Jawapan Buat Fahmi…

5 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

fahmi memberi komen & soalan:

Salam sejahtera DS,

Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Maaf kerana ingin bertanya lagi.
Sampai bilakah saudara akan terus berada di sana? Sekadar luahan kerana saya sendiri tidak menyangka selepas dibebaskan dan mendapat rawatan saudara akan terus berada di luar Malaysia. Walaupun ada masa-masanya saudara kembali ke Malaysia, nampaknya saudara seperti dihimpit kesibukan. Sebagai bekas pelajar universiti saya maklum bahawa tugas sebagai tenaga pengajar universiti memang sibuk, itu belum dicampur lagi dengan tugas-tugas yang lain. Saya juga perasan saudara hanya sempat menghadiri sesi akhir kongres PKR yang baru berlalu.

Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan hidup saudara tetapi bagi saya gelanggang saudara adalah di Malaysia kerana kami di sini tertunggu-tunggu setiap kali saudara kembali. Sering juga saya terbaca artikel-artikel menggambarkan kurangnya impak saudara dalam bersama-sama rakyat. Kami di sini tertindas dari segenap penjuru fizikal dan mental. Hinggakan banyak permasaalahan terpaksa diselesaikan sendiri. Terbaru, Mufti Perak telah tidak dibenarkan menyampaikan kuliah/ceramah di negeri Selangor. Menunggu pilihanraya belum tentu menyelesaikan semua ini.

Kalau di pantai timur rakyat mungkin sering dapat bersemuka dengan dengan TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi tapi kami di pantai barat terasa seperti ada ruang kosong. Kalau dulu ada Almarhum Ustaz Fadhil tidak terasa sangat tetapi sekarang tidak begitu.

Apabila saya membaca temuramah DS Wan Azizah saya terasa pilu kerana beliau masih perlu bersendirian dalam menangani isu-isu semasa. Ada sekali saya terlihat dalam satu klip video beliau turun berjumpa dengan rakyat dalam satu demo. Beliau terpaksa bersalam dengan peserta yang hadir, agak kurang manis. Saya masih teringat ketika saudara di dalam UMNO saudara kena bersalam dengan wanita-wanita UMNO. Apabila personaliti yang tinggi di mata masyarakat bebas bersalam begitu apa lagi rakyat biasa seperti kami. Tersentuh hati saya bila melihat gambar Presiden Ahmadinejad sekadar menundukkan kepala bila dihulur tangan oleh seorang pemimpin wanita.

Sebelum berundur saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ada unsur-unsur kritikan. Juga saya ‘paste’ petikan dari satu laman web yang sempat saya baca tentang Asy Shaheed Presiden Chechnya Abdul-Halim Abu-Salamovich Sadulayev:

“On the order of President Maskhadov, Sheikh Abdul-Halim was decorated with two medals of the Chechen State: the supreme decoration founded by First Chechen President Dzhokhar Dudayev, Koman Sii (‘Honour of the Nation’) and Medal of Valour ‘Koman Turpal’ (‘Hero of the Nation’).

In 2003 the invader’s Spetznaz (Russian special forces) took the wife of Sheikh Abdul-Halim hostage. She was brutally murdered by Russian FSB agents after sadistic tortures when they were trying to find out where her husband was.

According to the information that Kavkaz Center has, Sheikh Abdul-Halim has never left the Chechen soil except for one trip to Mecca on Hajj.

On June 17 2006 President of Chechen Republic of Ichkeria Abdul Halim Sadulayev became a Shaheed (a Martyr) (insha Allah), he fell in a battle in the village of Argun.”

http://www.waynakh.com/en/famous/sadulaev.htm

Ikhlas dari,
FAHMI

Sdr fahmi,

Tugas selaku professor di Universiti Georgetown berakhir awal Disember. Tetapi saperti yang dimaklum meskipun saya dijadual menyampaikan kuliah mingguan, saya tidak dibebankan dengan terlalu banyak tugas. Ada seorang Associate Prof yang menjadi pembantu saya termasuk menyampaikan kuliah tatkala saya berada di KL.

Dua bulan lalu, di musim cuti panas, saya hampir sapenuh masa di Malaysia. Dan hampir setiap bulan saya berada di KL hampir dua minggu dan menjelajah ka seluruh negara di samping mengadakan pertemuan parti dll. Masaalahnya ialah media tempatan di arah menggelapkan semua berita.

Pendapat Anda