Jawapan Buat Mat

13 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Mat menanyakan:

Assalamu’alaikum Warahmatullah.

Dato’ Seri,
Selamat menjalani ibadat puasa. Moga-moga Allah SWT senantiasa mengurniakan kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan kepada DS. Inilah kali pertama saya dapat sukses menge-mel kepada DS setelah beberapa kali mencoba. saya coretkan em-mel ini dari kampung kelahiran saya, di daerah
Membakut Sabah. DS merupakan idiola saya semenjak dari bangku sekolah lagi sewaktu DS masih lagi memimpin ABIM sehinggalah DS memasuki UMNO, menjadi timbalan menteri, menteri kebudayaan, menteri pendidikan, menteri
kewangan dan seterusnya merangkap Timbalan Perdana Menteri, saya tidak pernah luput dari menyoroti perkembangan DS sehinggalah ke hari ini.

Sewaktu DS dibebaskan dahulu saya merupakan salah seorang yang paling
gembira antara ribuan rakyat Malaysia.

DS sebagaimana yang kita sedia maklum masalah PATI di Sabah ini adalah
masalah yang paling membimbangkan kepada kami di sini, takut suatu masa
nanti hak kami sebagai peribumi dirampas oleh mereka, namun pihak yang
berwajib begitu lambat untuk mengambil tindakan. Sudikah DS
mengusahakan sesuatu agar masalah ini dapat diatasi dengan segera?. Sebagai
langkah awal DS boleh merisik-risik dengan menghubungi rakan-rakan DS di
sini.

Pada pandangan DS, sebagai seorang pemimpin, apakah sikap-sikap (amalan
hidup) yang masih terus membudaya di kalangan orang-orang kita sehingga
menghambat kemajuan hidup dunia dan juga bekalan akhirat?. Sebagai
seorang bekas menteri kewangan, apakah nasihat DS kepada seseorang yang
baru mahu berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, perniagaan runcitkah,
borong atau kontruktor?.
Sekianlah dahulu buat kali ini, Insya Allah panjang umur berjumpa lagi.
Wassalam.

Sdr. Mat,
Membakut halaman tenang dengan udara nyaman. Minggu lalu saya ka Tambunan.

Nasib pribumi hanya akan terjamin dengan kepimpinan bersih dan dasar jelas. Sila rujuk terdahulu pandangan akmi dan Tan Sri Khalid mengenai agenda ekonomi.

Pendapat Anda