Archive for September, 2006

18 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahmad Mokhzani Abdullah menanyakan:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Saya menganggap diri ini sebagai antara pendokong kuat Dato’ Seri serta prinsip-prinsip perjuangan yang dibawa Dato’ Seri, baik sebelum UMNO, mahupun semasa dan selepas dihalau dari UMNO.

Saya ingin tahu, apakah perasaan Dato’ apabila mula-mula menyertai UMNO dahulu? Tidakkah Dato’ Seri rasa bersalah menyertainya tanpa mendapat sokongan sebahagian besar aktivis-aktivis Islam? Dan apakah perasaan Dato’ tatkala terpaksa bercampur dengan mereka yang berlainan ideologi (kerana Dato’ seorang Islamis)di dalam UMNO?
(more…)

17 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Minggu lalu tatkala transit beberapa jam di lapangan terbang Amsterdam saya ternampak iklan pameran kecil pelukis terkenal Rembrant Harmensz di lapangan terbang sebagai usaha mempromosi pameran besar-besaran karya Rembrandt di kota Amsterdam. Saya dengan pantas menuju ka meja penerbangan United Airways untuk mendapatkan pengesahan dan bergegas ka ruang khas yang mempamerkan beberapa lukisan Rembradt. Nasib baik, masuk pun percuma..

Lukisan”Vanitas still life” oil on panel c. 1628-1630; menunjukkan ketelitian dan warna yang indah sekali.
Lukisan “potrait of a man”, mungkin ayah Rembradt, oil on canvas on panel, 1630-1700.

Terasa tenang merenung karya besar dan indah. Terfikir juga bagaimana pemerintah Belanda berusaha memperkasa seni budaya negara ditengah pergelutan budaya popular. Justeru kawasan yang disediakan itu strategik, pengunjung terpusu-pusu ke sana.

Saya kenangkan jasa guru saya, pelukis Syed Bakar di MCKK dan dua sahabat karib Almarhum Sadali (pelukis dari ITB, Bandung) dan Dato Syed Ahmad Jamal, pelukis terkenal negara..

17 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

astaga kopakobana menanyakan:

Salam Datuk Seri,

Undang-undang yg sedia ada menghalang mahasiswa drpd menyuarakan ketidakadilan yg berlaku di negara ini terutamanya apabila ia melibatkan ahli-ahli politik dan k’jaan. Apabila menyatakan apa-apa rasa tidak puas hati
atau tidak bersetuju dgn polisi-polisi k’jaan, mahasiswa dituduh melawan k’jaan dan sebagai balasan, dibuang dan digantung pengajiannya.
(more…)

15 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

“Granted, the UMNO of today is a far cry from its earlier being; it is now corrupted to its core. The rot accelerated when Anwar Ibrahim introduced the party and its members to “modern” forms of campaigning, as with “money politics.” It was only through outright corruption and blatant bribery, condoned by the party’s senior leaders, was Anwar successful in dislodging Ghaffar Baba as Deputy President and thus, Deputy Prime Minister.”
(more…)

15 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr-sdr nampaknya bimbang kerana banyak soalan ulangan dan isu teknikal yang ditujukan kapada saya. Ya, setakat ini masih bolih bertahan. Walaubagaimana pun saya bersetuju dengan perhatian untuk lebih mengaktifkan website KeADILan dan meminta pemimpin parti lainnya menjawab soalan manakala perlu..

Anwar

15 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

mat keri menanyakan:

Salam Sdr Anwar,
Terus terang saya nyatakan bahawa pembatitan sdr anwar dalam isu rasuah moneteri, skandal seks, agenda kroni dan yang lain2nya adalah tidak berasas sama sekali.
saya juga suka mengingatkan sahabat2 yang lain bahawa merengkoknya sdr di sg buloh bukan kerana rasuah moneteri seperti menteri2 lain, tetapi hanya sekadar menggunakan hukum undang2 semaksima mungkin pada kesalahan biasa – atau disebut secara perlahan sebagai RASUAH kuasa.
(more…)

14 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Umum mengetahui sikap saya terhadap Tun Dr M yang kini menjadi mangsa dasar dan pelakuan yang beliau semai tatkala berkuasa sekian lama. Tatkala berkuasa beliau mengenepikan isu hak dan prinsip dengan mendabik dada menegaskan bahawa individu tidak penting, dan yang harus dipertahankan adalah parti. Parti adalah segala-galanya, perpaduan UMNO bererti mentaati pemimpin yang dipilih……..Dan inilah yang diulang saban kali hingga muak kami mendengarnya. Maka pudarlah sudah idealisme perjuangan, tidak berbangkit soal penyalahgunaan kuasa, penyelewengan malah pengkhianatan terhadap amanah perjuangan membela nasib bangsa dan mengangkat martabat negara. Kini senjata tersebut telah menikam Tun Dr M. Jarang berlaku pemimpin negara tersungkur di kubu sendiri, ditempelak olih perwakilan Kubang Pasu. Yang dirayu bukannya untuk dipilih ka jawatan utama diperingkat bahgian tetapi satu dari tujuh wakil ka Persidangan Agung UMNO.
(more…)

14 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Youth Sighyoung menanyakan:

benarkah saudara pernah mengagih-agihkan saham kepada kroni semasa saudara berada di dalam kerajaan dahulu? terdapat dakwaan mengatakan saudara pernah memberi sejumlah saham kepada Tuan Kamaruddin Jaafar semasa menjadi menteri kewangan dahulu.

Bagaimanakah pula dengan spekulasi yang mengatakan saudara membelanjakan RM 250 juta untuk menewaskan Allahyarham Tun Ghaffar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno dahulu?

Amat berharap saudara memberikan penjelasan bagi menafikan khabar-khabar angin tersebut, terutamanya berkaitan dengan saham IOI, MRCB dan lain-lain…
(more…)

14 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Assalamualaikum DS,

1.Dalam buku pidato kemerdekaan DS ada menyebut tentang puisi Rendra, tetapi tidak tajuknya. VCD yang disertakan kurang memuaskan audionya jesteru itu saya tidak dapat menghayati bait-bait perkataan yang dilafazkan Rendra. Setelah diamati saya sekadar mampu mendapatkan tajuknya, langsung saya layari internet untuk mendapatkan Sajak Seorang Tua Tentang Bandung Lautan Api. Ia nya merupakan sebuah sajak yang didedikasikan untuk mengenang peristiwa Bandung Lautan Api yang terjadi di Kota Bandung pada tahun 1946.
(more…)

14 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Salam sejahtera DS,

Saya melihat 2 orang pemimpin PKR yang mempunyai cara penyampaian ceramah yang mirip cara saudara berceramah. Dua orang itu ialah Saudara Ezam dan dan Saudara Mustafa Kamil. Mungkinkah DS boleh duplikasikan lagi lebih ramai pemimpin-pemimpin sebegini? Tak tahulah orang lain tapi saya rasa seronok bila mendengar ceramah mereka. Saya rasa kalau ada 20 orang macam Saudara Ezam pasti haru-biru UMNO dibuatnya..

fahmi,

Saya bangga dengan komitmen mereka dan saya yakin akan lahir lebih ramai pejuang.

14 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Daunbiru_tua menanyakan:

Assalamualaikum Datuk Seri.

Pertama, saya mengucapkan terima kasih kerana Datuk Seri telah menjawab beberapa soalan yang saya kemukakan.

Terdapat beberapa perkara yang disentuh oleh Datuk Seri semasa berucap di Dewan Perhimpunan Cina tempoh hari yang mengganggu sanubari saya.

1) Tafsiran ayat Al-Quran yang membawa maksud “Tiada paksaan dalam agama” yang saya kira agak literal dan terlalu cetek serta boleh menimbulkan kekeliruan pada pendengar.

2) Riak Datuk Seri yang ceria ketika menyentuh prosedur keluar-masuk agama Islam oleh penganutnya. Datuk Seri membahasakan dengan menggunakan perkataan “dia” (dia orang tak boleh terima); memberi makna bahawa Datuk Seri tiada masalah sekiranya anak-anak muda Islam meninggalkan agama yang dianuti. Apakah benar begitu?
(more…)

13 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Salam buat para pengunjung,

ada kesukaran yang dihadapi oleh segelintir pengunjung blog ini untuk menanyakan soalan.
Justeru, ruangan ‘Tanya Anwar’ ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan para pengunjung mengemukakan soalan-soalan.sdra/i bolih mengemukakan soalan dengan membuat ‘posting’ di ruangan ‘comment’ yang disediakan di ruangan ini.

Sila klik ‘Tanya Anwar’ di bahagian Categories untuk membuat posting bagi sebarang soalan yang ingin dikemukakan.

Sekian, Wassalam.