Persoalan Penting Sumbangan Lebih Setengah Billion Ringgit kepada Universiti Cambridge

18 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan lebih setengah bilion ringgit kapada Universiti Cambridge. Petronas dan Khazanah Nasional masing-masing telah menyerahkan 190 juta ringgit sementara bakinya akan dikumpul dari sumbangan bank-bank asing yang berpengkalan di Malaysia.

Jumlah yang melebihi 500 juta ringgit adalah terlalu besar untuk disumbang kepada mana-mana universiti atau badan asing untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan. Malah jumlah tersebut mencukupi untuk dibangunkan universiti atau pusat penyelidikan negara dengan mengundang pakar tempatan, kepakaran rakyat asal Malaysia yang kini bertugas diluar negara atau memperolehi beberapa kepakaran asing apatah lagi dalam keadaan universiti-universiti kita masih tercicir di senarai universiti dunia.

Apakah pimpinan Kerajaan sekarang tidak menaruh keyakinan kapada keupayaan universiti, kepakaran atau pusat penyelidikan tempatan untuk meingkatkan mutu penyelidikan dan prestasi mereka?

Dan apakah cadangan tersebut bertujuan memenuhi selera dan kemegahan mana-mana tokoh tertentu kerana ingin dihubungkan dengan universiti terkenal diluar negara?

Adalah dikesalkan kerana pimpinan Kerajaan samasekali tidak peka dengan permasalahan negara dan kurang bijak dalam menangani isu pendidikan dan penyelidikan negara. Lebih dikhuatiri lagi ialah kerana tindakan cuai sebegini dilakukan tatkala ekonomi negara dikira lembab.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site