28
Nov
06

Kenyataan Media: Semua Pihak Seharusnya Terlibat Dalam Proses Damai

Saya ingin merayu kepada semua kumpulan di Selatan Thailand untuk menyambut baik inisiatif kerajaan Thai yang baru bagi menamatkan keganasan dan menyambung semula rundingan bagi satu penyelesaian berkekalan untuk konflik di Selatan Thailand. Masa untuk berpecah-belah sudah berlalu. Kita mesti mencapai sebuah proses damai yang inklusif dan adil untuk semua. Kita mesti mengelak perpecahan dan bersatu terhadap mereka yang ingin memcecahbelahkan warga Thai dan menggagalkan dialog yang aman.

Proses damai sepatutnya ditumpukan untuk mencapai keadilan dan mengatasi peminggiran masyarakat wilayah Selatan Thailand. Ini dapat dicapai menerusi struktur politik baru dan peningkatan keadaan sosio-ekonomi wilayah tersebut.

Adalah menjadi harapan saya agar pihak berkuasa Thailand dan semua kumpulan di Selatan bekerjasama untuk mengatasi keganasan. Pertukaran di dalam kerajaan Thai mestilah dilihat sebagai pembuka peluang untuk mencapai keamanan yang adil dan berterusan untuk kebaikan penduduk tempatan dan kestabilan serta kemakmuran rantau ASEAN.

ANWAR IBRAHIM


4 Responses to “Kenyataan Media: Semua Pihak Seharusnya Terlibat Dalam Proses Damai”


  1. 1 voicofthevoicless Nov 29th, 2006 at 1:28 am

    Seorang rakan saya dari Thailand mengatakan bahawa PM Thailand sekarang (Surayud Chulanont) adalah seorang Muslim. Kepada DS atau mereka yang lebih arif, adakah perkara ini benar?

    Reply

  2. 2 niknazmi Nov 29th, 2006 at 9:04 am

    Voice,

    Surayud Chulanont setahu saya ialah seorang beragama Buddha, dari keluarga ketenteraan lama di Bangkok.

    Tetapi panglima besar Tentera Thai yang mengetuai rampasan kuasa dari Thaksin, Sonthi Boonyaratglin merupakan seorang Muslim dari Bangkok.

    Reply

  3. 3 voicofthevoicless Nov 29th, 2006 at 10:24 am

    Terima kasih kepada saudara Nik.
    Saya juga ada terbaca mengenai Surayud beragama Buddha.
    Saya rasa ada sedikit salah faham dalam perbincangan dengan rakan saya.

    Reply

  4. 4 maden Nov 30th, 2006 at 12:27 am

    Sungguh menarik tentang kenyataan rasmi Sdr Anwar Ibrahim mengenai Selatan Thailand. Tetapi tidak semudah yang Sdr Anwar perkatakan tentang rundingan damai itu. Buka kerana kumpulan di Selatan tidak ingin membuat rundingan tetapi semua apa yg diperkatakan oleh pemerintah Thailand hanyalah indah khabar dari rupa.

    Sejarah Patani adalah sejarah yang panjang, bukan hanya hanya 10tahun lepas tetapi lebih kurang 100 tahun lamanya perjuangan di teruskan oleh rakyat Patani. Rundingan bukan hanya sekali ini tetapi telah banyak rundingan telah dilakukan tetapi semuanya tidak menemui jalan penyelesaian. Bukan kerana tidak ingin berdamai tetapi pemerintah Thailand hanya bercakap kosong sahaja. Mereka sengaja war-warkan dalam akhbar yg mereka ingin berunding tetapi apabila rundingan dijalankan dan mereka akan mengenalpasti mereka yg terlibat maka matilah mereka itu mereka bunuh.

    Malah, kerajaan Malaysia juga terlibat dalam menyerahkan suspek yang dikehendaki oleh Kerajaan Thailand kepada Thailand. Kerajaan Malaysia tidak mengikuti perkembangan suspek yang diserahkan kepada Thailand dan semalam baru sahaja diketahui umum suspek itu dibunuh oleh Kerajaan Thailand.

    Sdr Anwar bukannya tidak tahu, malah dahulu ketika dalam ABIM pun ada orang yang berjumpa dengan Sdr untuk menyelesaikan masalah Patani ini.

    Reply

Leave a Reply