zack rahim menanyakan:
Assalamualaikum Datuk Seri,
Saya Zakaria Rahim (Zack Manchester) jika D.S masih ingat lagi.
1. Apakah D.S bersetuju dengan saya jika saya katakan di dalam proses demokrasi di Malaysia, semua parti bukan kerajaan sebenarnya bukan berlawan dengan BN, tetapi musuh mereka yang sebenar adalah Kerajaan Malaysia / Negeri itu sendiri. Ini adalah disebabkan, kesemua jentera kerajaan digerakkan samada di luar musim pilihanraya apalagi semasa pilihanraya. Maka dengan itu, tidakkah strategi kita sebenarnya harus menjurus kepada bagaimana untuk mengatasi jentera kerajaan ini. Tanpa jentera kerajaan yang memberikan bantuan 100% kepada BN dalam pilihanraya ini, saya rasakan bahawa BN tidak punya apa-apa, terutama sekali SPR, media dan polis. Oleh itu, jika kita gagal untuk mengatasi jentera kerajaan maka tiada harapan lah untuk rakyat Malaysia menyaksikan perubahan di dalam struktur kempimpinan negara kita di masa hadapan.
2. Apakah D.S rasakan bahawa Keadilan atau barisan pembangkang di Parlimen perlu membentuk ‘Shadow Cabinet’ yang pro-active sepertimana yang berlaku di dalam Parliament of England? Selain dapat memantau pergerakan setiap kementerian disamping dapat mewujudkan barisan pembangkan yang effective, ianya juga dapat memberikan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum benar-benar menjawat jawatan tersebut.
Sekian dahulu buat kali ini. Semuga D.S sentiasa berada di bawah lindungi Ilahi dan insyallah saya secara peribadi akan sentiasa bersama D.S dalam perjuangan yang memerlukan banyak pengorbanan ini.
Salam juga buat Datin Seri Presiden dan terima kasih kerana hadir di Majlis Perkahwinan adik saya. Really appreciate it!
Wasalam
sdr Zack,
1. Banyak usaha yang harus dilakukan, bermula dengan penjelasan mengenai erti kebebasan dan kemerdekaan. Demokrasi bukan berakar dengan pilihanraya yang diuruskan dengan penipuan. Demokrasi akan kukuh dengan tunjang badan kehakiman dan media bebas.
Pengalaman di Thailand dengan demokrasi yang dinodai oleh pemimpin rasuah, pilihanraya kecoh, rasuah merebak akan menggugat seluruh kestabilan politik itu sendiri.
Kita mesti bergerak, terjun ke bawah dan menyedarkan rakyat..
2. Cadangan mengumumkan senarai kabinet bayangan itu baik tetapi tidak mendesak. Apa yang saya lakukan dalam Kongres KeADILan yang lalu adalah untuk memperkenalkan tokoh-tokoh utama parti dengan kelayakan dan pengalaman mereka.
















Dato’ Seri
I see you have removed my rather negative post about you.
Anyway, maybe you should consider switching on ‘content moderation’ for your blog. after all, you would be liable if seditious or libelous comments are posted on your blog (cf. jeff ooi v the sun).
Interesting point about ‘tunjang badan kehakiman’. As a minister during the 1988 judiciary crisis, what did you do to avert this? What did you do as DPM to correct this injustice?
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Saya ingin ucapakan ‘Selamat Berpuasa’ kepada Dato’ Seri sekeluarga, moga-moga Allah kuatkan semangat Dato’ Seri sehingga tercapainya keadilan di negara kita tercinta dan terbinanya ‘Masyarakat Madani’ yang sama-sama kita impikan. Masyarakat Malaysia yang Islamik, yang memberikan kebebasan beragama serta maju dari segi ekonomi, sains dan teknologi.
Saya akan tetap sokong Dato’ Seri selagi Dato’ Seri berpegang dengan idealisme pejuangan untuk melakukan reformasi.
Ahmad Mokhzani Abdullah.