18
Nov
06

Catatan Peribadi di Delhi

Anwar

Setibanya saya di Lapangan Terbang Indira Gandhi Delhi, berkumandang irama dangdut Hindi, muzik ‘Terkenang Semasa Dahulu’ yang pernah dipopularkan oleh penyanyi 50an R. Azmi. Saya lantas tersenyum terutama kerana muzik itu berulang. Saya tidak tahu sebelumnya bahawa lagu tersebut disadur atau diciplak bulat dari lagu Hindustan - atau secara lucu saya beritahu teman di Delhi - mungkin juga diciplak oleh pemuzik Hindustan dari lagu melayu.

Sidang mengenai Pelaburan India Arab dirasmikan oleh Menteri Kewangan India P Chidambaram. Secara terbuka beliau ulangi kenyataan rasa bangganya kerana bersama saya seorang sahabat lama. Beliau bersama PM Manmohan Singh berjaya memacu pertumbuhan yang cukup membanggakan. Saya sempat berbual sejurus salepas majlis perasmian. Tetapi yang menarik ialah kesudian beliau mengenepikan protokol; dan memilih untuk berundur dari sidang hanya setelah mendengar ucapan saya. Saya menegaskan behawa pertumbuhan meyakinkan memerlukan dasar makroekonomi yang tuntas, usaha membanteras rasuag dan pengagihan kekayaan secara adil. Demikian juga semangat yang diungkap dalam pidato kemerdekaan Jawarhal Nehru ‘Tryst with Destiny’.

Saya sempat berbincang dengan PM India pada sebelah petang, mengenai isu ekonomi dan beberapa isu lainnya.

Pada sebelah malam kami diraikan oleh Ketua Menteri Delhi Mrs Dixit yang dimulakan dengan ghazal yang mengasyikkan.

Saya telah berlepas ke dubai pada 15hb Nov dan menemui Ketua Menteri Cape Town Ebrahim Rasool dan wakil PM Iraq. Sesudah itu saya ke Dar es Salaam, kalau masa mengizinkan akan saya ceritakan pengalaman di Tanzania pula!


0 Responses to “Catatan Peribadi di Delhi”


  1. No Comments

Leave a Reply