zack rahim menanyakan:
Assalamualaikum Datuk Seri,
Saya Zakaria Rahim (Zack Manchester) jika D.S masih ingat lagi.
1. Apakah D.S bersetuju dengan saya jika saya katakan di dalam proses demokrasi di Malaysia, semua parti bukan kerajaan sebenarnya bukan berlawan dengan BN, tetapi musuh mereka yang sebenar adalah Kerajaan Malaysia / Negeri itu sendiri. Ini adalah disebabkan, kesemua jentera kerajaan digerakkan samada di luar musim pilihanraya apalagi semasa pilihanraya. Maka dengan itu, tidakkah strategi kita sebenarnya harus menjurus kepada bagaimana untuk mengatasi jentera kerajaan ini. Tanpa jentera kerajaan yang memberikan bantuan 100% kepada BN dalam pilihanraya ini, saya rasakan bahawa BN tidak punya apa-apa, terutama sekali SPR, media dan polis. Oleh itu, jika kita gagal untuk mengatasi jentera kerajaan maka tiada harapan lah untuk rakyat Malaysia menyaksikan perubahan di dalam struktur kempimpinan negara kita di masa hadapan.
(more…)
















