24
Sep
06

Sun Tzu, SPR : Jawapan Kepada Zack Rahim

Zack Rahim menanyakan:

Assalamualaikum D.S Anwar,

1. Apa komen D.S mengenai buku Sun Tzu The Art of War dan bagaimanakah ianya sesuai untuk perjuangan politik pimpinan Parti Keadilan?

2. Saya rasa tindakan Parti untuk berkonfrontasi dengan SPR adalah tidak sesuai. Parti Keadilan telah di cop oleh pemerintah dan suku sakatnya sebagai sebuah parti jalanan, ganas dan kasar. Apakah lebih baik lagi jika Keadilan, walaupun tidak setuju dgn. tindakan mereka, mengambil langkah berbaik dengan mereka. Kita minta mereka bertindak secara baik dan dengan semangat persahabatan. Ini adalah sebagaimana kata-kata D.S semasa di Manchester dahulu apabila dipersoalkan mengenai keakraban D.S dengan Wolfowitz di kala Islam ditindas oleh Barat & Yahudi. Saya bersetuju dengan D.S apabila D.S mengatakan bagaimana mungkin kita boleh menyelesaikan masalah dengan musuh kita jika kita terus-terusan berkonfrontasi dengan musuh kita. Tidakkah langkah yg. serupa perlu diambil apabila kita berhadapan dengan SPR, Polis dan Media?

3. Saya cadangkan agar D.S menubuhkan sebuah Institusi latihan bagi menurunkan segala ilmu kepimpinan dan politik D.S kepada golongan pelapis agar dapat melahirkan beribu lagi Anwar Ibrahim di Malaysia di masa hadapan. Saya bersedia untuk mengendalikan Institusi latihan tersebut.

Sekian, terima kasih dan wasalam

sdr Zack,
Buku Sun Tzu adalah karya klasik, melibat isu strategi, muslinat dan kebijaksanaan dalam peperangan. Strategi ini digunakan dalam teori pengurusan perniagaan semasa. Secara peribadi saya berpendapat banyak karya klasik Cina lainnya termasuk Romance of 3 Kingdoms yang lebih menarik.

Mengenai SPR, sudah berpuloh memo, pertemuan, rayuan, laporan dan bantahan dikemukakan tetapi tidak dipedulikan. Kita punyai bukti dan alasan kukuh mengenai penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR untuk mempertahankan kuasa UMNO. Ini telah menyebabkan banyak kesangsian dikalangan kita terhadap proses praya. Justeru itu kita berkewajipan mendedahkan penipuan ini kapada rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi kita tidak pernah menolak kaedah perundingan.

Program latihan telah dilaksanakan secara berperigkat menjelaskan dasar perjuangan Keadilan. Sdr harus bantu…


0 Responses to “Sun Tzu, SPR : Jawapan Kepada Zack Rahim”


  1. No Comments

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2006
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930