Archive for November 27th, 2006

27 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Kerajaan sepatutnya merendahkan harga runcit petrol di Malaysia berikutan penurunan harga minyak mentah sedunia, keuntungan Petronas yang meningkat dan kadar inflasi yang tinggi.

Ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan disel pada 28 Februari 2006, harga minyak mentah Brent dan WTI berlegar sekitar USD60-USD67 setong. Harga petrol telah dinaikkan sebanyak 30 sen seliter, kenaikan tertinggi setakat ini. Walaubagaimanapun, sejak sebulan lepas, harga setong minyak mentah berlegar sekitar USD55-USD60 setong.

Tetapi kerajaan bertegas ia hanya akan mempertimbangkan penurunan harga minyak pada tahun depan sekiranya harga minyak mentah turun di bawah USD50 setong. Pada masa yang sama, Petronas baru sahaja mengumumkan keuntungan bersih setengah tahun sebanyak RM27.27 billion, kenaikan sebanyak 20.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Perangkaan EPU menyebut bahawa kadar inflasi pada tahun 2006 juga dijangka paling tinggi sejak 1999, mengakibatkan kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna.

Jika dahulu kerajaan mengambil pendirian bahawa rakyat sepatutnya memahami pengorbanan subsidi kerajaan, kini tiba masanya kerajaan memahami pula penderitaan rakyat. Kenaikan harga minyak dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang pendek, tetapi apabila hendak menurunkannya kerajaan ingin mengambil masa yang panjang sekadar untuk mempertimbangkannya. Di samping itu rakyat dibebani lagi oleh masalah ekonomi yang masih lagi lembap, penurunan pelaburan asing dan pengangguran serta inflasi yang tinggi.

Kerajaan juga sewajarnya meletakkan Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen untuk memastikan pengurusan hasil mahsul negara yang menjadi khazanah nasional dilakukan secara telus dan terbuka.

ANWAR IBRAHIM

27 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

immuslim memberi pendapat:

Salam Buat Saudara,

Saya mengimpikan satu impian iaitu “Satu Negara,Satu Bangsa (Negara Malaysia,Bangsa Malaysia), namun sejak kebelakangan ini, terdapat pula pihak yang seimpian dgn saya cuba menyelitkan isu kebebasan beragama. Kebebasan berugama yg dimaksudkan ialah kebebasan bagi umat Islam memilih agama yg ingin mereka anuti.

Pihak ini seolah-olah cuba atau mahu menjadikan satu kemestian,kewajiban bagi menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” ini adalah dengan membenarkan hak kebebasan umat Islam memilih agama.

Bagi saya hal ini adalah amat sensitif & menyentuh hati & perasaan saya & sebilangan orang Islam.

Sebagai seorang yg pernah mengetuai sebuah gerakan Islam(ABIM) & mempunyai ramai kenalan dari kalangan tokoh2 pergerakan agama bukan Islam & NGO, baik di dalam dan luar negara, dapatlah kiranya saudara memainkan peranan dalam usaha menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” tanpa melibatkan sensitiviti umat Islam.
Doa saya sentiasa bersama usaha dakwah saudara.

immuslim,

sejak merdeka terdapat muafakat membentuk negara-bangsa. Hanya sagelintir yang mengamalkan faham perkauman sempit. Justeru itu kita perlu lebih proaktif dan tegas mempertahankan dasar bahasa, budaya dan negara untuk semua warga negara. Adalah tidak munasabah untuk kita berundur satelah satengah abad merdeka.

Gagasan bangsa Malaysia yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak bercanggah dengan langkah menggalak pengajian bahasa Cina, Tamil, Arab dan lain-lain. Begitu juga dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Umat Islam tidak harus mempertikai prinsip kebebasan beragama.

Beberapa isu khusus yang melibatkan umat Islam saperti murtad Perkara 121 (1A) dsbnya perlu ditangani secara berasingan di kalangan umat Islam.

27 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

LB menanyakan:

Dato Sri,
Apakah pandangan Dato mengenai desas desus tergempar mengenai penggabungan 3 syarikat pertanian terbesar – Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie. Kami sebagai rakyat marhaen bimbang ada tgn2 ghaib yang membolot laba dari penggabungan ini tanpa memperdulikan jutaan pelabur kecil dari rakyat marhaen melaui PNB. Lebih elok kalau Tan Sri Khalid sendiri sebagai bekas orang kuat PNB mengulas. Sekian Terima kasih.

LB,
saperti yang sdr cadangkan, saya telah rujuk soalan kpd Tan Sri Khalid.
Kita nantikan komen beliau.

27 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

free thinker menanyakan:

datuk seri,
Minta maaf soalan belum habis.Apakah pendirian datuk seri terhadap isu2 yang melibatkan orang2 islam pada masa kini.Saya lihat kenyataan2 yang dikeluarkan oleh ahli2 Keadilan terhadap sesuatu isu yang melibatkan orang islam kadang2 bercanggah dengan islam itu sendiri.Seperti yang terjadi baru2 ini yang melibatkan seorang jurnalist dengan seorang
president majlis perbandaran di Pulau Pinang di mana President tersebut menyalahkan wartawan tersebut kerana memakai pakaian menjolok mata menyebabkan orang memandang. Pada pendapat saya, apa yang dikatakan oleh President tadi ada benarnya kerana kita kena faham tuhan menjadikan perempuan sesempurnanya sehinggakan semua tubuh badan perempuan adalah cantik dibandingkan dgn lelaki.Kalau perempuan selak kaki aje mesti semua
memandang tetapi kalau lelaki selak aje takde sesiapa hendak memandang, kaki
lelaki ni mcm buah anggur yang belum matang.
(more…)

27 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

zzam ismail memberi pendapat:

assalamualaikum…
Melihat dengan keadaan ekonomi yg makin terasa dikalangan rakyat dan kedengaran dengan kenaikan harga tol dan juga harga minyak yg akan dinaikan juga .. di harap di pihak dato seri. dapat kiranya merencenakan untuk rakyat bagaimana untuk mengurangkan sempena pilihanraya yg semakin menghampiri.. diharap dato seri menerangkan di peringkat akar umbi
secara besar2an..

Contohnya..
(more…)