Saudara Shahnon menyampaikan ‘Tonil Purbawara’ buat Azizah dan saya. Saya mengikuti hampir semua karya Shahnon yang diterbit dan Tonil Purbawara mudah dibaca dan dihabiskan dalam perjalanan ka Washington DC.
Karya-karya terdahulu saperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan Menteri sabelumnya sempat saya baca semasa saya masih di sekolah dan di Universiti Malaya. Novel-novel beliau adalah di antara yang terhimpun dalan khazanah almarhum ibu saya Che Yan di Cherok To’Kun.
Saya berkesempatan membahas dari dekat beberapa karya beliau sejak dalam ABIM kerana pengalaman beliau dalam UMNO di Kedah sabelumnya dan kemudian berjinak dengan al-Arqam dan Jamaat Tabligh. Tatkala saya mempengerusikan Panel Hadiah Sasterawan Negara,saya saksikan sosok Shahnon dari dekat, seorang pendiam dan sopan. Tetapi sebaik mengungkap pandangan, utamannya dalam wacana rasmi, kalimatnya jelas, tegas dan sinis malakar bait-bait bernas bagaikan dalam prosa.
Universiti Sains Malaysia pernah mengundang saya melancarkan novel beliau ‘Tunggul-Tunggul Gerigis’ yang menyerang keras amalan politik Melayu, imbas UMNO pastinya. Saya bersetuju dan memilih untuk membuat ulasan buku tersebut tanpa teks. Saya arif dengan kritikan pensyarah dan mahasiswa mengenai Menteri yang tidak menelaah buku dan hanya mampu membaca teks ucapan yang disediakan. Maka saya kupas buku tersebut dari sudut analisa kepincangan politik desa, kaedah khutbah pengarang dan kekuatan bahasa dan perbendaharaan kata yang luar biasa hebat. Beliau menggali semula perbendaharaan kata loghat Kedah yang tidak didengar sekian lama.
Shahnon kemudiannya menggemparkan negara dengan novel SHIT yang keras menikam kalbu sang penguasa zalim, terlibat secara langsung dalam kontroversi politik dan sempat menjadi YB PAS mewakili kampung halamannya Banggul Derdap, kawasan Sik.
Maka Tonil Purbawara bermula dengan cerita Pak Utih yang miskin merayap ka Alor Setar dicelah-celah “orang merenyut”. Saya terus ka cerpen Tonil Purbawara kerana judulnya, rupa-rupanya kisah pertarungan politik dua penjuru dan pendirian alFalah dari kelompok bebas yang ketiga:
“Perjuangan kita cukup mudah, Kita bertolak dari hati… bukan dari perut….mulut….nafsu.Kita selesaikan urusan hati. Dan yang lain akan selesai sendiri.” Karya tersebut (1982) mungkin di era pengarang bersama Jamaat Tabligh.
“Dongeng Merdeka” sinis dengan makna kemerdekaan. Dalam “Gunung” (1988) lebih terserlah sikapnya menhentak penguasa angkuh “…bupala di puncak Gayamahatumpul”. (Perhatikan saja nama gunung berkenaan) yang “melayah gugur di tengah-tengah gelombang jelataan yang gamat. Pak-pak pacak dan oknum-oknum yang selama ini menenggek untuk tumpang semangkuk terus puyeng, berkelam-kabut...” Lakaran kata Shahnon jenuh dan kaya, saperti juga dalam “Perempuan” (1973) - “Muka dipendap, terpenyek hidung, terkeronyok daging-daging pipi dan dahi.”
Kami bangga dengan Shahnon. Semoga sehat walafiat dan sejahtera dipelihara Allah azzawajalla.

TRAGEDI ABAD INI
Dua September 1998,
Bagai petir menyambar di siang bolong
Anwar Ibrahim, tanpa ampun, dipecat daripada segala jawatan
Berdasarkan bukti maha kukuh
Ia bukan hanya seorang “penzina†ulung,
Sekaligus “peliwat†handalan, disamping itu
Ia juga ‘perasuah†yang dahsyat, dan paling mengerikan
Ia adalah seorang “tali barut asingâ€Â, penjual bangsa dan Negara.
Rakyat panik, dunia tergamam
Kemana perginya prinsip yang sentiasa dilaung-laungkan
Seseorang tidak bersalah, sehingga mahkamah mendapati ia bersalah
Gerangan apakah prahara yang melanda, sehingga
Hukum jatuh, palu belumpun berbunyi.
Jangankan manusia, malaikatpun akan berang
Apabila dipalitkan seribu dosa yang tak pernah terbayangkan
Demi kehormatan diri dan maruah zuriat, yang
Tidak akan terhapus selama tujuh turunan
Anwar bangkit, menentang penguasa yang perasan dialah
MAHAraja THIRani tanah pusaka ini
Ia lalu menjelajah seluruh ceruk rantau
Di mana reformasi dilaungkan, di situ marhaen bangun menyahut
Teruskan perjuangan hingga titik darah yang terakhir
Di mana keadilan dipekikan, di situ rakyat berduyun, bertempik
Kita lawan kezaliman, biar mereka sedar makna kuasa rakyat
Di mana kebebasan diluahkan, di situ umat melaut, menjerit
Hancurkan diktator bertopeng demokrasi,
Akhirnya, hakim rakyat tanpa keraguan, memutuskan
Anwar Ibrahim sahih difitnah dan dizalimi, oleh
Konspirator-konspirator haram jadah.
Penguasa hairan dan mulai gelabah
Sepanjang sejarah “penghalauan†para penentang
Belum pernah berlaku yang berani buka mulut, tapi
Si Anwar ini bukan hanya sekadar melawan
Malahan mahu merenggutkan mahkota, yang
Telah dirompaknya daripada raja-raja yang ketakutan.
Dua puluh September 1998
Dengan gaya Gestapo, Anwar dan para sahabatnya ditangkap
Sebuah lagi rekod dicipta oleh Malaysia Boleh, kenapa tidak
Mana ada dalam dunia ini, orang tahanan masih digari dan mata ditutup dalam lokap
Lalu, diganyang separuh nyawa oleh jenderal lanun,
Anwar bernasib baik, tak ajal berpantang mati
Gilanya, mereka dengan selamba dan seringai serigalanya, menghebahkan
Anwar selamat dan sihat dalam lokap.
Dua puluh sembilan September 1998
Anwar hadir di mahkamah dengan mata lebam
Dunia terperanjat kaku, ternyata penguasa bumi bertuah ini, adalah
Seorang pembohong teragung alam Melayu, sebenarnya
Peristiwa ini, bukan sekadar Anwar yang dipukul, tapi
Keadilan yang sedang dihajar habis-habisan oleh kuku besi.
Rakyat telah kehilangan kesabaran
Mahkamah, Kampung Baru dan Jalan Tunku Abdul Rahman
Mulai dikerumuni umat degan tertib dan aman
Melaungkan reformasi, sebagai tanda protes dan jeritan keprihatinan
Sialnya, kehadiran mereka disambut belantan dan simbahan asid
Kalau di negara yangâ€Âkununnya†mengamalkan demokrasi ini
Berhimpun menyuarakan rintihan nurani diharamkan, ertinya
Bukan saja kebebasan yang telah dipasung, tapi
Kemerdekaan juga telah mampus.
Sepanjang 78 hari pengadilan
Sang primadona-sang primadona dengan gaya yang mengghairahkan
Tanpa segurispun penyesalan,
Simpang siur di mahkamah memperagakan kebangsatannya
Tilam tanpa cadar ikut diarak ke hilir ke hulu
Semuanya menjadi serba tak relevan, yang
paling ajaib dan belum pernah terjadi
di penghujung pembicaraan, pertuduhan lalu dipinda, namun
pengadilan mesti diteruskan, akhirnya
palu mahkamah berdentum memeranjatkan
24 tahun 7 bulan, kata sang hakim yang “maha bijaksanaâ€Â.
Tragedi gila ini, yang sedang “box office†menayangkan kisah benar
Betapa institusi polis sedang diperalatkan
Betapa institusi Pendakwa Raya dan Kehakiman sedang dilumuri lumpur
Betapa institusi penguasa beranggapan, selain mereka dan kroni-kroninya
Rakyat adalah himpunan “lembu-lembu bodoh yang sedang kekenyanganâ€Â
Seremban, 23 Mei 1999
Putra Perpatih.

Nota :
Saya bukan seorang karyawan, hanya pencatat yang meluahkan nurani.
Sajak ini pernah dibaca waktu Majlis Makan Malam keADILan di Mint Hotel, Sungai Besi.
KAK WAN
Betapa mengerikan, apabila suami tercinta
bukan sekadar jasadnya dihajar habis-habisan, lalu
dihumban ke rumah pasung, malah
maruah dan keinsanannya dicincang, dikencingi lalu disoraki
raja syaitan yang sedang mengamuk sekalipun
tidak akan tergamak melakukannya,
mata yang memandangpun sudah tidak sanggup melihat
sungguh tak terbayangkan, betapa siksanya bahu yang memikul.
Kak Wan,
kami sungguh haqul yakin, sekiranya
Anwar mahu berundur dengan rela
kemewahan melimpah ruah akan menyambut, namun
Anwar sudah pasti tidak mahu meludahi keyakinannya
ia memilih diperhina dan penderitaan, kerana
suamimu itu, terlahir sebagai seorang pahlawan tulen, yang
tidak akan berganjak dari prinsip perjuangannya, yang
telah digelumanginya sejak remaja lagi.
Kak Wan,
Pertiwi tidak sedar selama ini
kau adalah seorang srikandi bangsa, yang
selama ini terlena di sisi satria, barangkali
kaulah jelmaan Cut Nyak Din, seorang pendekar wanita Aceh, yang
serta merta menerkam dengan keris terhunus menghadang peluru Belanda, sebaik
suaminya terkorban di medan laga.
Di bumi ini, biasanya, perempuan adalah mainan penguasa
apabila kau bangkit membela sang suami yang dizalimi
mereka terasa aneh, kok ada perempuan yang berani melawan, lalu
semuanya sepakat memperlekeh, malah menghina
Wan Azizah, tidak lebih dari pada suri rumah
Wan Azizah, budak mentah yang sedang diperalat kuasa asing, yang
paling kurang ajar, Wan Azizah keturunan Cina
Wan Azizah, Wan Azizah lalu dicontengi sejuta tohmah.
Mereka yang sedang dihinggapi mabuk kuasa itu lupa
para penjilat taksub yang asyik mengangguk-angguk itupun lupa
para kroni yang bergelumang kemewahan dan keseronokan lagilah lupa, bahawa
sebenarnya sejarah kemanusiaan, memang dirombak oleh
para nabi dan pemimpin yang sebelumnya dianggap
tidak berpengalaman, bodoh, kepala batu dan bahkan gila oleh zamannya, akhirnya
mereka tersungkur dan bertekuk lutut di tangan keADILan.
Kak Wan,
kini baton reformasi tergenggam erat ditanganmu
apinya telah membakar seluruh persada
profesional yang selalunya tenggelam dalam kepompong sendiri
kini, nurani mereka tergugah oleh kerenah gila-gilaan penguasa
birokrat dan para kakitangan yang tidak pernah peduli
kini, walau di permukaan tenang tidak berkocak
sebenarnya, sedang memendam kejijikan terhadap kezaliman
peniaga-peniaga tulen yang tidak pernah bergantung dengan kroni
kini, telah mual dengan kecurangan yang berkepanjangan
marhaen yang selama ini dianggap sebagai kerbau dicucuk hidung
kini, telah loya dengan keangkuhan dan kepala batu penguasa
kesemua syaf ini, sedang menyatu dan bangkit dengan geramnya
menuggu saat melampiaskan amukan mereka, di peti undi.
Reformasi, reformasi, reformasi
kini, semuanya sudah terlambat bagi mereka
alam telah membunyikan loceng kematiannya
begitu fitrah bagi penguasa yang zalim, adalah mustahil mahu
menghadang gelombang kebangkitan yang sedang menggunung ini, jangankan
penguasa kerdil ini, sedangkan Firaun lagi berkecai dilandanya.
Seremban, 19 Jun 1999
Putra Perpatih