free thinker menanyakan:
datuk seri,
Minta maaf soalan belum habis.Apakah pendirian datuk seri terhadap isu2 yang melibatkan orang2 islam pada masa kini.Saya lihat kenyataan2 yang dikeluarkan oleh ahli2 Keadilan terhadap sesuatu isu yang melibatkan orang islam kadang2 bercanggah dengan islam itu sendiri.Seperti yang terjadi baru2 ini yang melibatkan seorang jurnalist dengan seorang
president majlis perbandaran di Pulau Pinang di mana President tersebut menyalahkan wartawan tersebut kerana memakai pakaian menjolok mata menyebabkan orang memandang. Pada pendapat saya, apa yang dikatakan oleh President tadi ada benarnya kerana kita kena faham tuhan menjadikan perempuan sesempurnanya sehinggakan semua tubuh badan perempuan adalah cantik dibandingkan dgn lelaki.Kalau perempuan selak kaki aje mesti semua
memandang tetapi kalau lelaki selak aje takde sesiapa hendak memandang, kaki
lelaki ni mcm buah anggur yang belum matang.
Selain itu, tuhan menciptakan manusia untuk suka benda yang cantik, jadi sebab itu tuhan yang maha besar menyuruh perempuan menutup aurat untuk mengelak fitnah dan maksiat.Saya tak mengatakan pegawai yang melihat itu tak bersalah tetapi kedua2 mereka patut disalahkan.
Harap Datuk Seri boleh comment sikit. minta maaf kalau ada yg salah atau silap.
Freethinker,
Saya kurang pasti masalah tsb secara khusus tetapi isunya adalah hikmah dalam dawah. Keduannya seringkali berlaku keadaan dimana salahlaku pekerja pangkat rendah disergah tetapi jenayah besar tokoh besar cuba dilindungi.
Saya tidak berhasrat meremehkan isu tsb dan ia mengingatkan saya kisah penyanyi gelek Inul di jakarta yang naik berang manakala ditegur. Jawabnya gelek saya menjadi perhatian, tetapi rasuah pembesar dibiarkan.
Mengenai KeADILan, pendirian mengenai kedudukan Islam adalah jelas.
















jelas? apa dia yang jelas?