buminonmalay,
isu agama telah saya sentuh sabelum ini. Demikian juga isu bahasa, pendidikan dan ekonomi tatkala menyarankan agenda ekonomi Malaysia.
Namun perlu saya tegaskan bahawa menyempitkan semua masaalah kapada isu kaum semata memerangkap kita kapada kerangka pemikiran lama. Apakah kita dapat menafikan wujudnya kemiskinan dan masyarakat terpinggir dari pellbagai kaum? Apakah kemalaratan hidup dan kezaliman terhadapa semua kaum tidak menyentuh dhamir dan kalbu kita?
Saya ingin menggesa agar kita lebih dewasa dan menuntut keadilan bagi semua rakyat di negara Malaysia tercinta.
















Saya rasa amat susah untuk mendapatkan kesalingan dalam pelbagai kaum di Malaysia ini. Perkara ini disebabkan oleh kerana kita telah diasuh dalam fahaman perkauman yang amat tebal sekali oleh BN. Kita semua tahu bahawa persefahaman itu hanya wujud di permukaan saja di kalangan pihak berkuasa. Semua parti politik pelbagai kaum yang berhimpun dalam BN adalah manusia-manusia munafik yang busuk sekali. Ketika mereka duduk semeja mereka akan bicara bukan isu kaum masing-masing, tapi bagaimana memperalatkan perkataan harmoni untuk beramai-ramai menghisap kazanah rakyat.
Untuk sampai ke tahap persefahaman yang tulen, diantara langkah utama ialah
1) Merumus secara tepat apakah bangsa Malaysia itu ? Aneh sekali rasanya setelah 49 tahun merdeka kita belum lagi mempunyai bangsa yang mewakili ciri negara Malaysia.
2) memperbetulkan sistem pendidikan negara dari pada berasaskan kaum, kepada berasaskan kebangsaan.
3) Mengharamkan parti politik/pertubuhan yang berasaskan kaum.
4) Membuka seluas-luasnya seluruh perkhidmatan kerajaan kepada semua kaum.
5) Merombak matlamat negara dari pada mengejar pembangunan fizikal, kepada pembangunan bangsa.
Saya rasa ini satu topik yang sangat menarik untuk diperbincangkan secara terbuka, telus bertanggungjawab. BArangkali anda tidak percaya pengalaman saya dalam keADILan pun, perpaduan hanya wujud di permukaan saja.
Saya doakan semoga DSAI akan mampu memimpin pembaharuan ke arah pembentukan BANGSA MALAYSIA satu hari kelak.
Saya cadangkan, tajuk BANGSA MALAYSIA ini dijadikan satu tajuk besar untuk menjaring segala pandangan dan pendapat rakyat pelbagai kaum dari akar umbinya.
WaLlahu’alam
Putra Perpatih