Archive for October, 2006

31
Oct

Nik Nazmi: Anwar kritik kontradiksi Amerika

stanford

Nik Nazmi

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Stanford, California baru-baru ini mendapat perhatian seorang blogger Amerika kerana kejujuran Datuk Seri Anwar mengkritik kontradiksi sikap negaranya.

Blogger tersebut, Marcel Cote menganggap salah faham terhadap Islam begitu mendalam di AS.

Petikan ucapan di Stanford tersebut:

This is a country full of contradictions. The level of sophistication and intellectual flavor is unparalleled. So why must people be so prejudiced? Why is misunderstanding so pervasive?

Terjemahan: Ini (Amerika) negara penuh kontradiksi. Tahap ketinggian dan kemajuan intelektualnya tiada tandingan. Jadi mengapa rakyatnya mesti prejudis? Mengapa salah faham begitu menular?

31
Oct

pembelian media Cina dan respon lain

raja_lanun82

Kontroversi pembelian media Cina tercetus manakala syarikat MCA dibawah pimpinan Dr Ling Liong Sik bertindak “merampas” media Cina termasuk Nanyang yang dikira memberikan sedikit ruang kapada pengeritik pemerintah BN. Bantahan agak menyeluruh dikalangan masyarakat Cina, beberapa wartawan akhbar tersebut memilih untuk “bersara” dan penjualan akhbar merosot.
Kini pimpinan MCA memutuskan untuk menjual sebahagian saham akhbar Nanyang kapada pengusaha balak Sarawak yang dibimbangi akan memonopoli milek akhbar utama Cina.

putram 98
Saya akan meneliti perkembangan Keadilan Perlis bersama pimpinan Pusat dan Negeri.
Saya harap sdr dapat membantu memperkukuh jentera disana.

dan kepada saudara malcolm 2
saya belum dihubungi mengenai masalah penerokaan tanah di Gombak.

Anwar

29
Oct

Nik Nazmi: Rumah Terbuka dan Ulasan Sengketa Politik di Media

Nik Nazmi

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai petang tadi dengan lebih 20,000 pengunjung. Terima kasih kepada pembaca blog yang hadir.

Media dari awal mendesak saya memberikan sedikit ruang kepada Datuk Seri Anwar untuk mengulas isu-isu semasa. Kami mengambil masa sedikit ketika waktu rehat untuk memberi ruang kepada media yang obses mengenai isu kritikan terbaru Dr. Mahathir kepada PM.

Datuk Seri Anwar tetap konsisten dengan jawapannya: kita mungkin tak bersetuju dengan kritikan bekas PM, tetapi kerajaan seharusnya menjawabnya secara rasional. Beliau juga ditanya komen bekas PM yang mengatakan persengketaan tersebut hanya menguntungkan Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz - Datuk Seri mengucapkan terima kasih atas pengakuan bahawa dia popular, tetapi ia tiada kaitan dengan sengketa peribadi tersebut.

Pastinya penonton Buletin Utama TV3 menangkap jawapan Datuk Seri tadi!

Pelbagai lapisan rakyat yang hadir tadi - ada golongan pekerja, petani dari desa, malah juga ahli korporat dan artis - selain dari pimpinan Keadilan, reformis dan pembangkang.

Pasti Izzah, Yusmadi dan lain-lain di Amerika rindukan sate, roti canai dan kuey teow yang kami nikmati tadi!

27
Oct

BBC World Debate

kiriman Aasil Ahmad

Penyertaan Anwar Ibrahim di dalam Debat Dunia BBC World TV dijadualkan siarannya pada - 28 Oktober pada 1210, 1910 GMT dan 29 Okt pada 0110, 0810 dan 1710 GMT. Versi pendeknya akan ke udara di dalam siaran Radio World Service pada 5 November, waktunya akan ditentukan nanti. Bahan tersebut akan dipaparkan di website BBC awal minggu hadapan. Bahan tersebut juga akan disediakan dalam bentuk VCD. Pengumuman mengenai VCD tersebut akan disiarkan di laman ini nanti.

25
Oct

Jawapan kepada Chee

Saudara/i Chee, merujuk kepada soalan anda.

Terima kasih. Perkembangan sekarang termasuk di Pulau Pinang dan Sabah lebih meyakinkan. Kita perlu tumpu kelapangan. Andaian akan kita lakukan kemudian.

Anwar

25
Oct

Lawatan ke Rom :

kiriman Aasil Ahmad

Hari ini Anwar berceramah di Kongres Sedunia Komunikasi Untuk Pembangunan (WCCD) di Rom, Itali. Antara panel penceramah ialah Joseph Stiglitz, Fawzi al-Sultan dan Prof. Flavio Delbono.

Konferensi WCCD ini antara aktivinya ialah mengadakan bengkel dan acara khusus merujuk kepada empat perkara pokok - kesihatan, urustadbir, pembangunan dan komunikasi. Ceramah dan perbincangan yang segar mampu menggalakkan pertukaran ilmu dan idea, maka dengan itu menghasilkan maklumat berguna serta petunjuk impak komunikasi dalm projek dan program pembangunan.

Konferens ini di adakan di pejabat FAO di Rom dan dianjurkan oleh Kementerian Luar Itali dengan dokongan beberapa institusi internasional termasuklah Bank Dunia, FAO dan Communication Initiative.

Pada 26 Oktober Anwar Ibrahim telah dijemput menyertai rancangan BBC World Debate yang bakal membincangkan tema “Is a Free Media Essential for Development?“. Program ini akan disiarkan keseluruh dunia menerusi BBC World pada 28-29 Oktober (serta capaian online). Rancangan akan dipengerusikan oleh Stephen Sackur. penyiar terkemuka BBC yang juga sering mengacarakan rancangan HARDtalk.

24
Oct

Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune

Majalah Fortune telah menemubual saya dan hasilnya disiarkan pada 23 Oktober 2006. Banyak persoalan yang sering ditimbulkan didalam blog ini telah saya jawab dan sekali lagi penegasan saya jelas mengenai isu isu yang ditimbulkan.

Many use the notion of Asian values to make excuses for governments that do not support democracy, accountability, the need for a free press and an active civil society. Others say security and development take precedence over freedom and democracy.

I don’t accept any of this. Certainly there may be regional variations in how business is done, but accountability, universal human rights, an independent judiciary and a free press are not Western or Eastern values. They are universal values that we should all embrace.

Continue reading ‘Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune’

23
Oct

Buat Dato’ Dr Rahiman..

Dato Dr Rahiman memberi respon:

Asslm’Kum Dato Seri, Saya rasa bagitu terharu apa bila mendapat tahu anak saya Khairul Nizam telah berhubung dengan Dato Seri sendiri, I delighted and touched by your reply. Only God know how much I miss you and InshaAllah I will try to meet you this Hari Raya. There is not a day that I’ve forgottten you and your picture hangs proudly in my office.

I take this opportunity to wish you and family “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”.

Sdr Dato Dr Rahiman,

Saya hargai persahabatan sdr sakeluarga. Pastinya kenyataan yang sdr ungkapkan membantu memperkukuh semangat dan iltizam saya dan rakan-rakan.
Eid mubarak. Kullu antum waantum bikhair.

21
Oct

Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr Penasihat dan Presiden KeADILan

Jemputan Ke :

Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr Penasihat dan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datin Seri Wan Azizah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr pada 29 Oktober (Ahad), di Kediaman Bukit Damansara dari jam 2.30pm ke 6.30pm.

Berikut adalah alamat Kediaman Bukit Damansara:

No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Orang awam dialu-alukan hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nik Nazmi pada talian 012.278.9548 atau Norashikin 03.2094.8298.

21
Oct

Keletihan ‘Capek’ Bak Kata Orang Jakarta

Acara Khamis ketat sekali. Saya tertekan untuk menyelesaikan tugas dan kuliah di Universiti Georgetown. Undangan bertambah setelah pihak Universiti diberitahu saya akan menamatkan perkhidmatan disini dalam tempoh satu bulan inshaallah.

Setelah mengadakan pertemuan dengan teman-teman di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Reston, Virginia saya terus ke Washington DC. Saya tiba di Institut Dasar Awam (Public Policy Institute) University pada pukul 12.30 tengah hari untuk memimpin Seminar bersama graduan kursus sarjana. Saya banyak menumpukan perbincangan mengenai pengurusan awam dan isu rasuah.

Pada pukul 2 petang, saya tiba dipejabat dan menemui beberapa mahasiswa dan graduan yang mengikuti kursus saya. Saya berbincang dengan Assoc Prof Max Gross pembantu saya dalam mengendali kursus Contemporary Islam in South east Asia. Kuliah saya bermula dari pukul 3.15 hingga 5.05 petang. Saya mengejutkan mahasiswa dan graduan dengan memberikan ujian ringkas meminta mereka mengulas buku rujukan yang dibaca sabelum ini. Ini termasukkarya Herbert Feith, Clifford Geertz, dan lain-lain judul.

Kuliah saya kali ini tertumpu kapada masalah nasionalisme dan Islam di Indonesia; gagasan Pancasila olih Sukarno dan kontroversi Piagam Jakarta; pilihanraya 1955 dengan penyertaan Masjumi, PNI, PKI; pemberontakan PRRI hingga 1961; Gestapo 30 dan kemunculan Suharto dan Orde baru…

Selesai kuliah, mahasiswa dan graduan bergilir mengambil kesempatan menemui saya mengemukakan pelbagai soalan. Saya melayani semua kerenah mereka sambil berjalan menuju pejabat.

Sejurus kemudian beberapa mahasiswa aktivis MSA (Muslim Students Association) Universiti menemui saya dan mengiringi saya ka dewan untuk majlis iftar. Iftar kali ini dikendali olih MSA dan ditaja olih Berkley Center. Ramai yang hadhir termasuk profesor dan mahasiswa bukan Islam. Omar Akbar, anak kapada sarjana Akber Ahmad memperkenalkan saya dan saya menyampaikan ceramah yang menyentuh soal ibadah puasa, kelazatan ilmu menurut tradisi Islam, cabaran di Amerika Syarikat terutama dengan pencerobohan Amerika di Iraq, langkah pentadbiran Presiden Bush menggantung writ habaes corpus yang saya anggap sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan hak asasi manusia.

Sebaik tiba dirumah, dengan tilawah, membelek email dan blog, saya tentunya keletihan “capek” kata teman Jakarta!

20
Oct

Perutusan Deepavali 2006

Salam Sejahtera..

Pada 21 Oktober ini, rakyat Malaysia beragama Hindu akan meraikan Hari Deepavali.

Hari Deepavali dirayakan sebagai pesta cahaya, melambangkan kemenangan kebaikan atas kejahatan, satu kisah yang begitu lama digarap dalam ketamadunan manusia sejak dahulu lagi.

Politik Malaysia dewasa ini terlalu terkongkong oleh sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh elit politik, sedangkan yang menderita ialah rakyat Malaysia pelbagai kaum dibawah.

Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia turut serta dalam perjuangan menegakkan keadilan hari ini, yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan.

Pada masa yang sama juga, saya berharap rakyat Malaysia akan terus hidup dalam suasana kerukunan dan hormat-menghormati dengan meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk Malaysia.

Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dari saya sekeluarga.

ANWAR IBRAHIM

20
Oct

Perutusan Eidul Fitr 1427 Hijrah

Family

Assalamualaikum warrahmatullahiwabaraktuh,

Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Eidul Fitr kepada umat Islam keseluruhannya.

Sudah sebulan kita menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadan mempunyai signifikan yang cukup besar, melatih umat Islam untuk berkorban dan mengekang keinginan kita, sekaligus memperkukuhkan akidah kita. Ia seharusnya memperkuatkan iltizam dan semangat kita untuk meneruskan perjuangan.

Justeru, Eidul Fitr ini seharusnya dirayakan sebagai kejayaan mengharungi Ramadan, diraikan dengan rasa penuh syukur dan tawadduk kepada Allah s.w.t. Usah kita lupakan nasib golongan yang kurang bernasib baik berbanding kita dalam melalui hari lebaran ini.

Islam telah mengajar kita untuk cintakan kebenaran, keadilan dan kedamaian. Saya menyeru agar Muslimin dan Muslimat akan dapat menghayati nilai-nilai ini dalam menghadapi cabaran hari ini.

Selamat Menyambut Eidul Fitr 1427 Hijrah. Maaf zahir dan batin.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Walillahilham..

ANWAR IBRAHIM




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031