Archive for October 29th, 2006

29 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai petang tadi dengan lebih 20,000 pengunjung. Terima kasih kepada pembaca blog yang hadir.

Media dari awal mendesak saya memberikan sedikit ruang kepada Datuk Seri Anwar untuk mengulas isu-isu semasa. Kami mengambil masa sedikit ketika waktu rehat untuk memberi ruang kepada media yang obses mengenai isu kritikan terbaru Dr. Mahathir kepada PM.

Datuk Seri Anwar tetap konsisten dengan jawapannya: kita mungkin tak bersetuju dengan kritikan bekas PM, tetapi kerajaan seharusnya menjawabnya secara rasional. Beliau juga ditanya komen bekas PM yang mengatakan persengketaan tersebut hanya menguntungkan Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz – Datuk Seri mengucapkan terima kasih atas pengakuan bahawa dia popular, tetapi ia tiada kaitan dengan sengketa peribadi tersebut.

Pastinya penonton Buletin Utama TV3 menangkap jawapan Datuk Seri tadi!

Pelbagai lapisan rakyat yang hadir tadi – ada golongan pekerja, petani dari desa, malah juga ahli korporat dan artis – selain dari pimpinan Keadilan, reformis dan pembangkang.

Pasti Izzah, Yusmadi dan lain-lain di Amerika rindukan sate, roti canai dan kuey teow yang kami nikmati tadi!