBhg Dato’ Seri.

BOLEHKAH PEMBANGKANG MENANG DENGAN MAJORITI (bukan sekadar menang retorik) DENGAN SISTEM PILIHANRAYA YANG SEDIA ADA DI MALAYSIA?

Saya rasa jawapannya ialah: MUSTAHIL.
Apa komen Dato’ Seri. Terima kasih.

hangtuah,

hangtuah kan pahlawan? pantang berundur sabelum berjuang!

Pertama kita sedang melancarkan kempen antaranbangsa mendedahkan penipuan sistem p/raya Malaysia. Saya percaya akan berlaku perubahan positif.

Kedua kita telah mengemukakan agenda perjuangan dan perubahan yang akan memulihkan keyakinan ekonomi, memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat.

Ketiga kita akan terus memperkemas jentera KeADILan dan bersama dengan rakan pembangkang dan aktivis rakyat untuk mengajak rakyat mendapatkan pemerintahan adil.


6 Responses to “3 Persediaan Menangani Sistem Pilihanraya Yang Pincang”


  1. 1 DrJamesChongMS Nov 30th, 2006 at 10:42 pm

    Yes,we must have a positive thinking first before we do anything.Opposition must be a coalition party to face BN one to one in the next GE!!! We have a better chance at least to decrease the % of winning of BN to 60 or 70!!
    Opposition can have gained more seats if voter came out to vote them.Now BN can anytime jatuhlah.Hang Tuah dont worry BN now in confusing state,they even dont know what to do in order to run our country economic,most of the cabinet members to prepare “makan”lebih sebelum undur!!

  2. 2 LB Dec 1st, 2006 at 8:47 am

    Dato Seri,
    Pada pandangan saya nama pakatan pembangkang dalam menghadapi Pemilu akan datang perlu ditukar namanya. Buat masa kini kita memakai nama ‘Barisan Alternatif’. Rasanya nama tersebut agak janggal kedengaran terutama bagi orang kampung. Bagaimana kiranya pembangkang dapat menguasai parlimen? Sudah tentu nama itu tidak lagi sesuai untuk diguna.
    Oleh itu oleh kerana gerakan politik pembangkang adalah berinspirasi untuk membela kalangan marhaen dan negara baik dari sosial, ekonomi dan politik, saya cadangkan pakatan pembangkan utk pemilu akan datang dipanggil BARISAN RAKYAT!!

  3. 3 Spotlight Dec 1st, 2006 at 3:28 pm

    Secara peribadi saya masih tidak yakin SPR berubah kerana jentera ini berada di bawah kekuasaan PM. Apa² yang berlaku, reportnya mesti kepada PM. Jika benar SPR berubah, sudah tentu parti BN mengubah cara politiknya. Saya rasa Dato’ Sri lebih arif dalam hal ini.

    Saya cadangkan usul peti undi lutsinar & cap jari dakwat semasa mengundi dilaksanakan pada PRU ke-12 sebagai bukti SPR berlaku adil & jujur. Jika tidak bermakna ada muslihat jahat pada PRU akan datang.

  4. 4 Spotlight Dec 1st, 2006 at 3:43 pm

    Disebabkan tajuknya yg. cukup menarik & disukai ramai, saya ingin cadangkan agar pihak² tertentu membuat chart untuk pamerkan sistem pemerintahan negara kepada rakyat & mungkin kepada negara² Islam.

    Contohnya dibawah kuasa Perdana Menteri, apa jabatan² di bawah kekuasaannya. Mungkin ini lebih jelas untuk membuktikan bahawa kerajaan ini benar² berwibawa atau sebaliknya….

  5. 5 gabe_3112 Dec 3rd, 2006 at 4:58 pm

    As the GE draws nearer, the opposition waits to trounce the ruling coalition. The only way to do that is to form a formidable alliance with another opposition party, namely the DAP. Personally I feel that the opposition alliance will go far (if formed) this time provided PAS is left out. The latest from “The Land Below The Wind”, PKR is doing well and is tipped to form the next State Govt. But anything can happen on the eve of the polls. So the best is to be allies with the DAP. It’s what the people want!! An alternative!! Hidup PKR!!!!

  6. 6 Spotlight Dec 7th, 2006 at 2:44 pm

    Kaedah celup jari pengundi ketinggalan zaman - Pengerusi SPR

    Dari reaksi pengerusi SPR, saya berkeyakinan BN akan menang besar lagi pada PRU ke-12. Cara beliau menjawab agak keras & menolak idea pembangkang yg. inginkan keadilan. Ini membuktikan SPR berada bersama-sama parti BN. Dari desas-desus di PWTC, berkemungkinan PRU akan diadakan bulan 6-7 tahun hadapan. Selepas itu mereka akan bersantai ke luar negeri.

    Apa guna PRU jika SPR berlaku tidak adil? Saya cadangkan agar pengerusi SPR ini dipecat krn. peranannya menyebabkan PRU menjadi huru-hara.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2006
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930