hanafiah ghazali memberi respon balas:
Assalamualaikum YB DSAI,
Maafkan saya. Saya juga yakin dengan kebijaksanaan rakyat, namun adakah mereka mampu untuk menolak tangan yang menyuap mereka selama ini?
Seringkali isu rasuah dibangkitkan di dalam ucapan, artikel dan jawapan. Namun begitu Perdana Menteri sendiri sejak hari pertama bertugas telah menekankan isu ini. Malah ianya telah ditekan berulang kali dan terbaru semasa di perhimpunan agung baru-baru ini. Maka adakah isu ini masih lagi relevan di dalam perjuangan pasukan alternatif? Atau mungkinkah terdapat sasaran ke atas individu tertentu di atas sebab-sebab tertentu mengakibatkan isu ini masih terus diperjuangkan? Berhubung isu kezaliman, apakah bentuk kezaliman yang dirasai oleh rakyat pada waktu ini?
Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia tidak dapat menyelami maksud kezaliman yang diperjuangkan kerana saya tidak pernah mengalaminya. Malah terus terang boleh saya katakan bahawa saya selesa berada di dalam pemerintahan parti pemerintah ketika ini. Namun ianya tidak bermaksud saya bersetuju dengan setiap tindakan parti pemerintah. Kelemahan pentadbiran negara adalah kerana ianya ditadbir secara majoriti oleh parti pemerintah yang sama sejak merdeka mengakibatkan wujud jurang suara yang semakin besar di antara pemimpin dan rakyat.
Pasukan alternatif adalah satu-satunya harapan untuk merapatkan kembali jurang ini seterusnya membina pemerintahan yang telus dan berkualiti. Namun melihat kembali kepada persoalan di atas, adakah rakyat mampu untuk memilih tangan lain menyuap mereka sekiranya mereka merasa selesa dengan tangan yang sedia ada? Apakah usaha pasukan alternatif untuk memujuk rakyat?
hanafiah ghazali,
Sejarah tidak berdusta. Bercambah kisah dari zaman purba hingga era semasa di mana keadaan yang di kira perit dan kusut mampu dirungkai. Masaalah di Malaysia pastinya tidak sarumit yang dihadapi India di bawah pemerintahan Inggeris, Iran di zaman Shah dan lain-lain. Namun di kalangan elemen sedar perlu yakin dan gigih - memberikan penjelasan, memperkukuh jentera, dan tuntas berjuang.
Di antara cabaran kita ialah mengatasi iklim rasa gentar dan takut berlebihan sehingga sanggup menggadai maruah dan kebebasan diri. Dan lebih sukar lagi ialah mendekati kalangan yang menjadi mangsa kezaliman tetapi tidak pula merasa ditekan dan dizalimi. Terdapat banyak kajian dan penulisan yang memaparkan keadaan sademikian’ termasuk olih Frantz Fanon.
Arakian sebarang perubahan hanya mungkin dengan kesedaran kelompok kecil yang sedar dan gigih. Saudara tidak punyai pilihan lagi.
















Assalamu’alaikum w.w.
Sdr. hanafiah ghazali menulis :
***Seringkali isu rasuah dibangkitkan di dalam ucapan, artikel dan jawapan. Namun begitu Perdana Menteri sendiri sejak hari pertama bertugas telah menekankan isu ini. Malah ianya telah ditekan berulang kali dan terbaru semasa di perhimpunan agung baru-baru ini. Maka adakah isu ini masih lagi relevan di dalam perjuangan pasukan alternatif? Atau mungkinkah terdapat sasaran ke atas individu tertentu di atas sebab-sebab tertentu mengakibatkan isu ini masih terus diperjuangkan?
=========================================================
Saya ingin bertanya kepada Sdr Hanafiah Ghazali (HG)apakah tafsiran rasuah pada pandangan Sdr ?, saya sangat bimbang sekiranya sdr Hg tidak melihat rasuah sekarang sebagai sebuah isu yang tersangat-sangat relevan.
Tidakkah sdr HG bimbang dengan rasuah politik yang sedang membelit tubuh umno dalam pemilihan kepimpinanan mereka di segala peringkat, apalagi di peringkat pucuk pimpinan ?, Sedarkah sdr HG implikasi rasuah politik tersebut akan membawa bala kepada rakyat sekiranya mereka yang memenangi kerusi kepimpinanan dalam pemilihan yang diwarnai rasuah berkuasa ?. tidakkah terbayangkan oleh sdr. HG, bahawa para pemimpin yang memenangi jawatan dengan rasuah itu akan berusaha mendapatkan semula pelaburan (rasuah) mereka melalui salah guna kuasa yang sudah pasti itu adalah rasuah ?.
Mungkinkah individu yang menghalalkan rasuah dalam pemilihan tersebut akan menjadi seorang pemimpin yang bebas dari pada rasuah jika mereka berkuasa kelak ?.
Membanteras rasuah di Malasyia ini hendaklah bermula dari dalam umno sendiri, sebab di sini akar rasuah di negara kita.
WaLlahu’alam.
Putra Perpatih
Assalamualaikum YB DSAI dan Sdr. Putra Perpatih.
Terima kasih di atas maklum balas dan penerangan yang diberikan.
Apa yang telah terjadi di India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam malah Amerika Syarikat dan Malaysia sendiri tidak boleh dinafikan. Ianya turut dialami oleh banyak negara-negara lain yang pernah menuju ke arah kebebasan samada daripada dijajah atau diperintah oleh golongan yang mengamalkan penyalahgunaan kuasa. Dan di dalam setiap sejarah ini kita melihat kebangkitan sekelompok kecil rakyat dengan kekuatan di luar keupayaan mereka disokong oleh sekumpulan besar rakyat yang pernah mengalami keadaan dizalami dan ditekan secara langsung atau tidak langsung.
Mereka memahami apa yang diperjuangkan.
Namun begitu keadaan di Malaysia di era 1998 hingga ke hari ini adalah berbeza daripada keadaan yang pernah dirasai oleh rakyat negara-negara terbabit.
Sdr. Putra Pepatih,
Pendirian saya mengatakan bahawa rasuah adalah haram maka ianya memang patut dibenteras dan dipandang keji sebagaimana kita memandang keji terhadap khinzir. Saya tertarik dengan wawancara bersama Tan Sri Azmi Kamaruddin yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia bertarikh 26 Nov 06. Beliau bijak memberi pendapat dan pandangan apabila beliau menyokong usaha Perdana Menteri namun pada masa yang sama memberi cadangan bagaimana isu ini boleh ditangani. Inilah yang patut diamalkan oleh pembangkang di dalam Parlimen, menyokong sesuatu yang baik tetapi pada masa yang sama memberikan cadangan agar ianya lebih baik. Maka rakyat tidak akan melihat fungsi pembangkang sebagai pembangkang semata-mata (sehingga satu tahap digambarkan sebagai perosak negara) tetapi lebih kepada satu keperluan untuk pemantauan dan pembinaan.
Pada pandangan saya isu yang lebih relevan untuk rakyat perjuangkan ialah berkenaan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemegang kuasa. Inilah punca kepada barah yang sedang kita alami. Pelbagai contoh telah kita lihat dan belajar. Sebagai contoh mudah ialah kes pembinaan rumah mewah dan kedai makan oleh pemegang kuasa di Klang. Penggunaan harta kerajaan untuk program parti seperti kenderaan, premis, kemudahan, kakitangan, majlis-majlis tajaan kerajaan dan sebagainya juga pada pandangan saya perlu diperbetulkan. Hak kerajaan adalah hak rakyat dan bukan hak parti. Campur tangan kuasa eksekutif di dalam isu kehakiman juga tidak sepatutnya berlaku sebagaimana kes 1988 dan 1998.
Saya percaya YB DSAI boleh memberikan lebih banyak contoh penyalahgunaan kuasa yang telah dan sedang berlaku dan menyatakan pendirian beliau kerana beliau pernah berada di dalam kelompok pemegang kuasa.
Kita harus sedar yang amalan rahsuah,jika tidak dibendung akan musnahkan kita rakyat sendiri.
Namun bukan mudah untuk menanganinya!
Pada pandangan saya ,hanya sekiranya usaha untuk menukarkan kerajaan sekarang ,mungkin peluang cerah!
Kita seharusnya mengebelengkan segala tenaga serta buah fikiran untuk duduk semeja dengan semua parti pembangkang untuk mengaturkan sratigi untuk Pilihan Raya akan datang ini.
Haruslah semua parti “close rank” sesama sendiri,untuk wujudkan arah sehaluan.
Memang susah pun…tapi ada kemungkinan juga!!
Harus arah tujuan dan matlamat sama,maka peluang terbuka luas….seluas-luas lautan.
Dengan masaalah yang timbul pada parti UMNO ,kini peluang ada memihak kepada pembangkang.
Jangan lepaskan peluang ini,mungkin sekali seumur hidup!!
Saya juga mencadangkan yang semua parti pembangkang disatukan bawah satu parti saja,jika boleh,ini akan lebih teguh dari BN sendiri!!
Apa kata dengan nama ini “United Malaysian Nationist Party”,atau AMAN.
Saya sebenarnya minat dengan politik,tetapi kerakusan serta penyelewengan yang buat saya hindar darinya.
Memang dalam naluri saya ingin berbakti.
Kepada semua rakyat Malaysia ,saya menyeru agar kita selamatkan Malaysia sebelum terlambat!!
“Winds of Change”
Jika ada dalam komen ini tersinggung perasaan sesiapa tampa niat…harap maafkan.
Terimakasih…semoga berjaya !!