Archive for November 22nd, 2006

22 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

spotlight memberi pendapat:

PKR telah istihar perang untuk memecat pengerusi SPR tapi hingga kini
tak nampak pun apa serangannya. Jika hanya berharap SPR lakukan PRU
secara adil, saya rasa tetap kita kalah pada PRU akan datang selagi
pengerusinya orang yang sama.

Di Thailand buat rampasan kuasa, di Indonesia buat demontrasi, di
Filipina ada ura-ura ingin membuat cara yang sama dgn. Thailand & inilah
cara rakyatnya untuk pulihkan negaranya. Malaysia janganlah hanya berharap
pada SPR buat perubahan tanpa ada usaha yang positif.

Please……

Spotlight
Pengerusi SPR baru saja mengesahkan bahawa SPR telah membatalkan puluhan
ribu nama pengundi yang lama meninggal dunia.
Mungkin ini satu permulaan meskipun kecil. Desakan harus diteruskan.

22 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

free thinker menanyakan:

saudara Anwar Ibrahim,

Saya lihat keadilan sebagai sebuah parti yang makin lama makin
diterima oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia, tetapi saya tidak yakin yang
keadilan amnya dan pembangkang khasnya boleh memenangi pilihanraya
sebab rakyat Malaysia masih melihat pembangkang sebagai sebuah pakatan yang
rapuh dan mereka takut yang kerajaan yg di bina hasil gabungan parti
pempbangkang akan tumbang sebab mereka tidak boleh bersatu seperti
tertunjuk pada pilihanraya 1999.selain tu, parti pembangkang tidak mempunyai
kerajaan bayangan yg boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka betul2
mempunyai inspirasi untuk memerentah Malaysia seperti di England, dimana
parti pembangkang di sana mempunyai kerajaan bayangan sendiri yang
menyebabkan rakyat disana yakin untuk menukar pemerintah pada bila2 masa
mereka perlu.Walaupun pekara begini nampak kecil tetapi ia mempunyai impak
besar kepada negara.Lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan “bayangan”
UMNO kelantan.Kesannya boleh dilihat sekarang.

sila saudara anwar comment.thank you…..

Freethinker,

Bina keyakinan: perhatikan kemunculan barisan wibawa dan agenda jelas.
Saya yakin dengan syarat kita berusaha.

22 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

immuslim menanyakan

salam to saudara,
Jelas sudahlah saudara masih relevant dlm scenario politik negara
hinggakan dlm perhimpunan(CIRCUS)agung umno baru2 ini, nama saudara disebut
oleh timbalan ketua badut pemuda. Kalau tak silap, saya pernah
mendengar si badut pernah ini mengatakan saudara sudah tak relevant lagi dlm
arena politik semasa negara tapi ternyata kini beliau pula mengunakan
nama saudara kononnya ancaman pd politik & ekonomi melayu sebagai batu
loncatan utk menonjolkan diri.
Saudara Anwar, apakah saudara mempunyai bukti salahlaku si badut yg tak
kelakar ini untuk dikongsi oleh pendokong2 reformasi? dah tak tahan
lagi dgn aksi yg cuba ditunjukkan oleh badut yg tak kelakar ini.

Immuslim,
Percubaan mereka untuk mengalih pandangan dari tuduhan rasuah dan tamak
haloba terhadap mereka. Kita perlu gigih dan meningkatkan serangan..

22 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Assalamu’alaikum DS,
Kritikan di bwh saya petik dr sebuah laman web dan diharap DS dpt
memberi komen mengenainya.

Keadilan Kedah: Antara Kebenaran dan Impian

*** menulis “Semasa pilihanraya umum lepas PKR Kedah dipimpin oleh
Saudara Johari Abdul. PKR Kedah telah gagal untuk mendapatkan walaupun
sebuah kerusi DUN atau pun parlimen. Tidak ada satu pun bedah siasat dibuat
untuk melihat di mana silapnya. Tetapi umum mengetahui kepincangan PKR
pada masa itu. Selepas pilihanraya Saudara Johari Abdul diangkat ke
Pusat. Beberapa nama-nama pengganti telah diketengahkan seperti Saudara
Haji Akashah, bekas Naib Presiden Syarikat Seagate Malaysia, Saudara Dr
Azman, Pengusaha Klinik di Kuala Kedah, Saudara Mustafa Khalid Hanafi
dan Saudara Mochtar Mansur, kedua-duanya ahli pernigaan yang disegani.
Saudara Mochtar pernah mencabar Tun Daim bagi kerusi Parlimen Jerai.

(more…)