Nik Nazmi
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Stanford, California baru-baru ini mendapat perhatian seorang blogger Amerika kerana kejujuran Datuk Seri Anwar mengkritik kontradiksi sikap negaranya.
Blogger tersebut, Marcel Cote menganggap salah faham terhadap Islam begitu mendalam di AS.
Petikan ucapan di Stanford tersebut:
This is a country full of contradictions. The level of sophistication and intellectual flavor is unparalleled. So why must people be so prejudiced? Why is misunderstanding so pervasive?
Terjemahan: Ini (Amerika) negara penuh kontradiksi. Tahap ketinggian dan kemajuan intelektualnya tiada tandingan. Jadi mengapa rakyatnya mesti prejudis? Mengapa salah faham begitu menular?
















Salam Alaikum sdr NN,
Sesungguhnya setiap negara dan institusinya, termasuk institusi media, bukanlah sesuatu yang monolitik. Oleh itu, lahirlah kontradiksi disebabkan kepercayaan, nilai dan amalan yang berbeza di antara ‘liberals’ di Pantai Barat (West Coast), Irish keturunan Katolik di Pantai Timur(Northeastern sea board), ‘Red Necks’ di Kawasan Tengah (MidWest), Jalur Injil di Selatan (Right Wing Biblical Belt, Southwest), WASP (White Anglo-Saxon Protestants) dan seterusnya. Sementelah, rangkaian media arus utama dan industri senjata merumitkan lagi keadaan. Begitu juga keadaan di Malaysia. Wallahu’alam.
Mungkin kerana dunia islam dan masyarakatnya sendiri bergolak. Tiada kesepakatan dan percanggahan pendapat sesama kita. Pihak musuh dalam selimut yang paling bahaya sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan diri umat islam sendiri.
Rakaman ucapan DSAI boleh dipindah terima dari laman kakiblog.com berikut: http://kakiblog.com/wp-content/uploads/2006/10/democracy_and_the_muslim_world.mp3
sebenarnya ada agenda untuk jatuhkan orang islam
1.orang yang berkuasa tidak akan tunduk kepada orang lain.
2.Dunia islam sendiri berpecah belah.
3.Tidak jakin dgn kebolehan sendiri.
4.Tidak ada kesepakatan.
5.Logiknya tidak bersatu.