Archive for October 13th, 2006

13 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Putra Perpatih menanyakan:

Assalamu’alaikum w.w.

Dato’ Seri, di bawah ini saya perturunkan satu laporan kaji selidik
seperti berikut :

LAPORAN KAJI SELIDIK OLEH INSTITUT PERNIAGAAN BERETIKA MALAYSIA

Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Institut berkenaan ialah : orang
politik adalah kelompok yang paling tidak dipercayai oleh masyarakat
berbanding doktor, guru, profesor, pemimpin perniagaan, peguam, ahli
sains dan wartawan.

Sumber : Mingguan Malaysia Ahad 10 Sept. 2006
(more…)

13 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

fahmie memberi komen & menanyakan soalan:
Salam sejahtera,

Siapakah yang bertanggungjawab meletakkan sasaran 30% dalam DEB? Adakah DEB bersifat statik dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan?
Kalau dilihat secara kasar semacam tiada unsur keyakinan dalam DEB. DEB bersifat penakut dan sudah lapuk. Bagi saya tiada beza antara DEB dan Islam Hadhari. Keduanya hanya sedap didengar tetapi isinya kosong dan begitu jauh dari konsep ‘Islam Sebagai Cara Hidup’.
(more…)

13 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Mat menanyakan:

Assalamu’alaikum Warahmatullah.

Dato’ Seri,
Selamat menjalani ibadat puasa. Moga-moga Allah SWT senantiasa mengurniakan kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan kepada DS. Inilah kali pertama saya dapat sukses menge-mel kepada DS setelah beberapa kali mencoba. saya coretkan em-mel ini dari kampung kelahiran saya, di daerah
Membakut Sabah. DS merupakan idiola saya semenjak dari bangku sekolah lagi sewaktu DS masih lagi memimpin ABIM sehinggalah DS memasuki UMNO, menjadi timbalan menteri, menteri kebudayaan, menteri pendidikan, menteri
kewangan dan seterusnya merangkap Timbalan Perdana Menteri, saya tidak pernah luput dari menyoroti perkembangan DS sehinggalah ke hari ini.
(more…)