raja lanun menanyakan:
assalamua’laikum…
mohon pandangan dato’ seri tentang hasil kajian yang dijalankan oleh
ASLI berkaitan jumlah equiti yang dipegang oleh bumiputera di malaysia.
Sdr raja lanun,
Saya hanya meneliti rumusan dan ulasan kajian tersebut dan dapat mengesan kecacatan awal
Kelemahan ketara corak kajian sademikian adalah kerana terikat dengan kerangka dan pendekatan lama DEB.
Kedua kajian tersebut mahu membungkam hujah DEB tentang penguasaan ekuiti Bumiputra
dgn menokok kekayaan Bumiputra termasuk pegangan dlm khazanah negara secara
rambang.
Isu pokok adalah kurang pengagihan ketelusan dan rasuah serta
penyelewengan yang diamalkan. Wacana seharusnya menjurus kpd persoalan pokok pertumbuhan ekonomi dan cabaran serta keadilan utk semua
















