Seripidato memberi respon:
Assalamualaikum DS,
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya lalui hujung minggu baru lalu. Ada sedikit kaitan dengan persoalan ‘pesantren’ yang saya ajukan tempohari. Dan saya melihat ada jawapannya. Saya sarankan DS:
1. Layari laman www.aljenderami.com.my.
2. Ziarahi Madrasah Al-jenderami beralamat Lot 4029,Kg. Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor bila pulang nanti.
Bermula sebagai sebuah pusat pengajian Islam tradisional (pondok) Di celah himpitan rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya & KLIA. Satu cabaran. Hari ini tertubuhnya Yayasan Al-jenderami dan tertegaknya satu Kompleks serba moden dan mengkagumkan.Asal saya ke sana bertujuan mengenalkan produk dan menjana pendapatan. Rupa2nya di sana ada permata mutiara ilmu yang lebih berharga saya perolehi.
Majlis diadakan memperingati Ummul Mukminin Sayy. Siti Khadijah Al-Kubro. Bertemakan “IBU ITU MADRASAH”. Ada Majlis Tazkirah & Maulud Al-Habsyi bersama para ulama’
Al-Mukarram Habib ( AMH )Abdullah Zakiy Shech Al-Kaf dari Bandung, AMH Hasan bin Muhammad bin Salis Al-Attas ( Imam Besar Masjid Ba’alawi, S’pura), AM Sheikh Afeef Uddin Al-Gaylani, AM YBhg Dato’ Syed Omar Al-Idrus Penasihat Sultan Terengganu.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan semua.
Wassalam.
seripidato,
Ramadhan mubarak. Kullu am waantum bikhair.
Saya tertarik dengan maklumat mengenai Yayasan aljenderami. Insyaallah saya akan berkesempatan berkunjung kesana.
















0 Responses to “Buat Seripidato..”
Leave a Reply