Archive for November 29th, 2006

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hang Tuah menanyakan:

YBhg Dato’ Seri.

BOLEHKAH PEMBANGKANG MENANG DENGAN MAJORITI (bukan sekadar menang retorik) DENGAN SISTEM PILIHANRAYA YANG SEDIA ADA DI MALAYSIA?

Saya rasa jawapannya ialah: MUSTAHIL.
Apa komen Dato’ Seri. Terima kasih.

hangtuah,

hangtuah kan pahlawan? pantang berundur sabelum berjuang!

Pertama kita sedang melancarkan kempen antaranbangsa mendedahkan penipuan sistem p/raya Malaysia. Saya percaya akan berlaku perubahan positif.

Kedua kita telah mengemukakan agenda perjuangan dan perubahan yang akan memulihkan keyakinan ekonomi, memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat.

Ketiga kita akan terus memperkemas jentera KeADILan dan bersama dengan rakan pembangkang dan aktivis rakyat untuk mengajak rakyat mendapatkan pemerintahan adil.

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Merujuk kepada Soalan yang dibangkitkan oleh LB, di sini disediakan pautan ke Malaysia-Today yang menyiarkan Kenyataan Media Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung KeADILan mengenai penggabungan 3 Entiti Pertanian negara.

Sekian Untuk Makluman.

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

peacelover memberi pendapat:

Kita harus sedar yang amalan rahsuah,jika tidak dibendung akan musnahkan kita rakyat sendiri.Namun bukan mudah untuk menanganinya! Pada pandangan saya ,hanya sekiranya usaha untuk menukarkan kerajaan sekarang ,mungkin peluang cerah!

Kita seharusnya mengebelengkan segala tenaga serta buah fikiran untuk duduk semeja dengan semua parti pembangkang untuk mengaturkan sratigi untuk Pilihan Raya akan datang ini.
Haruslah semua parti “close rank” sesama sendiri,untuk wujudkan arah sehaluan. Memang susah pun…tapi ada kemungkinan juga!!
Harus arah tujuan dan matlamat sama,maka peluang terbuka luas….seluas-luas lautan. Dengan masaalah yang timbul pada parti UMNO ,kini peluang ada memihak kepada pembangkang.
Jangan lepaskan peluang ini,mungkin sekali seumur hidup!!

Saya juga mencadangkan yang semua parti pembangkang disatukan bawah satu parti saja,jika boleh,ini akan lebih teguh dari BN sendiri!! Apa kata dengan nama ini “United Malaysian Nationist Party”,atau AMAN.

Saya sebenarnya minat dengan politik,tetapi kerakusan serta penyelewengan yang buat saya hindar darinya. Memang dalam naluri saya ingin berbakti. Kepada semua rakyat Malaysia ,saya menyeru agar kita selamatkan Malaysia sebelum terlambat!! “Winds of Change”..

jika ada dalam komen ini tersinggung perasaan sesiapa tampa niat…harap maafkan.
Terimakasih…semoga berjaya !!

peacelover,

cadangan membentuk satu wadah, dan mungkin satu lambang telah dibincang sejak 1999 tetapi yang dipersetujui ketika itu hanyalah BA.
Sementara cadangan tsb ada kebijaksanaannya,namun ia perlu disepakati. Secara peribadi saya mendukung bentuk muafakat yang lebih mantap tetapi ia tidak mudah tercapai. Yang perlu ditekan sekarang adalah membina muafakat membentuk agenda dan strategi bersama dalam menghadapi pilihanraya

29 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

zack rahim memberi pendapat:

Dato’ Seri,

Walaupun isu ini telah beberapa kali di utarakan di dalam blog ini, izinkan saya mengulanginya sekali lagi bahawa betapa pentingnya Barisan Alternatif membentuk kabinet bayangan untuk membayangi setiap anggota kabinet di dalam Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Dato’ Seri

Disamping itu, kabinet bayangan juga mampu memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia akan kemampuan Barisan Alternatif jika sekiranya mereka diberikan kuasa untuk memerintah. Rakyat mahu melihat bagaimana BA mengamalkan perkongsian kuasa diantara Keadilan, PAS, DAP dan beberapa parti lain lagi di Sabah & Sarawak. Rakyat ingin melihat siapa dan apakah
kemampuan pemimpin yang dipilih untuk membayangi setiap pergerakan Kabinet Kerajaan. Mereka nak tahu jika BA perintah, siapa PM, siapa DPM, siapa Menteri Kewangan, siapa Menteri Pelajaran dan sebagainya. Manalah tahu mereka ini boleh buat jauh lebih baik dari menteri yang sebenar disamping dapat meningkat integriti menteri-menteri yang ada. Jika sekiranya rakyat diberikan bayangan kabinet BA, ini akan mampu meningkatkan keyakinan mereka untuk memilih pemimpin didalam pilihanraya kelak.
(more…)