Nik Nazmi
Mungkin ramai yang tak mampu berjaga menunggu siaran Bloomberg awal pagi tadi yang memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bloomberg ada menyiarkan artikel mengenai Datuk Seri Anwar di sini.
Datuk Seri Anwar menegaskan komitmennya untuk menumpukan masanya pada politik dan bertanding kerusi parlimen apabila pulang ke Malaysia sepenuh masa bulan hadapan.
Beliau akan meneruskan agenda reformasi: memperluaskan ruang demokrasi, mempertahankan kebebasan media dan menggagaskan agenda ekonomi Malaysia yang menekankan daya saing nasional dan keadilan untuk semua.
Ekonomi Malaysia waktu ini sebenarnya berada di dalam keadaan hambar berbanding negara-negara jiran - termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam yang dahulu jauh di belakang kita. Indonesia baru sahaja memotong Malaysia dalam pelaburan langsung asing (FDI). Pada tahun 1990, Malaysia tersenarai sebagai negara nombor 4 di dunia dari segi tarikan untuk pelaburan asing - kini kita di nombor 62!
Datuk Seri Anwar berserta dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas CEO PNB dan Guthrie yang kini Bendahari Agung Keadilan, komited membina ekonomi Malaysia yang berdaya saing serta memberi bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum.






Komen Terkini