
Assalamualaikum warrahmatullahiwabaraktuh,
Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Eidul Fitr kepada umat Islam keseluruhannya.
Sudah sebulan kita menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadan mempunyai signifikan yang cukup besar, melatih umat Islam untuk berkorban dan mengekang keinginan kita, sekaligus memperkukuhkan akidah kita. Ia seharusnya memperkuatkan iltizam dan semangat kita untuk meneruskan perjuangan.
Justeru, Eidul Fitr ini seharusnya dirayakan sebagai kejayaan mengharungi Ramadan, diraikan dengan rasa penuh syukur dan tawadduk kepada Allah s.w.t. Usah kita lupakan nasib golongan yang kurang bernasib baik berbanding kita dalam melalui hari lebaran ini.
Islam telah mengajar kita untuk cintakan kebenaran, keadilan dan kedamaian. Saya menyeru agar Muslimin dan Muslimat akan dapat menghayati nilai-nilai ini dalam menghadapi cabaran hari ini.
Selamat Menyambut Eidul Fitr 1427 Hijrah. Maaf zahir dan batin.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Walillahilham..
ANWAR IBRAHIM
















TaqabbalAllah minna wa minkom…Eid Mubarak
Mudah2an Sdr sekeluarga dikembalikan kepada Fitrah, dengan sesuci sucinya dihari yang mulia ini, dan dihari hari seterusnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga di sana.
Maaf Zahir & Batin. Semoga terus diberikan kekuatan untuk seluruh ahli keluarga dalam perjuangan ini.
Salam Eidul Fitr 1427 Hijrah pada DSAI dan semua pengunjung.moga pada hari kemenangan ini bakal menggarap kekuatan baru dan menggembleng usaha ke arah Malaysia Baru.InsyaAllah…
Assalamu’alaikum w.w.
Dato’ Seri
ALlahu akbar, ALlahu Akbar, ALahu Akbar walillahilham’d.
Ya ALlah ya Tuhan kami,
terimalah semua ibadah ramadhan kami,
ampunilah segala salah silapnya
kasihanilah kami, sekiranya
kami hanya mendapat penat dan lelah saja
masukkanlah kami di antara orang-orang yang beroleh kemenangan pada 1Syawal ini,
Amin ya Rabb al Alamin.
Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Ie’d kepada Dato Seri sekeluarga beserta seluruh penyokong PKR.
Bersama in saya lampirkan sebuah sajak sempena menyambut hari mulia ini.
Ied al Fitri
Pagi tadi rakan non muslimku bertanya,
sudah tentu bila mahu raya oooo ?
aku terhenyak dalam kehinaan
adakah agama yang semulia dan semegah Islam
umatnya tidak tahu bila mahu hari raya ?
ooohhhh, alangkah bodoh dan dungunya kita
dalam era sains dan teknologi yang serba canggih ini
orang kafir dapat menghitung dengan tepat dan jitu
komet Harley yang hanya muncul sekali dalam 75 tahu, lalu
kita masih bersitegang urat leher bila anak bulan akan kelihatan.
ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar
Laillahaillaah ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, Walillahiham’d.
Seminggu selepas raya yang dibumbui 2 kali solat Ied (di Indonesia)
aku terserampak seorang tua daif lagi naïf
tak semena-mena dia berujar
“nampak benar dek orang pecahnya kitaâ€Â
lagi sekali aku terperangah dalam kehinaan
si marhaen yang sentiasa dilabel pak turut
ternyata, lebih peka dan faham makna persatuan.
Dua senario spontan itu menggambarkan
betapa rendah dan gobloknya kita di mata orang kafir
betapa bodoh dan angkuhnya pemimpin, di mata umat.
Wahai………, wahai………., wahai……….
entahlah, entah kepada siapa aku harus menyeru, sekiranya
1 Ramadhan itu dihitung berdasarkan hisab, atau
solat Ied itu serentak, akan tergelincirkah aqidah kita ???
saya pasti, lembupun tahu, ia sekadar furuq.
Sekiranya kalian tak faham-faham lagi makna keutamaan, ketika
kita sedang meregang nyawa ini,
pergi matilah kalian lebih baik, dari pada
sepanjang hayat sesat dan menyesatkan.
Kini aku sadar sepenuhya, bahawa
pembawa bala dan mala petaka ini
bukan Yahudi, nasrani atau majusi atau globalisasi
tapi kalian, yang perasan pemimpin, yang
sebenarnya, kalian tidak lebih dari pada
budak-budak yang sedang memperebutkan mainan
dalam konteks ini, mainannya adalah kuasa dan harta.
Persoalanya,
masih adakah sekarang pemimpin umat yang sejati ???
tak perlu fakir panjang-panjang, jawabnya pasti tepat
mereka semua telah ditalqinkan oleh Rira’un, Qarun dan Haman
kalau masih ada yang tersisa satu atau dua orang, yang inipun
telah dikebiri dan disingkirkan dari pada arus perdana.
ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar walillahilham’d
di bawah ArasyMu, ku tadahkan tangan ini
ya ALlah Yang Maha Penunai Semua Janji dan Doa
Kau tunjukkanlah di dunia ini juga ya ALlah
azab dan siksaMu kepada mereka yang memperbodoh-bodohkan umat, agar
pemimpin yang akan datang tidak berani lagi bermain gila
Amin, amin ya Rabb al Alamin.
Seremban 20 Jan 2003
Putra Perpatih