22
Sep
06

Jawapan Kepada Mustar Haniff

mustar haniff menanyakan:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Apakah pandangan yang perlu diambil berdasarkan pertanyaan berikut.

1- Apakah istilah yang diterima pakai terhadap sebuah kerajaan yang
terbentuk tanpa demokrasi.Maknanya kerajaan itu tidak didirikan berdasar pilihan rakyat ia dibina
hanya berdasarkan persefahaman untuk mengimbangi kuasa agar pengaruh dapat
dikekalkan. Selaku Badan Pengaman Dunia apakah dengan mengekalkan kekeliruan kesamaran
ketidakadillan, dapat diyakini keamanan akan dinikmati oleh rakyat negara
tersebut ?

2- Kejayaan negara hasil dari permuafakatan yang tidak menyisihkan agihan
kekayaan untuk dinikmati oleh semua golongan marhen.
Soalnya pembangunan masa kini bukan sekadar mencabar bahkan memerlukan
penyelesaian menurut kaedah yang adil tanpa prejudis. Isu kemiskinan, tiada
pendidikan sebagai contoh antara virus pembangunan yang tidak adil.
Apakah kesan pemisahan ekonomi yang bersifat global kerana selaku negara
peserta, kita terpaksa menerima syarat sekatan yang ditentukan oleh pihak
pengendali ?

3- Turkey bukan negara EU tetapi termasuk sebagai anggota NATO, apakah
pendirian negara-negara Islam terhadap isu penangguhan EU untuk menerima
Turkey sebagai sebahagian dari anggotanya.
Selaku Pengerusi Badan ( maaf saya lupa ) di negara Teluk, setujukah bahawa
jika sesebuah negara atau kerajaan runtuh nilai insannya ia adalah kerana
pendirian agama ?

4- Dasar Pandang Ke Timur meneroka amalan murni, cekap berdedikasi rajin
gemar bersaing dengan cara yang sihat tetapi tetap rasuah dan isu integriti
sekadar contoh tidak dapat dibendung, iklim dunia semakin ‘mendidih’ akibat
penggunaan secara ’sah’ dasar yang melindungi ketidakadillan oleh pemilik
veto, apakah dengan pengalihan dasar ke barat ketika ini di anggap tepat ?

5- Mengapakah kriteria pertubuhan pengganas hanya dirujuk kepada golongan
yang tidak mendapat hak dari demokratiknya demokrasi ?

6- Demokrasi yang bagaimanakah yang mendapat pengiktirafan dunia jika hal
ehwal sesebuah negara perlu tunduk di bawah dasar dan polisi negara lain ?
Soalan yang akhir apakah makna era abad 21 jika pembangunan teknologi yang
memperkasakan semangat meneroka bidang sains dan teknologi hanya diakui
layak untuk sesetengah negara sahaja bebas memilikinya.

Sekian Terima Kasih.

sdr mustar,

Saperti biasa soalan-soalan sdr menyentuh permasalahan pokok. Sebahagiannya telah saya sentuh sabelumnya tetapi justeru isu tersebut dikira asasi dan mendesak, maka perlu kita merujuk semula jawapan lalu dan menghidupkan wacana mengenainya.

1.Negara yang terbentuk tanpa mendapat mandat dari rakyat secara de jure pasti tidak sah meskipun secara de facto diterima.Umpamanya, pergolakan di Thailand dengan coup de tat tentera yang mengambil aleh dari Thaksin selaku PM sementara kerana pilihanraya lalu diistihar tidak sah. Tetapi dukungan rakyat kapada pimpinan tentara hanya sementara dengan syarat demokrasi dan pilihanraya bebas dan adil dikendalikan. PBB punyai mandat terbatas kerana terpaksa berurusan dengan Kerajaan-kerajaan yang wujud.

2. Saya syorkan sdr hadir dan hebahkan acara Tan Sri Khalid yang akan membahas agenda ekonomi dan pengagihan adil.

3. Turki adalah sebahagian dari Eropah. Penyertaannya dalam EU tidak semestinya mengurangkan komitmen negara tersebut bekerjasama rapat dengan dunia Islam. Sikap saya mengenai persoalan ini ada disentuh dalam rencana saya dalam Journal of Democracy.

4. Kita pilih yang terbaik dari Timur dan Barat; soal hak dan keadialan, teknologi dan ilmu.

5.Pengganas tidak berkaitan dengan tuntutan menegak demokrasi secara sah. Pengganas juga tidak terhad kapada gerombolan yang menggugat kekuatan pemerintah. Ada tindakan pemerintah yang dianggap mengganas.

6. Demokrasi tertegak dengan prinsip kebebasan rakyat memileh sistem negara dan pemimpin. Seandainya keamanan tidak tercapai dan negara masih ditaklok kuasa asing saperti Iraq dibawah Amerika, maka demokrasi tidak bermakna.


0 Responses to “Jawapan Kepada Mustar Haniff”


  1. No Comments

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2006
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930