21
Sep
06

Nik Nazmi: Anwar ulas isu Thai di BBC

Pagi tadi dapat e-mel dari pembantu Datuk Seri Anwar di Washington, Aasil. Katanya jadual Datuk Seri cukup ketat di sana dengan kuliahnya pada hari ini, dan pelbagai jemputan dari masyarakat tempatan. Tambah-tambah lagi, apabila timbul isu rampasan kuasa tentera di Thailand, ramai yang ingin mengetahui pandangan seorang pemimpin Asia Tenggara.

Baru tadi Datuk Seri Anwar muncul di World Biz Report di BBC World, rangkaian 93 Astro.

“Biasanya, saya tidak menyokong sebarang rampasan kuasa,” kata Datuk Seri Anwar.

Tetapi, beliau mengatakan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra juga telah mengundang kemarahan rakyat Thai atas pelbagai isu termasuk pengecualian cukai Dollar AS 1.88 billion ketika menjual sahamnya kepada Temasek Singapura, pilihanraya yang begitu tempang hingga dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan.

Harus diingat, cara Thaksin mengendalikan krisis di Selatan Thai termasuk peristiwa berdarah Tak Bai juga perlu diambilkira.

Datuk Seri Anwar menegaskan keyakinannya bahawa sekiranya pemerintah tentera menunaikan janji mereka untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kepada rakyat dan kerajaan yang baru dibentuk atas prinsip keterbukaan, akauntibiliti dan demokrasi, masyarakat antarabangsa tidak perlu gusar. Asas-asas ekonomi Thai terus kukuh.

World Biz Report akan diulang tayang 10.30 pagi, 12.30 tengahari, 1.30 petang, 2.30 petang, 6.30 petang dan 11.45 malam.


5 Responses to “Nik Nazmi: Anwar ulas isu Thai di BBC”


  1. 1 kelapamuda Sep 21st, 2006 at 1:26 am

    Thailand sudah lama ada Ombudsman walaupun terselindung disebalik uniform tentera dan Raja. Tahniah kepada rakyat Thai. Ada benda yang kita perlu contohi…

  2. 2 niknazmi Sep 21st, 2006 at 5:48 am

    Isu rampasan kuasa ini kompleks. Thaksin sendiri dengan corak pemerintahannya yang begitu keras sememangnya mengundang kemarahan ramai rakyat Thai. Tambahan pula sekiranya sistem pilihanraya itu tempang (juga seperti di negara kita!).

    Tetapi apabila jalan di luar batas perlembagaan dipilih, ia menjadikan satu ‘precedent’ yang tidak sihat kerana mungkin kerajaan baru itupun menjadi mangsa rampasan kuasa kemudian hari.

    People’s Power di Filipina misalnya telah menyulitkan menyumbang kepada kejatuhan rejim Marcos, tetapi kemudian menyulitkan pemerintahan kerajaan selepasnya.

  3. 3 tan Sep 22nd, 2006 at 4:00 pm

    Rampasan kuasa oleh pihak tentera di Thai ini menunjukkan tamatnya era demokrasi mereka yg dinikmati oleh mereka buat masa 16 tahun.

  4. 4 kelapamuda Sep 23rd, 2006 at 3:16 am

    tan September, demokrasi yang dieksploit lalu pincang elok ditamatkan dengan ubat coup d’etat walaupun bunyinya kasar tetapi perlu demi kelestarian demokrasi yang murni. Thailand punyai sejarah unik memlihara demokrasi dan saya yakin pihak tentera Thailand tidak seperti rejim republik katak pisang di Afrika yang gila kuasa. Institusi Raja Thailand mampu memulihkan suasana, jangan bimbang.

  5. 5 buminonmalay Sep 27th, 2006 at 12:05 pm

    Disebabkan tindakkan keganasan kaum Muslimi di selatan Thai, kita semua sorak kerana Taksin diguling. Yang aneh adalah Keganasan Kerajaan UMNO racist pada Mei 13, Kg. Medan dan pembunuhan Penan, ..masih belum mampu gulingkan UMNO-BN. Satu pun pembunuh belum didakwa langsung!! Prinsip-prinsip democracy perlu dipertahankan, tapi bila prinsip-prinsip Zalim menjadi undang-undang, rintangan terhadap kezaliman menjadi kewajipan anda….inilah ideologi Mat Kilau. Jangan ingat tindakan tentera merampas kuasa adalah perkara yang baik, lama-kelamaan ia akan menjadi beban juga kepada negara Thai bila Raja mereka mangkat.

Leave a Reply