24
Sep
06

Liberalisme : Respon Kepada Wan Hilmi

Wan Hilmi menanyakan melalui emel:

Sdr Anwar,

Mutakhir ini Malaysia dlanda dengan isu-isu pluralisme dan liberalisme agama. Sana sini sibuk membicarakan mengenai Islam Liberal yang makin menular fahamannya di kalangan masyarakat kita.Saya berminat untuk mendapatkan pandangan Sdr mengenai isu ini.

Bagaimana pula pendirian KeADILan dalam menangani isu ini?
Mohon Sdr mempertimbangkan untuk memberikan penjelasan dan pandangan yang analitikal.
Sekian.

Sdr Wan Hilmi,

Sila rujuk jawapan saya dalam isu IFC dan Perkara 11.
Pelbagai tafsiran diberikan mengenai istilah liberal. Perhatikan saja istilah demokrasi. Jika tanggapannya keterlaluan – vox populi vox Dei – kuasa rakyat adalah mutlak, seolah-olah menyamai kuasa Tuhan, maka ia wajib ditolak.
Disebaliknya, jika maksud demokrasi adalah saperti yang lazim diterima, yakni menghormati suara majoriti, tidak menindas hak minoriti, terikat dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan menghayati semangat kerukunan agama, maka demokrasi adalah dasar mulia.

Kontroversi isu liberal berbangkit apabila kumpulan lingkaran liberal Jakarta membuat beberapa kenyataan keterlaluan mengenai Islam. Saya sendiri tidak bersetuju dengan beberapa pendirian mereka; tetapi saya tidak menolak dasar liberal yang mengandaikan amalan dasar bebas dalam politik dan ekonomi.


0 Responses to “Liberalisme : Respon Kepada Wan Hilmi”


  1. No Comments

Leave a Reply