Archive for October 5th, 2006

5 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

fahmi memberi komen & soalan:

Salam sejahtera DS,

Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Maaf kerana ingin bertanya lagi.
Sampai bilakah saudara akan terus berada di sana? Sekadar luahan kerana saya sendiri tidak menyangka selepas dibebaskan dan mendapat rawatan saudara akan terus berada di luar Malaysia. Walaupun ada masa-masanya saudara kembali ke Malaysia, nampaknya saudara seperti dihimpit kesibukan. Sebagai bekas pelajar universiti saya maklum bahawa tugas sebagai tenaga pengajar universiti memang sibuk, itu belum dicampur lagi dengan tugas-tugas yang lain. Saya juga perasan saudara hanya sempat menghadiri sesi akhir kongres PKR yang baru berlalu.

Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan hidup saudara tetapi bagi saya gelanggang saudara adalah di Malaysia kerana kami di sini tertunggu-tunggu setiap kali saudara kembali. Sering juga saya terbaca artikel-artikel menggambarkan kurangnya impak saudara dalam bersama-sama rakyat. Kami di sini tertindas dari segenap penjuru fizikal dan mental. Hinggakan banyak permasaalahan terpaksa diselesaikan sendiri. Terbaru, Mufti Perak telah tidak dibenarkan menyampaikan kuliah/ceramah di negeri Selangor. Menunggu pilihanraya belum tentu menyelesaikan semua ini.
(more…)

5 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

putra perpatih memberi pendapat:

Saya rasa amat susah untuk mendapatkan kesalingan dalam pelbagai kaum di Malaysia ini. Perkara ini disebabkan oleh kerana kita telah diasuh dalam fahaman perkauman yang amat tebal sekali oleh BN. Kita semua tahu bahawa persefahaman itu hanya wujud di permukaan saja di kalangan pihak berkuasa. Semua parti politik pelbagai kaum yang berhimpun dalam BN adalah manusia-manusia munafik yang busuk sekali. Ketika mereka duduk semeja mereka akan bicara bukan isu kaum masing-masing, tapi bagaimana memperalatkan perkataan harmoni untuk beramai-ramai menghisap kazanah rakyat.

Untuk sampai ke tahap persefahaman yang tulen, diantara langkah utama ialah:
(more…)