Isu Sunni v Syiah: Jawapan Kepada Immuslim

11 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

immuslim menanyakan:

Salam to Saudara Anwar,

Saudara Anwar, dapatkah saudara berikan pandangan & penyelesaian saudara tentang pertentangan fahaham yg berlaku antara Sunnah & Syiah. Mengapa mesti ada pertentangan sedemikian rupa dlm agama yang mengajar tentang persaudaraan sesama umat.
Bagi saya yang lahir di bumi yg berfahaman Sunnah ini kadangkala atau lebih tepat saya katakan kerapkali, diberitahu bahawa ajaran Syiah adalah terpesong dari ajaran Islam yg sebenar yg dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Teringat juga saranan seorang pendakwah Sunnah dari Arab Saudi yg meminta umat Islam dari fahaman Sunnah supaya tidak berdoa untuk kejayaan Hizbollah yang menentang kekejaman & penjajahan zionis laknatullah di Lebanon kerana Hizbollah adalah puak berfahaman Syiah.
Jika dapat disatukan dua fahaman yg seagama ini, Insya’ Allah saya yakin pasti umat Islam akan dipandang mulia oleh masyarakat dunia. Sebagai seorang pemimpin yg berkaliber, saya penuh yakin saudara dpt melakukan yg terbaik utk menyatukan kami umat Islam.
Wassalam.

immuslim,
Dengan kudrat sedayanya kita perlu meniupkan gagasan ke arah kesatuan. Sunni dan Shii keduannya kini mangsa kezaliman yang tambah dikusutkan dengan permusuhan sesama mereka.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site