Wacana kian hangat dan tegang; samaada isu kaum dan agama. Ini ditokok dengan tersasulnya Pope Benedict dan manakala Lee Kuan Yew melatah. Maka saya ingin menenteramkan suasana sajenak untuk menghebahkan kisah lucu dalam kitab lama yang baru saya baca:
1. Dari Kitab Al Jahir. Kitab al Hayawan:
Risimus dibelasah dan dikeji tetapi menahan dengan sopan dan sabar. Manakala ditanya mengapa beliau tidak berdendam? Jawabnya juga selamba:
“Apakah wajar kamu menendang keldai yang menendang kamu? Dan apakah perlu kamu menyalak kembali kapada anjing yang menyalak kamu?”
Si Bahlul adalah juga saekor keldai atau anjing; samaada bodoh atau mengada-ada atau kedua-duanya.
2. dari Abu Sulaiman al Muntiqi as Sijistani Siwan al Hikmah:
Seorang Sheikh mengunjungi tukang gunting rambut. Tatkala bergunting beliau kelihatan gopoh dan gopohnya itu menyebabkan kepala Sheikh tersebut luka. Setelah selesai Sheikh membayar lebihan beberapa dirham. Tukang gunting terkejut dan menanyakan mengapa?
Jawab Sheikh: “Kamu berjasa kapada aku, dan mengizinkan aku keluar terselamat dari kepalaku dipotong!”
Anwar
















Saya suka kisah lucu 2. Zaman sekarang perlu lebih berhati-hati bila mengunjungi tukang gunting rambut. Banyakkan berbual dengan tukang gunting terutama tentang kesihatan. Kalau si tukang gunting tersasul kata dia ada penyakit jantung sila cari tukang gunting lain. Silap hari bulan kalau tukang gunting kena serangan jantung akibatnya sama la nasib dengan Pak Sheikh tu…
Assalamualaikum DS,
Are you familiar with this sajak oleh Almarhum Guru?
Di sebalik tirai kencana berlabuh
Ada segugs jiwa yang meronta
Menebar titisan ilmu ke pelusuk nusantara
Bergegar, bergetar dan begemersiknya
Di persada dunia
Wahai Bangsaku,
Persejagatan bahasa pidatomu telah melayari lautan
Keperkasaan jurus pidatomu telah menyelusuri benua
Kegagahan gibran pidatomu telah menawan nusantara
Keunggulan pidatomu telah mewarna merata kota
………Pidato nusantaramu
telah membijaksanakan berfikir
memandu minda mengatur budaya
memercikkan mutiara ilmu
mengangkat martabat warga
di persada negara
di pentas antarabangsa
( beberapa baris lagi…. dan diakhiri dengan )
…………Kerana
Pidato bangsaku
Adalah satu pidato
Akar melayu yang bersatu
~~~~~~~~~~~~
( itulah “gemersik nusantara”: )
DS,
2 kisah jenaka itu kita istilahkan sebagai ” selingan rapi” dalam konteks ilmu pidato, salah satu dari puluhan teknik.
Insya’Allah, satu hari nanti akan wujud lebih ramai pemidato hebat di Malaysia seperti DS berkat usaha Guru pidato kami.